Iktibar Dari Peristiwa Penghancuran Berhala



Soalan:
Bolehkah ceritakan dengan serba ringkas tentang peristiwa penghancuran berhala dan pengajaran yang kita boleh ambil daripada peristiwa tersebut?

Jawapan:

Latar Belakang Peristiwa

Antara catatan kemenangan Islam yang berlaku di bulan Ramadhan ialah peristiwa penghancuran berhala yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW bersama dengan para-para sahabat Baginda RA. Peristiwa ini berlaku setelah umat Islam memperoleh kemenangan yang besar dalam sejarahnya dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah (Fath Makkah) iaitu pada 20 Ramadhan tahun ke-8 hijrah bersamaan bulan Januari tahun 630M. (Rujuk al-Sirah al-Nabawiyyah Li al-Nadwi: 338)

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Yusuf RA bahawa Ibn ‘Abbas RA berkata kepadanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَزَا غَزْوَةَ الْفَتْحِ فِي رَمَضَانَ‏
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berperang dalam peperangan Pembukaan Kota Mekah (Fath Makkah) pada bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Bukhari: (4275)]

Selepas Rasulullah SAW berjaya membuka kota Mekah, Baginda SAW meneruskan usaha untuk membersihkan dan memuliakan Kaabah daripada segala perbuatan kekufuran dan syirik kepada Allah SWT. Rasulullah SAW menghancurkan berhala-berhala yang ada di sekeliling Kaabah. Jumlah berhala yang ada di sekitar Kaabah itu dianggarkan lebih kurang 360 buah. Nabi Muhammad SAW memukul setiap daripada berhala tersebut dengan tongkat yang berada di tangan Baginda SAW sambil membacakan ayat 81, Surah al-Isra’ dan ayat 49, Surah al-Saba’. (Rujuk Zad al-Ma’ad fi Hady Khair al-‘Ibad: 358)

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah RA, beliau berkata:

دَخَلَ النَّبِيُّ صلّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ مَكَّةَ يَوْمَ الْفَتْحِ وَحَوْلَ الْبَيْتِ سِتُّونَ وَثَلاَثُمِائَةِ نُصُبٍ، فَجَعَلَ يَطْعُنُهَا بِعُودٍ فِي يَدِهِ وَيَقُولُ :‏ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ، جَاءَ الْحَقُّ، وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ
“Nabi SAW memasuki kota Mekah pada hari pembukaan kota Mekah (Fath Makkah) dan di sekeliling Kaabah terdapat 360 buah berhala. Baginda kemudiannya menghancurkannya dengan tongkat yang berada di tangannya seraya mengucapkan firman Allah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat.” [Riwayat al-Bukhari: (4287)]

Selepas selesai tawaf sambil menaiki tunggangan, Baginda SAW menyuruh Uthman Ibn Talhah untuk membuka pintu Kaabah lalu Baginda SAW masuk kedalamnya. Di dalam Kaabah tersebut, Baginda SAW melihat banyak lukisan-lukisan. Antaranya, Baginda SAW melihat gambar lukisan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang sedang membahagi-bahagikan anak panah untuk menilik nasib. Rasulullah SAW bersabda:

قَاتَلَهُم اللهُ وَ اللهِ إِن اسْتَقْسَمَا بِهَا قَطٌّ
“Semoga Allah SWT menghancurkan mereka. Demi Allah, mereka berdua (Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS) tidak pernah membahagi-bahagikan panah untuk menilik nasib!”


Di dalam Kaabah juga, Baginda SAW melihat patung seekor burung merpati yang diperbuat daripada batang kurma. Baginda SAW menghancurkannya dengan tangannya dan mengarahkan supaya dimusnahkan semua gambar-gambar yang ada di dalam Kaabah tersebut. (Rujuk Zad al-Ma’ad fi Hady Khair al-‘Ibad: 358)

Rasulullah SAW menghantarkan utusan Baginda SAW bagi menghancurkan berhala-berhala yang ada di kawasan berhampiran Kaabah. Ada seorang yang menyeru dengan lantang dan menyebutkan:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اليَوْمِ الاْخِرِ فَلَا يَدَعْ فِي بَيْتِهِ صَنَمًا إِلاَّ كَسَّرَهُ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat, hendaklah dia tidak membiarkan satu berhala pun ada di rumahnya kecuali dia menghancurkannya.”

Semua berhala tersebut dihancurkan oleh para Sahabat termasuklah al-Latta, al-‘Uzza, Suwa’ serta Manat, iaitu berhala termasyhur yang disembah oleh kaum musyrikin Mekah.

Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah menghancurkan al-Latta. Sayyidina ‘Amru al-‘As pula pergi menghancurkan Suwa’ iaitu berhala yang disembah oleh kaum Huzail. Manakala, Sayyidina Saad Ibn Zaid al-Asyhali pergi untuk menghancurkan Manat. (Rujuk Zad al-Ma’ad fi Hady Khair al-‘Ibad: 365)

Iktibar Ppeperangan

1. Allah SWT Akan Tetap Memenangkan Kebenaran Dan Golongan Yang Beriman

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Allah SWT tetap akan memenangkan hamba yang beriman kepadaNya dan beramal soleh setelah menguji mereka dengan pelbagai cubaan dan ujian terlebih dahulu. Rasulullah SAW dan para sahabat yang merupakan sebaik-baik umat juga diuji dengan pelbagai kesusahan, menunjukkan bahawa ia adalah lumrah bagi kehidupan seseorang yang beriman. Ujian dan cubaan ini adalah bagi menguji keimanan dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT untuk memberikan kemenangan kepada golongan yang memperjuangkan kebenaran. Sesungguhnya pertolongan Allah SWT itu amat dekat.

Firman Allah SWT:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah al-Baqarah: 214)

2. Syiar Kebatilan Akan Dilenyapkan Oleh Allah SWT

Melalui peristiwa ini, Allah SWT telah membersihkan kota Mekah daripada segala syiar-syiar kekufuran dan kebatilan yang mencemarinya. Sesungguhnya Allah SWT akan melenyapkan semua syiar kebatilan sehinggalah nyata bahawa yang layak disembah hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Allah SWT berfirman:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (Surah al-Isra’: 81)

3. Bersabar Dan Percaya Kepada Janji Allah SWT Bukti Keimanan

Golongan yang beriman hendaklah yakin dan percaya kepada janji-janji Allah SWT. Ini kerana Allah SWT sekali-kali tidak akan memungkiri janjiNya dan tidak mensia-siakan usaha mereka yang mengerjakan amal soleh. Ini ialah bukti keimanan kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ وَعْدَ اللَّـهِ حَقًّا ۚ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّـهِ قِيلً
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (Surah al-Nisa’: 122)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/iktibar-dari-peristiwa-penghancuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syurga Orang Terpinggir Di Pulau Berhala Sandakan

Syurga Orang Terpinggir Di Pulau Berhala Sandakan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 524 hits
PULAU Berhala adalah syurga seluas 5 hektar terletak di Sandakan yang berpotensi luas menjadi kawasan tumpuan pelancong tetapi sejarah panjangnya adalah manifestasi kehidupan terpinggir pesakit kusta tahanan perang dan mangsa konflik bersen...
Penjelasan Kapolri Soal Korban Meninggal Usai Peristiwa Bentrok Demo 22 Mei

Penjelasan Kapolri Soal Korban Meninggal Usai Peristiwa Bentrok Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 287 hits
Kapolri Jenderal Tito Karnavian angkat bicara soal kabar tewasnya beberapa orang dalam peristiwa bentrokan di Petamburan dini hari lalu
Apa Yang Kita Wajib Tahu Mengenai Peristiwa Nuzul Al Quran

Apa Yang Kita Wajib Tahu Mengenai Peristiwa Nuzul Al Quran

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 375 hits
Alhamdulillah hari ini 17 Ramadan 1440 H sekali lagi kita diberikanNya kesempatan dan ruang untuk mengenang kembali satu lagi tarikh penting dalam kalendar umat Islam Hari ini merupakan tarikh terjadinya Wahyu Allah swt yang di turunkan kep...
Maksud Nuzul Al Quran Dan Iktibar Darinya

Maksud Nuzul Al Quran Dan Iktibar Darinya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 506 hits
Pengertian Nuzul Al QuranDaripada segi bahasa perkataan Nuzul bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi Kata perbuatannya nazala membawa maksud dia telah turun atau dia menjadi tetamu Sebenarnya penggunaan istilah Nu...
Mengambil Iktibar Tanda Bahagia

Mengambil Iktibar Tanda Bahagia

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 230 hits
Setiap manusia ada pelbagai macam ragam Oleh itu kita kena sentiasa bermuasabah diri agar hati kita sentiasa baik Insha Allah
Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Dalang Di Sebalik Dakwaan Sd Gesa Muhyiddin Undur Telah Dikenal Pasti

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Malaysians Think They Can Outsmart Scammers But 73 Still Fall Victim

Honor Confirms The Mystery Smartphone Introducing Honor X9d 5g