Ikhtiar Keluarkan Kahak Bayi Menggunakan Daun Sireh Dan Minyak Telon
Semua ibu bapa akan risau apabila bayi batuk dan selesema. Bukan apa bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.
Malah kebanyakan doktor juga akan lebih berhati-hati untuk berikan sebarang ubat-ubatan pada anak bawah dua tahun kecuali jika dah terpaksa dan mengikut dos yang paling selamat untuk si kecil.
Bagi ibu yang nak cuba cara ikhtiarkan buang kahak dan lendir untuk bayi yang sedang batuk berkahak dan selesema, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Maheran Abdul Rahim.
Selain dapat rawatan doktor, ini juga salah satu cara yang diamalkan untuk bayinya setelah mengalami masalah batuk dan selesema dalam tempoh lama.
ARTIKEL LAIN [Beza Anak Batuk Biasa Atau Ada Simptom Pneumonia Yang Mesti Ibu Ayah Alert]
Hanya menggunakan dua bahan asas iaitu daun sireh dan minyak telon bayi saja, tindak balas yang ditunjukkan cukup baik. Tak salah kita ikhtiar selagi tak memudaratkan anak. Apa yang penting ia dapat beri keselesaan pada bayi.
Ikhtiar untuk keluarkan kahak dan lendir supaya baby yangg selesema dan hidung tersumbat lebih selesa untuk tidur dan minum susu.. Asalnya Papa tidak percaya bila Mami kata kalau letak daun sireh kat dada baby dia akan muntah kuar lendir-lendir…. Mami try buat 3x rutin yang sama, dalam tempoh kurang 1 jam baby muntah
3 kali buat dan 3 kali baby muntah dengan banyak. Lepas muntah baru baby mula nak menyusu. Sebenarnya, ikhtiar ni ibu pengasuh baby yang ajar. Mami pun tak tahu kenapa minyak telon campur daun sireh letak atas dada baby dia jadi muntah kuar lendir-lendir tapi mujurlah, dengan ada kaedah tradisional ni baby tak perlu untuk makan apa-apa ubat.
Layur daun sireh atas api utk beberasa saat, letak apa2 minyak angin yg sesuai utk baby kat dada bby (minyak telon).kemudian letak daun sireh atas dada dia… Mcm bby Ez’Anaqi ni mami letak minyak Mestika Bayini je sbb miyak ni je ada kat umah.. Biasany Mami akan letak minyak kat dada dan belakang baby… biarkan baby tdur dlm keadaan mcm ni… Tp dia tak akan tidur lama sbb dia dlm keadaan selesema dan batuk..
Baby Ez muntah dgn bnyak dan kuar lendir2 kuning @pun hijau… Mcm bby’Ez ni,bila dia bngun tdur Mami akan tepuk2 atas blakang dia perlahan2..dlm 5-10 minit dia akan mntah lah… 3x buat 3x juga dia muntah banyak kuar lendir2 (3x buat hari yg berlainan).. Lpas mntah ni bru baby minum susu dgn banyak & tdur semula dgn lama tanpa batuk dan hidung tersumbat…
Daun sireh akan jd layu dan hitam mcm ni…
Tepukan Percussion Melonggarkan Kahak
Sumber: Siti Maheran Abdul Rahim
The post Ikhtiar Keluarkan Kahak Bayi Menggunakan Daun Sireh Dan Minyak Telon appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ikhtiar-keluarkan-kahak-bayi-menggunakan-daun-sireh-dan-minyak-telon/