Ikan Cencaru Sambal




Alhamdulillah hari ini adalah 10 Muharram, hari yang dinanti nantikan oleh umat Islam untuk berpuasa sunat kerana fadhilatnya yang cukup besar. Bulan Muharram adalah bulan pertama tahun baru kalendar Islam. 
Bulan Muharram adalah antara bulan bulan haram yang adanya hari Asyura yang mulia dan besar ganjarannya bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut. Sebagai bulan haram, bulan Muharam juga dimuliakan dan sangat dihormati. Sepanjang bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang.
Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang bulan apakah yang baginda perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda S.A.W:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ
Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah – Riwayat al-Tirmizi (741)
Fadhilat puasa ini yang sangat besar seperti yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. – Riwayat Ibn Majah (1738)
Namun umat Islam digalakkan untuk berpuasa juga pada Hari Tasu’a iaitu hari sebelum (9 Muharam) atau hari selepasnya (11 Muharam). Ianya adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Penganut Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sebagai mengingati hari di mana Nabi Musa diselamatkan dari Firaun selepas berjaya melalui lautan yang terbelah. 
Insya Allah semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan kemudahan untuk berpuasa pada hari ini. Mudah mudahan Allah memberikan ganjaran pahala yang besar buat kita semua yang berpuasa sunat 10 Muharram. 


Saya menpunyai perangai yang sedikit pelik bila bab memilih makanan. Sekali dah suka satu satu lauk, saya akan pilih lauk yang sama setiap kali pergi walaupun memang teringin nak cuba lauk lain. Yang kedua, saya akan tengok lauk lauk yang dijual berkali kali dan kemudian tak jadi beli. 
Itu sebab bila nak makan nasi lemak di seksyen 8, saya akan minta Nana yang belikan. Kalau saya yang pergi, memang lepas tengok tengok akhirnya saya ubah fikiran dan tak jadi beli apa apa. 
Berbalik pada lauk sambal ikan cencaru ni, saya tengok di lori yang jual nasi lemak tu lah. Nampak sedap dan teringin sangat. Dah lebih 5 kali ke sana, tengok tengok macam dah terliur sangat. Akhirnya tak beli. Saya pun tak tahu kenapa saya tak beli sehingga kini. Itulah sebab nya saya rasa saya ni pelik sikit.  
Jadi sebab dah lama sangat teringin nak makan ikan cencaru sambal macam di gerai nasi lemak tu, saya beli ikan dan masak sendiri. Itu pun bila tengok pagi ni, ikan yang dibeli semalam tak ada. Agaknya saya terlupa ambil selepas diberi untuk disiang. Saya pun order ikan cencaru dengan grab jer. 6 ekor dengan harga RM24 termasuk grab fee. Haa habis cerita gitu. 
Ikan cencaru sambal ni lain sikit dengan ikan cencaru berlado kerana yang berlado menggunakan cili hidup dan masa memasaknya pun sekejap jer. Yang ni pula, memasaknya agak lama untuk bahan tumis benar benar masak dan garing.  
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Ikan Cencaru Sambal Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 ekor ikan cencaru - lumur garam dan kunyit  goreng2 sudu besar gula pasir1 sudu kecil garamSedikit bahan perasa1 keping asam keping1 biji bawang besar - hiris bulat
Bahan kisar:3 biji bawang besar - saiz kecil6 ulas bawang putih20-25 tangkai cili kering - 4 sudu besar cili kisar¾ cawan minyak masak
Cara cara:Tuang bahan kisar dan sedikit air ke dalam kuali. Nyalakan api sederhana besar.
Masukkan juga asam keping, gula,garam dan bahan perasa. Masak sehingga bahan tumisan betul-betul masak dan terbit minyak. Nota: bila sambal kering masukkan lagi air secara berulang bagi memastikan sambal masak dan garing.
Apabila sambal telah berubah warna sedikit gelap, masukkan air dan masak hingga sambal mendidih.
Masukkan bawang besar dan ikan goreng. Kacau rata sehingga bawang separuh layu, tutup api.



Nota:Jika suka, boleh juga masukkan sos tiram dan sos cili ke dalam sambal. Tapi saya lebih suka resipi tradisional yang tiada penggunaan sos.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/07/ikan-cencaru-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Canai Sambal Tumis Ikan Bilis

Roti Canai Sambal Tumis Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua Pagi tadi menu breakfast kami roti canai dan sambal tumis ikan bilis Hari ini laki aku taknak bawa bekal sebab tak sempat nak makan Maklumlah hari Jumaat kena ke Masjid solat Jumaat Balik dar...
Sambal Ikan With Belimbing

Sambal Ikan With Belimbing

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 225 hits
Ingredients 450g spanish mackerel preferably head portion1 teaspoon salt8 small sour starfruit1 4 teaspoon salt3 tablespoons oilGround Ingredients6 red chillies seeded10 dried chillies soaked10 shallots3 candlenuts2 1 2 x 1 1 4 cm dried shr...
Ikan Siakap Sambal Cili Padi

Ikan Siakap Sambal Cili Padi

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 211 hits
Lama tak makan ikan siakap Sekarang ni pun harga ikan boleh tahan mahal jugak kan Kebetulan cikla pergi ke gerai jual ikan dekat dengan rumah cikla ni terjumpa pulak ikan siakap sekor RM7 Amik 3 ekor dapatlah RM20 Boleh la kan ikannya pun t...
Sambal Ikan Bilis Cili Padi Kesukaan Suamiku

Sambal Ikan Bilis Cili Padi Kesukaan Suamiku

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua Alhamdulillah hari ini adalah awal Muharram bagi umat Islam Semoga tahun baru ini penuh dengan barakah dan rahmat Allah untuk kita semua Aamiin YRA Hari ini cuti jadi anak anak ajak ayahnya p...
Resepi Ikan Kering Masak Sambal

Resepi Ikan Kering Masak Sambal

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 306 hits
Bahannya Segenggam lada kering 3 ulas bawang putih1 biji bawang merahBilis blender4 sudu gula1 cmca gramSedikit perasa2 sudu cuka tumis sampai kering pekat Cara2 Goreng ikan kering Toskan minyaknya Tumis bahan2 blender itu Masukkan air sedi...
Gulai Ikan Pedas

Gulai Ikan Pedas

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 211 hits
Ingredients600 g wolf herring cut into 7 1 2 cm slices1 teaspoon salt5 tablespoons oil5 shallots3 cloves garlicSlicedGround Ingredients 30 dried chillies soaked5 shallots3 cloves garlic2 1 2cm ginger1 1 4cm square dried shrimp paste1 teaspo...
Penuhi Keperluan Omega 3 Harian Anda Dengan Rangkaian Produk Ikan Ayam Brand Yang Enak Sihat Mudah

Penuhi Keperluan Omega 3 Harian Anda Dengan Rangkaian Produk Ikan Ayam Brand Yang Enak Sihat Mudah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 260 hits
Adakah anda tahu asid lemak Omega 3 adalah lemak politidaktepu yang memainkan peranan penting dalam tubuh Sungguhpun demikian tubuh kita tidak mampu menghasilkan jumlah Omega 3 yang diperlukan dalam kehidupan Ini bermakna kita perlu mendapa...
Bengang Suami Taksub Bela Ikan Sampai Lupa Tanggungjawab Isteri Nekad Goreng Semua Ikan Dalam Akuarium

Bengang Suami Taksub Bela Ikan Sampai Lupa Tanggungjawab Isteri Nekad Goreng Semua Ikan Dalam Akuarium

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 273 hits
Bengang suami taksub bela ikan sampai lupa tanggungjawab isteri nekad goreng semua ikan dalam akuarium Setiap pasangan yang berkahwin hendaklah sentiasa mengutamakan hati dan perasaan pasangan masing masing demi menjalani rutin berumahtangg...
Tauhu Begedil Daging Padat Dengan Sambal Kicap

Tauhu Begedil Daging Padat Dengan Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 202 hits
Macam biasa kalau encik suami on the way dari kerja mesti akan call tanya nak beli apa apa tak Kita pun laju je cakap belilah kuih apa apa Biasalah perempuan kan apa apa tu dah sebati dalam hidup Jawapan yang menggerunkan kaum lelaki selain...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian