Iklan Merdeka Kasar Sensitif Ikram Mohon Maaf
FMT Reporters
Ikram berkata tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil, sekali gus memaparkan realiti semasa segelintir masyarakat di Malaysia.PETALING JAYA: Persatuan Ikram Malaysia memohon maaf atas penghasilan video iklan sambutan Hari Kemerdekaan terbitan mereka yang didakwa berbaur perkauman.
“Ikram ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video tersebut telah menimbulkan sensitiviti perkauman meskipun tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, Ikram menarik balik penerbitan video tersebut di semua media sosial yang dikendalikan oleh pihak mereka demi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat.
Ikram berkata, tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil dan sekaligus memaparkan realiti semasa segelintir masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain.
“Mesej utama adalah untuk menunjukkan realiti semasa sebahagian anggota masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain dengan melabelkan bangsa tersebut dengan sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk negatif.
“Ikram merasakan stereotaip ini perlu dihentikan, apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia,” kata kenyataan itu.
Menurut Ikram, anggota masyarakat, ibu bapa khususnya, perlu memberi teladan yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Iklan “Mak Dah Siap” disiarkan sempena Kempen Bulan Kebangsaan 2021.
Pada penghujung iklan berkenaan, terdapat pesanan agar orang ramai tidak menggunakan perkataan perkauman yang terkandung dalam video terbabit dengan mesej antiperkauman di penghujungnya.
Iklan berdurasi satu minit itu mula disiarkan di platform media sosial sejak 22 Ogos lalu, bagaimanapun ia telah diturunkan NGO berkenaan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/iklan-merdeka-kasar-sensitif-ikram.html