Ikea Bawa Kemeriahan Di Utara Malaysia Dengan Hidangan Lazat Sweden Menjelang Pembukaan Rasminya


IKEA bawa kemeriahan di Utara Malaysia dengan hidangan lazat Sweden menjelang pembukaan rasminya pada 14 Mac 2019 Rumah Terbuka Tahun Baru Cina negeri Pulau Pinang memaparkan jelajah IKEA FAMILY, pemberian sampel makanan, hidangan ala Sweden yang lazat dan lain-lain lagi 
PULAU PINANG, 31 Januari 2019 – Syarikat kelengkapan rumah terkemuka daripada Sweden, IKEA, bakal membawa kemeriahan kepada para peminat walaupun pada yang sama bersiap-sedia untuk pembukaan gedungnya di Batu Kawan pada 14 Mac 2019 ini.

Dengan lokasi strategik di Bandar Cassia, gedung IKEA pertama di Utara Malaysia bakal menawarkan lebih 8,000 produk kelengkapan rumah serta pelbagai hidangan ala Sweden dan tempatan yang sangat digemari rakyat Malaysia.

 Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, IKEA akan menyediakan gerai makanan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina negeri Pulau Pinang di Spice Arena Relau pada 5 & 6 Februari 2019, yang masing-masing dihoskan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia dan YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
(Di Spice Arena 5/2 10 pagi - 12 tengahari manakala 6/2 3.30 - 530 petang)

Setelah menunggu sekian lama, pelanggan di Utara Malaysia akhirnya dapat menikmati bebola daging dan ayam Sweden yang terkenal dan digemari ramai di Malaysia! Selain itu, trak makanan IKEA yang menarik juga akan singgah di sekitar bandar untuk menawarkan sampel makanan percuma kepada orang ramai.

 Dalam pada merealisasikan visinya untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai di Utara Malaysia, IKEA akan menganjurkan kempen keahlian bagi program kesetiaannya, IKEA FAMILY di sekitar kawasan ini.

Sebagai ahli IKEA FAMILY, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai idea susun atur kelengkapan rumah yang terkini, diskaun, serta pelbagai manfaat lain yang eksklusif sepanjang tahun.

Sesi pendaftaran untuk IKEA FAMILY akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Tesco Ipoh, Perak (28 Januari – 3 Februari); Tesco Tanjung Pinang, Pulau Pinang (31 Januari – 3 Februari); Aman Central, Kedah (14 – 17 Februari); Central Square, Kedah (22 – 24 Februari); dan Tesco E-Gate, Pulau Pinang (28 Februari – 3 Mac). 

Tambahan pula, di IKEA Batu Kawan, ahli IKEA FAMILY juga dapat menikmati harga ahli bulanan untuk barangan terpilih, teh atau kopi percuma bagi setiap kunjungan, diskaun makanan, ganjaran hari lahir, jemputan ke pelbagai acara dan previu jualan, serta pelbagai lagi manfaat lain yang istimewa.

 “Dalam kurang daripada dua bulan, penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia akan dapat menikmati akses mudah kepada beribu-ribu produk kelengkapan rumah yang bereka bentuk menarik, berkualiti dan berfungsi, pada harga begitu rendah agar seramai mungkin mampu memilikinya.

Ramai yang sudah tidak sabar-sabar menunggu pembukaan gedung IKEA ini. Pada masa ini, kami sedang bertungkus lumus membuat persiapan agar pelanggan kami dapat menikmati pengalaman unik di gedung IKEA yang digemari ramai,” demikian kata Pathmalingam Arumugam, Pengurus Gedung IKEA Batu Kawan.

 Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah IKEA FAMILY serta lokasi persinggahan trak makanan IKEA, sila layari IKEA.my/BatuKawan. Lokasi gedung IKEA Batu Kawan ialah di alamat 752, Persiaran Cassia Barat 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang (Koordinat GPS: 5.23387 N, 100.43993 E), yang akan dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi, 14 Mac 2019 (Khamis).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/ikea-bawa-kemeriahan-di-utara-malaysia_14.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Palestin Berterusan Ucap Terima Kasih Bawa Bendera Malaysia Di Mana Mana

Rakyat Palestin Berterusan Ucap Terima Kasih Bawa Bendera Malaysia Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 728 hits
Keputusan perdana menteri Tun Dr Mahathir Moahamad untuk tidak membenarkan atlet daripada Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 baru baru ini terus mendapat penghargaan tidak putus putus daripada warga Pa...
Maritim Malaysia Tahan Nelayan Thai Bawa Ketum Ubat Batuk

Maritim Malaysia Tahan Nelayan Thai Bawa Ketum Ubat Batuk

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 412 hits
Bot nelayan tempatan yang dikendalikan tekong warga asing itu ditahan anggota Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan
Pembukaan Cawangan Pertama Jollibee Di Malaysia

Pembukaan Cawangan Pertama Jollibee Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 680 hits
Jollibee Buka Cawangan Yang Pertama di Malaysia Chickenjoy dan hidangan terkenal yang lain dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia Hello hi Jollibee Fans 15 Disember 2018 Jollibee restoran yang menghidangkan Chickenjoy yang terkenal di sel...
Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 527 hits
Hasil perundingan oleh Dewan Penguasa menetapkan Sultan Abdullah Ri ayatuddin sebagai pengganti Sultan Muhammad V yang mengundurkan diri dari jabatannya pada 6 Januari lalu setelah hanya dua tahun bertakhta
Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah

Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 497 hits
Berikut ialah senarai cuti umum tahun 2019 untuk setiap negeri dan wilayah seperti yang telah termaktub dan tercatat di dalam kalender tahun 2019 Tarikh mungkin akan di ubah suai jika terdapat perubahan pada setiap negeri Sila pastikan anda...
Fox Entertainment Group Pula Saman Genting Malaysia Sebanyak Rm192 Juta

Fox Entertainment Group Pula Saman Genting Malaysia Sebanyak Rm192 Juta

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 345 hits
Pelbagai berita yang kita dengar mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak Genting Malaysia apabila Fox menarik diri dari meneruskan pembinaan taman tema mereka di Malaysia Terbaru Fox Entertainment Group dikatakan akan menyaman pihak Genti...
Lumut Eco Run Bakal Membawa Kelainan Dalam Dunia Sukan Larian Di Malaysia

Lumut Eco Run Bakal Membawa Kelainan Dalam Dunia Sukan Larian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 719 hits
Para pecinta alam atlet dan pecinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara luar akan beramai ramai berkunjung ke Lumut dalam negeri Perak Darul Ridzuan yang indah untuk menyertai Lumut Eco Run 2019 pada 2 Mac 2019 Acara...
4790 Penasihat Kehormat Ppim Meninggal Dunia Malaysia Gazette 24 1 19

4790 Penasihat Kehormat Ppim Meninggal Dunia Malaysia Gazette 24 1 19

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia General Datuk Husainy Hashim meninggal dunia kira kira pukul 8 20 malam ini Allahyarham yang juga Pengerusi Yayasan Patriot menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital H...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan