Ikan Cencaru Sumbat Dengan Air Asam Yang Sedap




Setiap kali melihat cucu saya Aliya Hajar minum susu, saya akan melihat betapa Maha besarnya Rahmat Allah. Setiap orang didatangkan rezeki tersendiri. Setiap anak dilahirkan dengan rezeki sendiri bila mana Allah memberikan susu ibu kepada setiap anak. 
Alhamdulillah setakat ini, cucu saya Ammar Yahya menyusu badan sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun. Saya sendiri hanya Aween sahaja saya dapat menyusu sepenuhnya sehingga dia berumur 6 bulan. Aliya juga menyusu badan sepenuhnya. Malahan Haider juga mendapat bekalan susu dari Nana. Jadinya Haider dan Aliya adalah adik beradik susuan.
Ya setiap kita dilahirkan dengan rezeki yang tertulis. Tak perlu risau. Cuma dalam kes susu anak anak, kita yang tak tahu caranya untuk memastikan susu badan terus ada. Caranya ialah ibu kena bertenang dan terus memberi sudu badan walaupun kelihatan seperti tiada air susu yang keluar dari hari pertama kelahiran. 
Dengan cara itu, akan merangsang penghasilan susu badan yang banyak apa bila lebih kerap anak menghisapnya. Saya bercakap berdasar pengalaman sendiri. Anak anak lain hanya menyusu sehingga 3-4 bulan sahaja, itu pun dah dicampurkan secara bergilir dengan susu tepung. 
Sehingga anak yang akhir, nurse di SJMC beria ia mengajar dan menggalakan saya memberi susu badan. Memang terbukti dengan teknik yang betul, susu badan akan banyak. 
Jadi kepada ibu yang bakal melahirkan, tanam lah azam untuk memberi susu sendiri selain khasiatnya juga dapat banyak menjimatkan belanja. Maklumlah bersalin ini memerlukan perbelanjaan yang banyak selain dari wang untuk membayar kos bersalin yang menelan belanja dari RM5-10K jika bersalin di hospital swasta. OK sekarang kita masuk pula bab masakan iaitu ikan cencaru sumbat. 

Serious lah hari ini saya makan nasi putih menambah hingga 4 kali. Makan nasi putih dengan ikan cencaru sumbat dan air asam sahaja. Tak sentuh lauk lain pun. Dah lama tak rasa berselera seperti hari ini. Rasa macam tak boleh berhenti menambah nasi, kalau ikutkan saya boleh habiskan ketiga tiga ekor ikan cencaru tu. Tapi kena ingat juga dengan suami dan anak menantu yang belum makan.
Air asam saya hari ini pun cukup sedap dan secukup rasanya. Saya guna asam jawa tanpa biji yang dibeli di Sg Petani. Sedap rasanya asam jawa ni sebab tiada campuran bahan lain. Agaknya bila kita tak berselera, makan lauk masam masam manis masin ini agaknya yang menaikkan selera. 
Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ikan Cencaru SumbatOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ekor ikan cencaru - saiz sederhana¼ sudu kecil pes asam jawa atau secukupnya1 helai daun limau purut hiris - opsyenal1 sudu besar cili kering kisar - opsyenal1 sudu besar gulaGaramSerbuk secukup rasaMinyak masak
Bahan kisar kasar:1 ½ biji bawang besar2 ulas bawang putih4 biji cili merah4-5 biji cili api – lebihkan jika suka pedas1 batang serai - opsyenal
Cara cara:Ikan cencaru dibelah belakang, tidak sampai putus. Lumur ikan rata rata dengan sedikit garam termasuk dalam perut. 
Kisar bahan kisar secara kasar dengan sedikit minyak masak dan air sekadar blender boleh mengisar. Nota: Lebih sedap jika ditumbuk.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar seketika supaya sambal sedikit masak. Masukkan air asam, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak sehingga sambal kering. Nota: ada orang letakkan sedikit tepung jagung supaya sambal tidak berderai ketika digoreng. Saya tak letak.
Akhir sekali masukkan daun limau purut, jika suka. Kacau dan tutup api. Biarkan sejuk seketika.

Setelah sejuk, sumbat sambal ke dalam ikan dengan secukupnya, biar nampak gemuk sikit.
Panaskan minyak dan goreng atau bakar menggunakan air fryer. Jika menggunakan air fryer, renjis sedikit minyak supaya ikan tidak terlalu kering. 
Jika menggoreng biasa, pastikan minyak sekadar tenggelam separuh ikan supaya sambal tidak terkeluar dari ikan semasa digoreng. Balikkan ikan dan goreng lagi sehingga masak.  


Angkat dan hidangkan ikan cencaru sumbat bersama air asam, jika suka.
Nota:Jika guna air fyer, bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Kemudian terbalikkan. Masak lagi selama 15 minit. Jika suka garing, boleh lebihkan masa membakar selama 5 minit lagi.
Jika suka, boleh masukkan 1-2 sudu besar cili kering kisar dan 1 batang serai dalam bahan kisar. 


Petua yang dikongsikan supaya sambal tidak terkeluar ialah dengan melumurkan telur yang dikocak pada ikan dan juga pada permukaan sambal.


Jika suka, boleh masukkan sedikit kelapa parut ke dalam sambal.  





Air Asam
Bahan lenyek:½ biji buah tomato - hiris½ biji bawang besar - cincang4-5 biji cili api - hiris
Bahan lain:1 sudu besar gula Garam secukupnyaAsam jawa - bancuh dengan air
Lenyek hingga hancur kasar kasar sahaja. Masukkan air asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. Sesuaikan rasa dan biarkan seketika supaya ianya menjadi cukup mesra dan sebati. Nota: jika suka, masukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Sos Kicap
Bahan tumbuk: 
5 biji cili api merah
2 biji bawang merah 
¼ biji tomato - dadu
Bahan lain:
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukupnya 
Perah air limau kasturi ke dalam bahan tumbuk. Masukkan kicap secukupnya. Kacau rata.  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/11/ikan-cencaru-sumbat-dengan-air-asam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Terung Bakar Air Asam Lemak

Resepi Terung Bakar Air Asam Lemak

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 419 hits
Tengah fikir nak masak apa hari nie Rasanya macam nak makan terung bakar air asam lemak Biasa makan terung sambal tumis aje Hari ni kita makan versi bakar pula Sedap tau Tak caya nanti boleh cuba Resepi Terung bakar air asam lemakResepi Ter...
Cari Ikan Di Saluran Air Anak Tk Temukan Bayi Terbungkus Kardus Paket

Cari Ikan Di Saluran Air Anak Tk Temukan Bayi Terbungkus Kardus Paket

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 271 hits
Mayat bayi dalam kondisi membusuk ditemukan tiga bocah TK di saluran air jalan Swadaya IV RT 06 RW 12 Kota Tangerang Selatan Kamis Polisi menduga mayat tersebut sengaja dibuang oleh orang tuanya sejak beberapa hari lalu
Makan Asam Pedas Ikan Sembilang Angah Masak

Makan Asam Pedas Ikan Sembilang Angah Masak

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum WBTDISEBABKAN hari Khamis lepas Sk tak dapat datang ke Senai Sk berjanji dengan ibu akan datang pada hari Jumaat Angah beritahu dalam whatsapp pagi tu dia dan ibu ke Pasar Orang Asli di Permas Jaya Tak lama kemudian ibu pula...
Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 286 hits
Balik kampung tak sah kalau tak jamu selera dengan masakan lauk pauk kampung yang sedap Walaupun bukan dari hasil tangan mak tapi masak sendiri gunakan bahan dan cara tradisional memang luar biasa sedapnya Sejak abah sakit mak dah bercuti m...
10 Resipi Mudah Ikan Masin Bilis Sedap Buat Lauk Tengahari

10 Resipi Mudah Ikan Masin Bilis Sedap Buat Lauk Tengahari

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 186 hits
Ikan masin dan ikan bilis antara bahan yang pastinya ada di setiap rumah Paling senang untuk dimasak ikan masin dan bilis sebenarnya boleh membuka selera sebagai lauk sampingan Resipi yang dikongsi saudari Nurul Adlina Soaed ini memang dima...
Resipi Lauk Simple Telur Tomato Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Lauk Simple Telur Tomato Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 340 hits
Nak buat hidangan lauk untuk keluarga kadang kadang buntu juga mak mak ni ye Kalau masih tercari cari lauk simple dan cepat siap boleh cuba resipi masak telur tomato ini Resipi yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini boleh dicuba dan mest...
Lepas Red Velvet Cuba Pula Donat Chocolate Charchoal Rare Tapi Serius Sedap

Lepas Red Velvet Cuba Pula Donat Chocolate Charchoal Rare Tapi Serius Sedap

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 196 hits
Musim donat viral ini apa kata anda cuba pula donat coklat charcoal yang memang lain dari yang lain Bukan sekadar unik pada warna tetapi rasanya boleh tahan Mewah dari segi rasanya buat anak anak pasti suka Jom cuba resipi perkongsian Hitam...
Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut Sedap Ala Aiskrim

Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut Sedap Ala Aiskrim

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 197 hits
Pernah makan mango float ala ala aiskrim Memang sedap makan sejuk sejuk Senang je rupanya nak buat sendiri di rumah Resipi yang dikongsikan saudari T hah T hah sesuai untuk dihidangkan makan bersama keluarga apatah lagi anak anak Mesti suka...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul