Ikmal Amry Sebak Sejurus Nikah



SELEPAS tujuh bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Ikmal Amry selamat melangsungkan pernikahan dengan personaliti media sosial iaitu Najla Shamsul di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Pada majlis itu, Ikmal, 26, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas dengan sembilan dulang.
Majlis akad nikah dilakukan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak, serta rakan rapat.
Selesai sahaja majlis akad nikah, Ikmal gagal menahan sebak dan air matanya mengalir dengan disaksikan oleh keluarga dan rakannya.
Kata Ikmal, dia berasa sebak apabila mengenang kembali jatuh bangun dalam melayari perhubungan dengan Najla selama empat tahun serta tanggungjawab baharu yang harus dipikul selepas dijaga dengan rapi oleh ibu bapanya.
"Saya tiba-tiba terkenangkan semula saat manis bersama ibu dan bapa selama 26 tahun mereka membesarkan saya sehingga perasaan sedih itu menerpa secara tiba-tiba.
"Saya akui perkenalan dengan Najla tidak berlangsung dengan mudah selama empat tahun ini. Kami melalui banyak jatuh bangun bersama, namun kami harungi setiap dugaan yang datang sehingga mengikat janji untuk hidup bersama.
"Macam ada satu tiupan yang datang sehingga membuatkan saya mengimbas kembali setiap kisah itu. Perkahwinan ini adalah satu tanggungjawab baharu, yang harus saya pikul dengan sebaik mungkin dan saya mohon doakan urusan kami suami isteri dipermudahkan," katanya.
Biarpun mendirikan mahligai perkahwinan di usia muda, Ikmal bagaimanapun percaya rezeki dalam bidang lakonan yang masih 'hijau' ini akan terus bercambah dan dipermudahkan.
"Sebelum berkahwin, saya sudah pasang niat dalam hati bahawa saya berkahwin kerana Allah. Saya percaya apabila kita niat sesuatu perkara yang baik, semuanya akan berlangsung dengan baik.
"Jangan sesekali kita ada niat lain seperti nak kahwin kerana bakal isteri cantik, sebab nafsu, nak dapatkan populariti atau apa-apa, sebaliknya ini adalah satu tuntutan dan saya tak nak buat dosa. Perkahwinan adalah perkara yang baik dan tak salah untuk saya segerakan, apabila sudah sampai waktu.
"Soal rezeki saya percaya dengan ketentuan Allah. Saya hanya mampu berdoa supaya rezeki perkahwinan ini turut dapat membantu ahli keluarga, adik-beradik dan orang susah. Saya sentiasa percaya bahawa perkahwinan akan membawa rezeki kepada kita," katanya.
Didikan buat isteri
Memikul tanggungjawab sebagai suami bukan satu tugas yang mudah, Ikmal mengakui ada tanggungjawab yang perlu dilakukan serta memberikan didikan terbaik kepada isteri tercinta dalam melayari hari-hari mendatang.
Kata Ikmal, selepas sah bergelar suami kepada suri hidupnya, dia kini akan fokus dalam memberikan didikan agama buat Najla.
"Insha-Allah saya akan terapkan segala didikan yang diberikan ibu dan ayah saya kepada Najla untuk dia menjadi isteri yang solehah.
"Saya akan pastikan dia menjaga solatnya. Namun, soal menutup aurat saya tak nak paksa. Saya ingin memberinya ruang dan masa untuk dia berubah apabila sudah bersedia.
"Bagaimanapun, dalam masa sama saya akan didik ajaran dituntut agama dalam dirinya. Walaupun kami berdua masih muda, tapi kami tak boleh megenetepikan agama," katanya yang sudah menyediakan sebuah rumah untuk mereka tinggal bersama di Damansara.
Menyentuh mengenai majlis resepsi sebelah lelaki, Ikmal berkata, kemungkinan acara itu akan dilakukan di Kuala Lumpur pada tahun depan.
"Jika keadaan mengizinkan saya akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki pada hujung Januari, tahun depan. Jemputan pun mungkin tak ramai, tapi sekiranya keadaan negara terkawal saya teringin juga nak mengajak lebih ramai tetamu.
"Saya akan bercuti sehingga 23 Disember dan kembali bekerja semula untuk menghabiskan baki penggambaran filem Rasuk," katanya yang tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata.
Selain itu, Ikmal juga berkongsi keperibadian Najla sehingga membuatkan dirinya tertarik dan mengambil keputusan memperisterikan wanita itu.
"Najla seorang wanita yang lembut. Namun apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah sikap kejujurannya. Dia sentiasa jujur dalam segala hal dan sering menasihati saya dalam banyak perkara.
"Bagi saya, dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri, kejujuran adalah perkara yang mustahak. Kalau nak hidup bersama, kena ada sikap yang jujur barulah semua benda jadi mudah dan senang," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/12/ikmal-amry-sebak-sejurus-nikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinopsis Drama Bila Hati Berbisik Gandingan Ikmal Amry Tania Hudson Zaki Azeman

Sinopsis Drama Bila Hati Berbisik Gandingan Ikmal Amry Tania Hudson Zaki Azeman

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 782 hits
Sinopsis Drama Bila Hati Berbisik Gandingan Ikmal Amry Tania Hudson Zaki AzemanDrama berantaian berjudul Bila Hati Berbisik akan siar di saluran RTM Dibintangi oleh Tania Hudson Ikmal Amry Zaki Azeman dan ramai lagi Drama 26 episod arahan W...
Terima Wang Hantaran Rm15 000 Najla Shamsul Sah Bergelar Isteri Ikmal Amry

Terima Wang Hantaran Rm15 000 Najla Shamsul Sah Bergelar Isteri Ikmal Amry

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 591 hits
Pelakon Ikmal Amry kini telah selamat bergelar suami kepada Najla Shamsul dalam majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah Negeri Sembilan var currentUrlThree window location hostname window location pathname
Sama Cantik Sama Padan Resepsi Ikmal Amry Amp Isteri Meriah Dirai Teman Rapat

Sama Cantik Sama Padan Resepsi Ikmal Amry Amp Isteri Meriah Dirai Teman Rapat

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 488 hits
Pelakon yang sedang meningkat naik Ikmal Amry 26 telah selamat bergelar suami kepada seorang selebriti media sosial Najla Shamsul 22 Pasangan tersebut telah bernikah di nbsp kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Pilah Negeri S...
Hiburan Solat Bersama Ikmal Amry Titip Pesanan Agar Najla Mampu Jadi Isteri Yang Baik

Hiburan Solat Bersama Ikmal Amry Titip Pesanan Agar Najla Mampu Jadi Isteri Yang Baik

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 1076 hits
Biarpun baru sahaja dua hari bergelar pasangan suami isteri kini nama pelakon Ikmal Amry khabarnya makin disebut sebut di laman sosial Berikutan itu beliau tampil memuat naik sebuah video dirinya dan isteri selesai menunaikan solat secara b...
Jadi Isteri Yang Baik Ea Pesan Ikmal Amry Kepada Isteri Buat Ramai Tersenyum

Jadi Isteri Yang Baik Ea Pesan Ikmal Amry Kepada Isteri Buat Ramai Tersenyum

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 347 hits
Umum sedia maklum pelakon kacak yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27 baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Najla Shamsul 22 pada 19 Disember 2020 yang lalu Majlis pernikahan dan per...
Majlis Nikah Siap Sepenuhnya Sekali Pengantin Lelaki Tak Datang Wanita Luah Apa Yang Terbuku Di Hati

Majlis Nikah Siap Sepenuhnya Sekali Pengantin Lelaki Tak Datang Wanita Luah Apa Yang Terbuku Di Hati

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 603 hits
loading Buat bakal raja sehari hari perkahwinan adalah moment yang paling dinanti nantikan Walau bagaimanapun ia bertukar menjadi mimpi buruk buat seorang wanita ini apabila bakal suami tidak hadir di majlis bahagia mereka
Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan

Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 776 hits
Status Anak Luar Nikah Di Malaysia Dari Aspek Perundangan Anak Tak Sah Taraf juga dikenali sebagai Anak Luar Nikah dalam masyarakat Melayu atau Anak Zina mengikut hukum syarak Anak luar nikah atau tidak sah taraf ini berhubung dengan seseor...
Adipati Dolken Canti Tachril Nikah Di Belitung Ini 4 Tips Saat Gelar Destination Wedding Impian

Adipati Dolken Canti Tachril Nikah Di Belitung Ini 4 Tips Saat Gelar Destination Wedding Impian

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 323 hits
Menikah di pinggir pantai dengan angin sepoi sepoi ugh Kalau kamu pernikahan impiannya seperti apa
Mandi Pantai Sehari Sebelum Nikah Bakal Pengantin Hiiang Diteian Ombak

Mandi Pantai Sehari Sebelum Nikah Bakal Pengantin Hiiang Diteian Ombak

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 292 hits
loading Marang Kegembiran seorang ahli Physio Therapist dari Cheras ke Marang Terengganu untuk melangsungkan majlis perkahwinan disana pada hari ini 26 Dec 20 berakhir dengan tr4gedi apabila didipercayai hiIang dilaut Iemas dibawa arus keti...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti