Ikan Bakar Guna Kuali Resipi Sedap Mudah Dari Manado Indonesia


Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado masak guna kuali perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja. Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar – beli online disini
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor – beli online disini
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.

3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.

4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.

5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.

6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)

7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.

8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.

9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.


INFO:
Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam. Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!  
Kredit resipi & foto: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Kerisik Homemade Yang Sedap Berminyak & Wangi Tanpa Tumbuk

Buat Sendiri Aiskrim Goreng Sedap Guna Roti Sandwic. Mantap!

Resipi Apam Balik Nipis Rangup Homemade Paling Mudah

Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/12/ikan-bakar-guna-kuali-resipi-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Daging Masak Asam Sedap Mudah Guna Bahan Sempoi Je

Resipi Daging Masak Asam Sedap Mudah Guna Bahan Sempoi Je

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 430 hits
Menu Masak Asam perkongsian saudari Mariana Zainal ini memang nampak menyelerakan Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk makan tengahari nanti Mudah tak perlu masa yang banyak dan paling penting sangat membuka selera Bahan bahan yang digunak...
Resipi Pizza Roti Tawar Bakar Dalam Kuali Ringkas Tapi Sedap

Resipi Pizza Roti Tawar Bakar Dalam Kuali Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 336 hits
Beli roti kosong tapi tak masih banyak yang berbaki walaupun tarikh luput dah hampir Daripada terbiar naik kulat elok gunakan roti tawar ini untuk buat pizza Bila dah jadi pizza begini memang sekejap saja licin Resipi pizza roti tawar Bahan...
Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 1115 hits
Baru baru ini menjadi perbualan dan kegemaran ramai adalah salah satu menu Barat yang dikenali sebagai Loaded Nachos Cheese Menu ini menular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yang menjualnya dengan harga yang mahal walaupun bahan ...
Resipi Ayam Dendeng Yang Mudah Tapi Sedap

Resipi Ayam Dendeng Yang Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 501 hits
Kalau selalu buat daging dendeng boleh cuba buat ayam dendeng pula Cara menyediakan lauk ini mudah tapi hasilnya memang sedap Disarankan supaya buat lebih kuah supaya dapat digaul dengan nasi memang mantap rasanya Resipi ayam dendeng ringka...
Jom Cuba Resipi Chawanmushi Mudah Sedap Ala Restoran Sushi

Jom Cuba Resipi Chawanmushi Mudah Sedap Ala Restoran Sushi

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 403 hits
Siapa peminat Chawanmushi Chawanmushi ni makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera Teksturnya lembut ...
Cara Buat Ikan Tilapia Kukus Chinese Style Yang Mudah Guna Microwave 6 Minit Dah Siap

Cara Buat Ikan Tilapia Kukus Chinese Style Yang Mudah Guna Microwave 6 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 513 hits
Nama saja ikan kukus tapi sebenarnya lauk ini langsung tak perlu keluarkan periuk pengukus bagai Resipi ala Chinese style ini diolah oleh Fienaz Shafie dengan cara yang mudah boleh dimasak hanya menggunakan microwave saja Resipi ikan tilapi...
Makan Di Restoran Rosimah Ikan Bakar Tanjung Dawai

Makan Di Restoran Rosimah Ikan Bakar Tanjung Dawai

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 519 hits
Assalamualaikum WBT DARI Ipoh kami meneruskan perjalanan ke Sungai Petani Pak Inche ajak ikut jalan kampung santai santai katanya sebab waktu daftar masuk hotel masih lambat lagi Sk cadangkan kami ke Tanjung Dawai beli ikan bilis tak payahl...
Buat Sendiri Popia Vietnam Sedap Mudah Lebih Jimat

Buat Sendiri Popia Vietnam Sedap Mudah Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 375 hits
Popia Vietnam Vietnamese Spring Roll ni memang sedap Intinya terdiri dari isi udang sayur sayuran serta herba segar yang digulung dengan rice paper dan dinikmati bersama sos Memang layan Teringin nak rasa Resipi perkongsian saudari Noor Liy...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun