Igp Anggota Polis Benarkan Penyeludupan Dikenal Pasti


Hariz Mohd   Bukit Aman sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dirakam dalam klip video membenarkan penyeludup memindahkan barang seludup di sempadan Thailand-Malaysia, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid memberitahu Malaysiakini bahawa Jabatan Integriti dan Standard (JIPS) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah melancarkan siasatan ke atas klip video itu sejak mereka menerimanya lewat bulan lepas.

Menurut Hamid, Bukit Aman sedang mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota yang terlibat.
"Ya (kami telah memulakan siasatan). Pihak JIPS dan KDNKA Bukit Aman sudah pun menjalankan siasatan sejak lewat bulan lepas.

"Beberapa orang anggota polis yang terpapar sudah dikenal pasti. Tindakan tatatertib sedang dirangka," katanya.

Menurut Hamid, polis juga sudah memperkenalkan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi anggota yang bertugas mengawal sempadan dan pintu masuk di seluruh negara.

Abdul Hamid menambah bahawa dengan SOP terbaru itu, beliau yakin kegiatan penyeludupan dapat dikurangkan secara drastik.

Beliau juga menyatakan bahawa Pasukan Gerakan Am (PGA) polis, yang ditempatkan di sempadan negara, juga berjaya mencapai kejayaan besar dalam mensasarkan sindiket penyeludupan.

Ini termasuk menangkap penyeludup, termasuk mereka yang cuba menyogok kakitangan, dan merampas sejumlah barangan haram, termasuk senjata api, dadah, dan haiwan eksotik.

"Sejak 4, 5 bulan lepas pihak PGA di sempadan telah mencatatkan banyak kejayaan menumpaskan sindiket seludup pelbagai kontraban, rokok, arak, dadah, haiwan eksotik, senjata api, pendatang tanpa izin serta menangkap penyeludup yang cuba menyogok dengan wang ringgit.

"Kesedaran mereka untuk bertugas dengan penuh integriti semakin terserlah. Dengan keluarnya arahan-arahan pentadbiran terbaru tentang SOP penugasan maka saya yakin kes-kes pembolosan di sempadan akan berkurangan secara drastik," katanya sambil menambah bahawa polis sentiasa bekerjasama dengan SPRM dan Majlis Keselamatan Negara.

Awal hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbar mendedahkan bahawa mereka telah menerima maklumat mengenai dakwaan rasuah di sempadan Thai-Malaysia, termasuk klip video yang menunjukkan anggota polis yang membenarkan penyeludup membawa barangan seludup mereka.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/igp-anggota-polis-benarkan-penyeludupan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penemuan Lapan Anggota Badan Polis Tahan Lelaki Warga Singapura

Penemuan Lapan Anggota Badan Polis Tahan Lelaki Warga Singapura

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 494 hits
Seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian badan yang dipotong dan dibuang ke dalam semak di kawasan perindustiran Krubong berhampiran Kampung Ladang pada Khamis Me...
Prk Tg Piai 1 710 Anggota Pegawai Polis Bertugas

Prk Tg Piai 1 710 Anggota Pegawai Polis Bertugas

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 228 hits
PDRM pastikan proses penamaan calon mengundi lancar Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din PONTIAN Seramai 1 710 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia akan bertugas dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang berlan...
2 Konstabel Polis 1 Anggota Tentera Ditahan Dalam Pesta Dadah

2 Konstabel Polis 1 Anggota Tentera Ditahan Dalam Pesta Dadah

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 282 hits
Parti liar di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2 20 pagi Sabtu lalu Serbuan itu membawa kepada penahanan 35 individu termasuk dua kon...
Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 655 hits
Lapan anggota polis termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur awal pagi tadi Kesemua lapan anggota terbabit adalah antara 47 o...
Anggota Polis Temui Ajal Rempuh Van Buat U Turn Mengejut

Anggota Polis Temui Ajal Rempuh Van Buat U Turn Mengejut

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 958 hits
KULIM ANGGOTA polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh van dalam kemalangan berhampiran stesen minyak di Kampung Dusun Kulim hari ini Dalam kejadian 4 51 petang itu mangsa Lans Koperal Muhammad ...
Rempuh Van Buat Pusingan U Anggota Polis Urb Dipercayai Terkorban

Rempuh Van Buat Pusingan U Anggota Polis Urb Dipercayai Terkorban

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 338 hits
Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari di pelbagai tempat yang berbeza Walaupun pengguna sentiasa berwaspada dan berhati hati namun kemalangan yang berlaku tidak dapat dijangka kerana disebabkan oleh kecuaian penggun...
Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 568 hits
Diterbitkan Hari ini 12 34 tengahariPolis Diraja Malaysia akan terus menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan susulan jika terdapat sebarang bukti mengaitkan pemimpin DAP dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan Ketua Penolong Pen...
Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

Pm Beritahu Kabinet Serah Pada Polis Siasat Isu Ltte Sumber

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 347 hits
Kabinet pada mesyuarat mingguannya Jumaat lepas telah membincangkan penahanan dua Adun DAP kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam kata sumber Sumber berkata menteri kabinet khususnya dari DAP meny...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Akhirnya Siap Buat Website Canva User

Anak Nak Masuk Tadika Mak Ayah Siapkan Mental Anak Dulu Biar Anak Bersedia

Maksud Bojeng Dialek Kelantan

Suloszowa Kampung Unik Di Poland

China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa