Ijazah Ada Akal Kerdil Presiden Pas





SAYA ditunjukkan kenyataan seorang menteri yang dikatakan berijazah tinggi yang dibanggakannya dan menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga tiada ijazah. Kenyataannya boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat. Cumanya sangat malang dan sesat lagi menyesatkan, kalau dibandingkan mereka yang didakwa tidak berijazah itu dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikatakan tidak berijazah.Tidak boleh dinafikan adanya ijazah itu penting dan ada ilmu serta pengalaman juga penting. Sangat baik bagi mereka yang ada kedua-duanya dan tidak menjadi salah kalau ada ilmu dan pengalaman tanpa ijazah, tetapi lebih malang kalau ada ijazah tetapi tiada ilmu, dan lebih malang lagi kalau ijazahnya dibeli (walaupun tidak dinamakan rasuah) dan buta akalnya yang lebih besar dan bahaya daripada buta huruf dan paling berbahaya bagi seseorang buta Al-Quran.Bagi manusia yang tidak berilmu seperti Allah untuk menilai seseorang, sangat penting untuk melihat ijazahnya yang bertulis. Kadang-kadang sudah mencukupi menilai seseorang dengan cara berfikir dan hasil kerjanya yang matang, walaupun tidak berijazah.Buya Hamka rahimahullah dianggap tokoh ilmuwan yang hebat di Nusantara dengan hasil ilmu dan khidmatnya kepada masyarakat Nusantara. Walaupun ijazahnya sekadar sekolah dasar, menengah, pesantren dan mengaji di masjid, tetapi dinobatkan sebagai tokoh ilmuwan pada zamannya dan mendapat anugerah ijazah kedoktoran daripada Al-Azhar tanpa belajar di sana.Presiden Algeria, Abdul Aziz Bouteflika hanya bersijil Thanawi (Sekolah Menengah Arab Agama), tetapi dinilai rakyat kerana peranannya berjihad sejak zaman penjajah dan dilantik dengan pengalaman dan ketajaman akalnya, sehingga pernah menjadi Menteri Luar dan akhirnya diangkat menjadi Presiden sehingga terkini. Tetapi sangat malang kalau dilantik kerana pandai menipu dan bohong, walaupun ada ijazah tarafnya laksana penjual ubat yang melariskan ubat kerana pandai bohong, bijak berauta dan putar alam. Bukan kerana ubatnya yang sebenar, tetapi sebabnya tergoda kepada cakap dan temberangnya sahaja.Rakyat Jerman yang maju itu pernah memilih pemimpin seperti Hitler dan rakyat Itali melantik Benito Mussolini menjadi pemimpin mereka kerana pidatonya yang berapi bukan kerana ijazahnya.Adapun Rasul Allah, Nabi Muhammad S.A.W. adalah paling tinggi ilmu dan keilmuannya sehingga lebih daripada taraf ijazah dan paling bijaksana serta mulia akhlak dan sifat kemanusiaannya walaupun buta huruf. Adalah perkara luar biasa kerana Baginda S.A.W. ditugaskan membawa mukjizat ilmu bagi segala ilmu pada akhir zaman dengan mendapat kurnia paling tinggi daripada Allah yang memiliki kerajaan yang mengatasi segala kerajaan, termasuk semua yang bertaraf kuasa besar dunia pada zaman purba dan terkini. Semua raja-raja dan pemimpin di bawah kekuasaannya.Firman Allah:قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Ali-‘Imran: 26)
Adapun pelantikan daripada Allah yang lebih ternyata daripada segala ijazah, antaranya firman Allah:يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (1) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (2) وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (3) ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (4)“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah yang Menguasai (sekalian alam), yang Maha Suci, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1); Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak dan lain-lain). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2); Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (3); Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar”. (4) (Surah Al-Jumu’ah: 1-4)
Firman Allah:قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (158)“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Rasul (Utusan) Allah kepada kamu semuanya (diutuskan oleh Allah) yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilahnya, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Surah Al-A’raaf: 158)
Pelantikannya telah dimaklumkan dan diumumkan oleh para Rasul dan kitab agama sebelumnya. Firman Allah:الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (146) الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ (147)“Orang-orang (Yahudi, Nasrani dan lain-lain) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan Kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146); Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi, Nasrani dan lain-lain) itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (147) (Surah Al-Baqarah: 146-147)
Ilmu Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. mencabar seluruh ilmuwan dan pemimpin dunia dengan firman Allah:وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24)“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23); Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya, manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (melawan Rasul dan Kitab Allah)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)
Ternyata benarnya semua perkara yang disebut di dalam Al-Quran dari segi fakta keilmuan agama dan urusan dunia. Perkara sejarah yang terdahulu dan kajian sains terkini daripada bumi sehingga angkasa lepas. Ternyatalah ketinggian ilmu dan peribadi diri Rasulullah S.A.W. yang dilantik oleh Allah. Maka yakinlah kita bahawa perkara yang ghaib di luar kemampuan pancaindera dan perkara yang akan datang semuanya juga adalah benar.Maka ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. tidak boleh dibandingkan dengan semua pemimpin dan ilmuwan.“Islam Memimpin”ABDUL HADI AWANGPresiden PAS 
Bertarikh: 9 Jamadilakhir 1440 / 14 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 14/2/2019


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/ijazah-ada-akal-kerdil-presiden-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Artikel Harakah Daily Mujahid Desak Presiden Pas Mohon Maaf

Artikel Harakah Daily Mujahid Desak Presiden Pas Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 400 hits
BERNAMA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengeluarkan surat meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bertajuk Ijazahnya ada akalnya kerdil Mujahid berkata kenyataan ya...
Menteri Agama Ancam Saman Presiden Pas

Menteri Agama Ancam Saman Presiden Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 434 hits
MALAYSIAKINI Menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa mungkin mengheret Harakahdaily ke mahkamah susulan Abdul Hadi Awang Sekali lagi diingatkan bahawa mana mana pihak yang menyebarkan atau membuat tuduhan akan berhadapan dengan tindakan undang ...
Informasi Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber Presiden Pas

Informasi Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber Presiden Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 334 hits
Maksudnya Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan dia berkata Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam Kita adalah umat yang bertangungjawab meneruskan perjuangan meny...
Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 395 hits
Politik tanah air riuh rendah seketikaRIUH rendah seketika suasana politik tanah air ekoran kunjungan hormat YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru baru ini Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan o...
Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 284 hits
TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu p...
Bergema Presiden Pas Tarik Saman Sr

Bergema Presiden Pas Tarik Saman Sr

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 397 hits
Berita besar dan gempar selepas Pakatan Harapan boleh dikalahkan di Cameron Highlands ialah kejutan Presiden PAS menarik samannya atas Sarawak Report demi diselesaikan di luar mahkamah Gemanya diduga berakhir jika PRK Semenyih PH dikalahkan...
Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 361 hits
SIK Syarat menjadi pemimpin mesti berkelayakan selain tidak mempunyai sifat khianat seperti berbohong dan menipu demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Kemuka beliau mutakhir ini bukan sahaja berlaku pemboho...
Betul Kah Pas Tarik Balik Saman Sr Sebab Kos Dan Kesihatan Presiden

Betul Kah Pas Tarik Balik Saman Sr Sebab Kos Dan Kesihatan Presiden

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 485 hits
Disunting dan di edit oleh WRLRPertamanya dalam kenyataan media PAS tentang saman SR tiada satu point pun yang PAS tulis tentang tarik balik saman SR atas sebab kos atau pun faktor kesihatan Presiden Bagi saya ini adalah salah satu bentuk i...
Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Langkah itu dibuat selepas Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di lu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi