Iktibar Daripada Kegagalan Untuk Tolak Bajet


SUSUPAN MALAM



Muhyiddin dan the geng berdoa selepas
Bajet diluluskan.DENGAN lulusnya Bajet 2021 hari ini setelah diadakan undi belah bahagi 111 sokong 108 tolak dan seorang berkecuali, maka tamatlah senipol
(sinema politik) untuk rampas kuasa dan menjatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi perdana menteri menerusi Bajet 2021. 
Usaha secara insentif yang mula digerakkan awal bulan Disember berakhir hari ini dengan penuh kedukacitaan bagi penonton senipol yang menanti dengan harapan ia berakhir secara happy ending. Harapan untuk melihat Muhyiddin jatuh sudah khalaf. Atas berkuburnya harapan itu sama-samalah kita mentalkinnya dan meredakan kekalahan berganda untuk menolakkan Bajet itu

Tidak perlu untuk saya mengungkitkan larangan dan peringatan saya terhadap projek berkenaan yang sesia. Awal-awal saya sudah katakan projek itu akan gagal apabila pada pusingan pertama di peringkat dasar pembangkang sudah gagal mencari nombor untuk menggeser Bajet itu dengan membawa kepada pengunduran Muhyiddin. Bila awal kalah akhir juga akan kalah. Kalah tetap kalah

Ada alasan kenapa saya mengata demikian dan optimis ia gagal. Pertama kerana pembangkang sudah berpecah dan tidak seiya sekata lagi, apabila OT95 membawa caranya dan Anwar yang jadi ketua pembangkang dengan haluannya. Keadaan ini menterjemahkan kegagalan itu. Walaupun mereka masih duduk dalam blok pembangkang tetapi masing-masing sudah membawa mimpi berlainan. Dalam hati masing-masing sudah tidak suci dan tulus, yang mana sikap begitu tidak akan direstui Tuhan. 
OT95 dengan agendanya untuk mengagalkan impian Anwar bersikeras dengan caranya dan terus menggoncang locing untuk menarik sang tikus yanga da dalam kelompok PH. Ternyata tarikan locing OT95 itu berjaya apabila PH tidak berada dalam keadaan solid dan sekata. Keyakinan kalangan pembangkang sendiri berbolak balik. 
Jadi berdasarkan itu, pembangkang yang awal-awal lagi kekurangan nombor dan memerlukan dukungan daripada parti mendukung kerajaan tidak mungkin akan berjaya. Apa lagi janji-janji dipihak pembangkang pula dibuat oleh mereka yang ada masalah yang banyak melihat kepentingan mereka daripada kepentingan rakyat. 
Beberapa oknum dalam Umno walaupun menunjukkan sokongan dalam masa sama menjadikan sokongan kepada pembangkang itu sebagai modal untuk menebus kedudukannya yang bermasalah. Dalam erti kata lain sokongan itu hanya pura-pura sebaliknya ia digunakan sebagai strategi untuk melepas diri. 
Apa jadi setelah Zahid menyatakan akan sokong pembangkang. Tidakkah dia dipanggil dan berunding dengan Muhyiddin

Zahid Hamidi, Najib Razak adalah orang bersalah dan memerlukan syufaat Muhyiddin sebagai PM. Mereka berdua memikirkan nasib diri dan kebebasan diri lebih penting daripada menjatuhkan kerajaan walaupun atas kepentingan rakyat. Bagi mereka pergi mampus soal rakyat.  
Sudah tentu apabila ia ditawar sesuatu untuk kepentingannya ia akan mungkir janji. Iyarat apa yang dikehendaki Zahid dan Najib itu sudah nampak apabila Teuku Adnan Mansor yang didakwa atas kesalahan rasuah telah dibebaskan walaupun tanpa dilepas. Itu trip sahaja. 
Saya yakin selepas ini akan ada pula bahagian untuk Zahid dan Najib. Perlepasan aset Umno Pahang yang disita SPRM hari ini juga sebahagian tanda dan hadiah atas apa yang berlaku. 
Berdasarkan senario itulah makrifat politik saya membisikan penolakan Bajet itu dengan mengharap sokongan Umno tidak akan berjaya. Bukan sahaja Umno tetapi ada dua pihak lagi tidak senang kalau Bajet itu ditolak dan Muhyiddin berundur, yakni OT95 dan Warisan dari Sabah.
Ternyata apa yang saya ramalkan menjadi kenyataan hari ini. Sebenarnya senipol ini tamat lebih awal lagi, apabila pusingan pertama gagal. Tetapi manusia itu degil dan orang politik itu sendak dengan pengharapan dan kejeluahan nafsu. Dicua dan ditry juga akhirnya terjerumus jatuh berdebak makan tanah. BNA

Apa pun ada beberapa pengajaran dapat dikutip daripada apa yang berlaku, khasnya kepada orang yang ingin jadi PM dan didambakan untuk jadi PM dan juga PH. Ambillah iktibar atas apa yang berlaku itu kecuali anda suka dipatut ular yang sama berulang kali. Antara apa yang boleh dikutip ialah:Jangan lagi selepas ini percaya dan mengharapkan muafakat dengan musuh. Muafakat dan mengharap untuk mendapat sokongan daripada Umno yang dipimpin Zahid Hamidi samalah dengan mengharap sokongan daripada OT95. Kedua-duanya sudah ada sejarah busuk yang perlu diingati sepanjang masa. Anggaplah mereka anjing yang akan menghidu tahi walaupun tidak makan.

PH hendaklah bermuafakat dan saling mempecayai sesama sendiri apa pun akan terjadi. Tiga buah parti yang bertompok dalam PH, PKR, DAP dan Amanah sudah melalui suka duka bukan baru tetapi sudah berdekad, mereka hendaklah istiqamah bersatu dan senantiasa ingat api dan bara perjuangan lampau. Malangnya di hujung-hujung ini ada semacam keraguan sesama sendiri. Kenapa? Tertelen syiling ke?

Kehilangan kerajaan PH disebabkan pengkhianatan tidak boleh dibalas dengan pengkhianatan kerana ia meletakkan PH sama kotor dengan PN. Kesucian dan integriti ini akan dinilai oleh rakyat dan politik immoral bukan sesuatu yang diharap dan dibanggakan dan ia bukan termasuk dalam reformasi.

Sesudah semua selesai, baiklah PH memberi tumpuan kepada Piraum ke - 15. Jadikan pilihan raya itu sebagai peluang untuk menebus kehampaan dan mencapai kemenangan sejati serta memenuhi aspirasi rakyat. Dalam kesediaan ini PH perlu bulat tekad sesama sendiri dan tidak lagi berbelah bagi untuk ikut sama bekerjasama dengan mana mana pihak. Masing-masing perlulah bertaubat nasuha dan mandi air kubang Pak Haji Mahmod yang "bergotu" buta tu.

Carilah angka daripada rakyat dalam pilihan raya nanti untuk memerintah bukan mengharap angka tambahan daripada musuh yang khianat.

Angan-angan dan keyakinan PH akan berjaya dalam pilihan raya akan datang apabila bergabung dengan OT95 dan Warisan tidak perlu dijadikan agenda utama. Jangan letak itu sebagai perioriti. Idea mewujudkan gagasan perdana pembangkang itu mengarut sahaja. Tiga buah parti yang ada dalam PH sudah mencukupi bertindak menjadi gabungan besar. PH kena terima mereka itu (parti-parti kecil) sesudah pilihan raya kelak bukan sebelum apa lagi menghadapi secara bersama dengan pembahagjan kerusi. Kalau hendak berpakat tunggulah selepas pilihan raya.Pada pilihan raya itu nanti, pemimpin veteran termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lain jadikan pilihan raya itu pertarungan terakhir, selepas ini kalau kalah berhenti dan berundurlah. Politik ini harus diserahkan kepada golongan muda pula. Janganlah menjadi mamia politik. Cis sekali lagi. BNA

Itulah beberapa iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku hari ini. Kalau apa disebutkan itu tidak dipedulikan dan PH tidak mahu move ke hadapan, ibarat kata perjuangan pembangkang yang dipikul oleh oder ini akan berlalu begitu sahaja. Ingat kekalahan dalam Piraum akan datang akan memberi kekuatan dan kelebihan untuk pengkhianat terus menguasai negara ini. Justeru pastikan Piraum ke-15 menjadi milik rakyat, dan jadikan medium untuk kembalikan mandat rakyat

Sebelum itu ingin hendak sebutkan di sini, pengkhianatan yang disebut itu ia juga termasuk diri PH sendiri, bukan semata-mata pihak pengkhianat. Pengkhianatan oleh diri sendiri lebih bahaya daripada pengkhianatan di luar. Tak percaya cuba ambil najis sendiri dan letakkan di hidung, ia lebih busuk dari wap yang keluar dari jambtan Ali Baba Bujang Lapok. Wallahualam. [wm.kl.10:03 pm 15/12/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/12/iktibar-daripada-kegagalan-untuk-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 243 hits
BOB KELANANG RAMAI yang kecewa dan marah apabila pembangkang gagal untuk menumbangkan kerajaan PH pada 26 November lalu menerusi undian menolak Bajet 2021 di parlimen Saat pembentangan Bajet itu telah dijadikan detik yang dinantikan untuk m...
Mp Yang Mengundi Sokong Tolak Bajet 2021

Mp Yang Mengundi Sokong Tolak Bajet 2021

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 250 hits
Bilangan anggota Dewan Rakyat kini ialah 220 orang setelah 2 orang ahli meninggal dunia Bilangan ahli yang mengundi ialah 111 108 219 Seorang ahli tidak mengundi yg dikenalpasti sebagai Ku Li Undi menyokong UMNO 37 MCA 2MIC 1PBRS 1PPBM 31PA...
Komposer Terkenal Saari Amri 2 Kali Tolak Tawaran Gelaran Dato

Komposer Terkenal Saari Amri 2 Kali Tolak Tawaran Gelaran Dato

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 349 hits
BERITAmediacorp Anda pasti sering mendengar lagu lagu hits malar segar ini seperti Madah Berhelah Di Sana Menanti Di Sini Menunggu Setelah Aku Kau Miliki Ramalanku Benar Belaka Sembilu Lamunan Terhenti
Muhammadiyah Ajak Warga Mencoblos Di Pilkada Dan Tolak Politik Uang

Muhammadiyah Ajak Warga Mencoblos Di Pilkada Dan Tolak Politik Uang

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 243 hits
Dia berpesan supaya penyelenggara pemilu di semua tingkatan termasuk di TPS agar menunaikan tugas secara profesional jujur adil akuntabel serta bersih dari segala praktik tercela yang dapat merusak kredibilitas penyelenggaraan dan keabsahan...
Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 258 hits
nbsp IPOH nbsp Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain termasuk Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri di Perak Beliau berkata langkah itu terpaksa d...
Tolak Dianggap Pecah Pcnu Sleman Dukung Pasangan Danang Agus Di Pilkada

Tolak Dianggap Pecah Pcnu Sleman Dukung Pasangan Danang Agus Di Pilkada

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 197 hits
Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama Kabupaten Sleman menggelar deklarasi akbar untuk menyatakan dukungan kepada pasangan Danang Wicaksana Sulistya Raden Agus Choliq di Pondok Pesantren Ar Robithoh Krapyak Wedomartani Ngemplak Sleman Jumat
Tolak Usul Percaya Terhadap Mb Perak Tiada Perbincangan Di Umno Pusat Terlebih Dahulu

Tolak Usul Percaya Terhadap Mb Perak Tiada Perbincangan Di Umno Pusat Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 273 hits
nbsp KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa kesal kerana UMNO tidak berpeluang lebih awal berbincang tindakan ADUNnya di Perak menolak usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Ann...
Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 224 hits
Najib Razak mendedahkan penjualan ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri kepada syarikat Singapura antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadap Ahmad Faizal Azumu Bekas perdana menteri berkata bekas ADUN Slim Mohd Khusairi Abdul Tal...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas