Iftar Terbaik Anda Sekeluarga Di Mana Lagi Kalau Bukan Restoran Westplate Factory Shah Alam
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi semua. Korang nak cari tak tempat untuk buka puasa yang harga sangat berpatutan murah bawah RM50. Mai sini Maha nak rekemen kepada korang satu restoran yang menyediakan bufet buka puasa harga yang murah. Restoran yang Maha maksudkan itu adalah Restoran WestPlate Factory yang terletak di Seksyen 23 Shah Alam
Korang tahu yang bufet buka puasa mereka hanya RM39.90 untuk seorang dewasa dan RM20.90 untuk seorang kanak-kanak umur 5 hingga 10 tahun. Jadi kalau korang nak harga yang murah ni boleh tempah sekarang sampai 16 April ini sahaja. Lepas tu dah tak dapat harga murah ini. Ia akan kembali pada harga normal. Harga asal tu nanti Maha bagi tahu pada last posting ini. Sekarang ni nak kongsikan dengan korang makanan yang ada kat sini
Restoran ini mensajikan gabungan masakan Timur dan Barat tapi lebih kepada kebaratan dengan dekorasi yang korang boleh lihatlah ada tanduk rusa tu. Tapi jangan risau restoran ini dijamin Halal dan ia adalah pemilik orang Islam. Sempena dengan Ramadan yang dah mula ni mereka juga menyediakan iftar Ramadan dengan lebih daripada 30 jenis makanan yang sedap-sedap dan terbaik dari dapur.
Maha cerita ini sebab Maha dah cuba semasa majlis pelancaara Iftar Ramadan mereka yang bertemakan 'Iftar Terbaik Anda Sekeluarga'. Antara menu yang ada sempat Maha capture masa hari tu seperti Roti John ayam, Roti John Daging, Spaghetti Aglio Olio, Sggeti Carbonara, Fries, Wegges, Lamb Chop, Steak, Chicken Chop, Mushroom Soup, Garlic Bread dan banyak lagi. Tu baru yang masakan barat.
Tidak ketinggalah masakan timur yang dibakal dihidangkan seperti Nasi Goreng Kambing, Nasi goreng Cina, Rendang Daging, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak, Bubur Kacang Hitam, Bubur Kacang Hijau, Nasi Lemak, Kuih muih, Aneka Kek, Air Sirap, Air Oren, Teh Tarik, Nescafe dan banyak lagi lah. Korang rasa macam mana daripada separuh senarai ni adakah ia berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Mestilah sebab tu ia sangat murah dan pasti membuka selera korang kalau datang sini
Selain itu juga restoran ini sangat selesa menyediakan dua kawasan yang terbuka dan juga yang berhawa dingin. Tapi kalau siapa yang booking untuk tempat hawa dingin akan dikenakan cas RM5 untuk satu meja. Juga disediakan ruangan solat dan tanda untuk kemudahan pelanggan yang datang makan buka puasa dan untuk menunaikan kewajipan.
Promosi iftar Ramadan kat sini hanya akan bermula 16 April 2021 ini iaitu hari Jumaat. Bufet akan disediakan dari pukul 5.00 petang hingga 8.30 malam. Tapi korang boleh stay kat restoran ini kerana ia beroperasi sampai 12.00 tengah malam tapi tak ada bufet ada hidangan ala-carte. Korang boleh layan persembahan live band kat situ sambil bersama kawan-kawan atau keluarga
Korang dinasihatkan untuk buat tempahan awal beberapa hari sebelum datang untuk berbuka puasa di sini kerana tempat terhad dan juga selalu penuh. Korang tanya harga normal untuk bufet Ramadan kat sini iaitu RM49.90 untuk seorang dewasa RM29.90 untuk kanak-kanak 5-10 tahun. Masih lagi dibawah bajet dan mampu beli. So tunggu apa lagi buat tempahan sekarang juga dengan hubungi no tel yang Maha sediakan ini ok. Selamat berbuka dan selamat menjamu selera semua
Tempahan dan pertanyaan lanjut hubungi Restoran WestPlate Factory :Eliey: 011-5888 1916Ashraf: 011-1018 7127Syafiq: 011-5110 6995Ejoi: 019-367 4796Etiey: 013-488 2286
Alamat: 102, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, SelangorFacebook: https://www.facebook.com/westplatefactory Instagram: https://www.instagram.com/westplatefactory
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/04/iftar-terbaik-anda-sekeluarga-di-mana.html