Ikmal Amry Utamakan Keluarga






Kerjaya seni Ikmal Amry dalam bidang lakonan boleh dikatakan baru sahaja bermula. Selepas mencuba nasib dalam pertandingan Hero Remaja 2017, kelibat pemilik nama sebenar, Mohd. Zulikmal Amry Ghazali itu mula kelihatan di layar kaca dan menghiasi beberapa drama rantaian tempatan.

Antara naskhah drama yang dibintangi oleh Ikmal termasuklah Syurgaku Tak Sempurna, Mencintaimu Mr. Photographer, Gantung The Series, Inai Yang Hilang, Sejuta Rasa Buat Adelia dan Aku Cinta Dia.

Sungguhpun namanya kini antara semakin mekar dalam kelompok pelakon baharu, namun agar sukar untuk melihat wajah Ikmal menunjangi sesebuah drama atau telefilem dengan membawakan watak utama.

Tidak pernah terkilan atau merajuk dengan situasi berkenaan, Ikmal sebaliknya sentiasa percaya dengan ketentuan dan rezeki ketentuan-Nya.

“Saya tidak pernah terasa atau ‘merajuk’ dengan industri. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan saya percaya rezeki akan datang juga nanti.

“Mungkin sekarang giliran rakan-rakan saya mencipta nama. Mana tahu, giliran saya pula pada masa akan datang. Apa yang penting, saya perlu bersabar dan teruskan usaha,” katanya ketika ditemui ketika sesi penggambaran drama siri mini terbaharu lakonannya, Voice Note baru-baru ini.

Kongsi Ikmal, walaupun disifatkan ramai orang sebagai pelakon yang mempunyai rupa, namun lelaki berusia 24 tahun itu masih mementingkan bakat untuk terus maju sebagai anak seni.

“Seseorang pelakon tidak boleh bergantung dengan rupa semata-mata. Kelakuan dan perangai perlu dijaga agar karier dapat berkembang dengan baik.

“Saya percaya, jika seseorang itu tidak bersandarkan rupa tetapi mempunyai personaliti yang baik, dia boleh pergi jauh,” katanya lagi.

Belajar

Sepanjang penglibatannya dalam bidang lakonan, Ikmal beruntung kerana banyak menerima tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang turut bergelar pelakon.

“Kemahiran saya dalam bidang lakonan tidaklah sebesar mana. Jadi, saya ambil inisiatif untuk belajar bagi memperbaiki diri.

“Sebagai contoh, saya sering bertanyakan kepada Syafiq Kyle dan Aeril Zafrel tentang teknik untuk menangis di hadapan kamera.

“Dari situ, saya akan praktikkan nasihat yang diterima mengikut kesesuaian watak,” katanya lagi.

Berbicara lanjut, Ikmal menjelaskan, bidang lakonan bukanlah karier utama yang diidamkan. Sebaliknya, pelakon telefilem Selekoh Terakhir itu lebih tertarik untuk mendalami skop kerjaya pembikinan drama atau filem dari belakang tabir.

“Ketika menonton filem, saya lebih suka melihat kualiti yang ada pada sesebuah produksi. Saya akan berimaginasi sendiri tentang kerja-kerja yang dilakukan untuk membikin satu-satu babak.

“Kalau ikutkan minat asal, saya mahu bekerja sebagai tenaga belakang tabir. Tetapi, mungkin disebabkan sudah tertulis yang saya akan menjadi pelakon, saya terima seadanya,” ujar Ikmal.

Ibu bapa

Biarpun mempunyai minat yang mendalam terhadap produksi filem, Ikmal menolak jika ada yang beranggapan dia bercita-cita untuk duduk di kerusi pengarahan.

“Saya rasa, sampai bila-bila pun saya tidak layak untuk bergelar pengarah. Saya mungkin boleh menerbitkan drama atau filem, tetapi untuk bergelar pengarah, tidak sama sekali,” ungkapnya jujur.

Saat ditanya mengenai hala tujunya dalam bidang lakonan, Ikmal sebenarnya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran mahupun harapan yang tinggi.

“Mungkin bagi sesetengah pelakon, mereka impikan anugerah dan populariti. Tetapi, bagi saya, kedua-dua perkara tersebut adalah bonus.

“Jika ditakdirkan saya popular atau memenangi sebarang anugerah, saya terima dengan lapang dada.

“Namun, paling penting adalah kemampuan saya menjalani kehidupan yang selesa dan dapat memberi kebahagiaan kepada ibu bapa. Itu sudah memadai,” katanya jujur.

Beralih tentang penglibatannya dalam drama Voice Note, Ikmal yang membawakan watak Faizul menyifatkan drama arahan Azmi Hatta itu sebagai sebuah naskhah yang sangat berbeza berbanding drama-drama lakonannya terdahulu.

“Sejujurnya, saya berasa sangat tertarik dengan jalan ceritanya yang sedikit gelap dan berat. Biarpun Voice Note berkisarkan remaja sekolah, namun kisah benar yang berlaku terhadap remaja dalam naskhah itu cukup tragis.

“Ditambah dengan skrip yang bagus dan beberapa adegan ‘berani’, saya percaya cerita ini bakal mendapat tempat di hati penonton,” katanya lagi.

Bercerita mengenai tugasnya menggalas watak Faizul, Ikmal langsung tidak berasa terbeban kerana sudah serasi menjayakan watak pelajar sekolah.

“Saya suka watak-watak sebegini. Sebelum Voice Note, saya kerap membawakan watak remaja atau pelajar sekolah

“Jadi, menjayakan watak Faizul bukanlah satu masalah yang besar,” tuturnya.

Biarpun tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjayakan watak tersebut, Ikmal sebenarnya terpaksa menurunkan berat badan supaya tidak kelihatan terlalu besar dalam layar kaca.

“Berat asal saya adalah 72 kilogram (kg). Tidak sesuai rasanya menjayakan watak pelajar sekolah dengan badan yang terlalu sasa.

“Jadi, saya memutuskan untuk mengurangkan berat badan sehingga mencecah 65kg,” kata Ikmal menutup perbualan.

Selain Ikmal Amry, Voice Note turut dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Amelia Henderson dan Ariff Bahran.

Episod akhir Voice Note akan disiarkan pada malam ini di slot Samarinda pukul 10 malam di TV3.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/ikmal-amry-utamakan-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasus Bayi Meninggal Di Rs Samarinda Keluarga Lapor Ke Polisi

Kasus Bayi Meninggal Di Rs Samarinda Keluarga Lapor Ke Polisi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 260 hits
Kasus meninggalnya bayi Otniel Kewo di ruang perawatan bayi RSUD AW Syachranie berusia kurang dari 10 jam usai dilahirkan akhirnya dibawa ke ranah hukum
Sahabat Itu Keluarga

Sahabat Itu Keluarga

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 286 hits
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum dan selamat pagi Perlukah kehadiran seorang sahabat di sisi kita Seorang sahabat akan sentiasa bersama sama ketika kita sedang diulit kesedihan mahupun ketika ...
Kpu Solo Saweran Bantu Keluarga Petugas Kpps Yang Meninggal Dan Sakit

Kpu Solo Saweran Bantu Keluarga Petugas Kpps Yang Meninggal Dan Sakit

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 310 hits
Kemarin kami sudah mengimbau secara informal yang terlibat langsung dengan komisioner Kita harus berbagi setengah dari honor kita dikumpulkan ujar Kajad
Ganjar Pranowo Beri Santunan Kepada Keluarga Kpps Di Jateng Yang Meninggal

Ganjar Pranowo Beri Santunan Kepada Keluarga Kpps Di Jateng Yang Meninggal

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 195 hits
Kami cari sumber yang memungkinkan dan tidak melanggar aturan maka kita cover semuanya dengan Baznas Masing masing kami beri Rp 10 juta kata Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo Jumat
Dikabarkan Dekat Begini Potret Keseruan Naomi Saat Liburan Dengan Keluarga Sule

Dikabarkan Dekat Begini Potret Keseruan Naomi Saat Liburan Dengan Keluarga Sule

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 236 hits
Kabar kedekatan komedian Sule dengan Naomi Zaskia bukan isapan jempol belaka Sule bersama keluarganya mengajak Naomi untuk jalan jalan ke sebuah tempat wahana permainan di daerah Bogor Sule turut membawa serta dua anaknya yakni Rizwan dan F...
Hadiah Istimewa Buat Keluarga Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Bayi Lelaki

Hadiah Istimewa Buat Keluarga Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 659 hits
Setelah lama menantikan jantina bayi sulung pelakon jelita Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan jantina bayi sulungnya dalam satu majlis Baby Gender Reveal yang dianjurkan oleh MISB Resources Sdn Bhd di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pagi ta...
Cerita Ayu Dewi Ungkap Hubungannya Sempat Tak Direstui Keluarga Regi Datau

Cerita Ayu Dewi Ungkap Hubungannya Sempat Tak Direstui Keluarga Regi Datau

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 366 hits
Presenter Ayu Dewi mengungkapkan jika hubungannya dengan pria yang kini telah menjadi suaminya Regi Datau sempat tak mendapat restu dari keluarga besar Regi Hal itu diungkapkan Ayu Dewi di akun instagramnya
Impian Mengerjakan Umrah Bersama Keluarga Tercinta

Impian Mengerjakan Umrah Bersama Keluarga Tercinta

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 266 hits
Salam hujung minggu Apa khabar UN baik baik sahaja cuma ini ha baru balik dari tugas di Ecoventure di Semenyih IPD ada program UN tengok kawalan lalulintas sahaja Dan apa yang UN nak share adalah perasaan terharu apabila menerima kiriman ga...
Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1164 hits
Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga Ni memang first time masak lemak cili api telur itik Biasa saya buat pakai telur ayam je Tak tahu apalah rasanya nanti Hajat memang besar beli 6 biji telur masin dan nak dimasak semua Kalau an...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh