Iftar Dengan Murtabak Pisang


Iftar Dengan Murtabak Pisang.  Kan dah kata ahli rumah akak ni penggemar murtabak.  Bukan sahaja murtabak daging atau ayam, pisang pun boleh.  Bila pisang masak di rumah, memang macam-macam menu mula terhasil.  Boleh dikatakan semuanya menu masa en suami kecil-kecil dahulu, kali ni diberi peluang untuk kami rasa.  Hidangan paling MIL suka buat.
Kami pun belajar daripada MIL.  Tapi bila kami yang buat, apa yang boleh dpermudahkan, kami permudahkan.  Kali ni buat sendiri murtabak pisang.  Bila buat sendiri ni faham-fahamlah, tak ada rasa kedekut meletak bahan.  Paling penting, hasilnya mesti sedap dan habis.
Bila dah hujung-hujung Ramadan  ni biasanya dah kurang nak makan nasi.  Tapi akak masih mencari nasi juga sewaktu berbuka puasa.  Anak-anak dan en suami dah mula berbuka dengan kuih muih sahaja, sahur baru makan nasi.  Murtabak pisang ni mudah saja nak buat.  Kalau korang malas nak uli tepung, boleh cuba beli tepung yang siap diuli di kedai yang menjual roti canai.  Biasanya mereka boleh jual kalau setakat korang nak beberapa ketul tepung yang dah siap diuli tu.  Tapi kalau korang rajin, bolehlah uli sendiri.
Intinya pula, ambil 2-3 biji pisang emas (pisang lain pun boleh),  lenyekkan dengan garfu dan campurkan dengan sedikit gula.  Tebarlah tepung tadi ikut cara korang.  Kalau akak biasanya, tekan dan tarik atas dulang besar sahaja.  Tak pandai nak menebarnya.  Tapi kalau korang ada skill tebar roti canai, bolehlah gunakan.
Macam biasa,  bila dah lebar tepung tadi, letakkanlah sedikit-sedikit isi pisang tadi.  Lipat elok-elok dan letakkan atas kuali yang dah dipanaskan terlebih dahulu.  Renjis-renjiskanlah sedikit minyak masak.  Balik-balikkan sampai masak.  



Nampak macam roti pisang tapi kami panggil murtabak sebab bahan dan intinya lebih tebal daripada roti pisang kedai mamak.   

Satu pinggan berintikan telur dengan campuran daun sup, daun bawang, dan bawang besar.  Satu lagi berintikan pisang


Asingkan siap-siap untuk Irfan.  Buat juga jemput-jemput pisang kegemaran anak-anak.  Semenjak bekerja ni baru sehari sempat berbuka di rumah, itupun waktu cuti.  Bertabahlah anak, memang tugas seorang doktor memerlukan banyk pengorbanan



Sebelum makan, potong-potong dulu.  Makan macam nipun dah mengenyangkan.  Tak boleh buat selalu.  
Sebelum ni akak pernah kongsikan resipi murtabak nangka pisang.  Campuran hirisan nangka dan pisang pun sedap kalau korang nak mencuba.  Murtabak ni kegemaran MIL. Tapi sekarang kalau nak makan anak cucu lah yang kena buatkan. MIL pun dah tak larat nak uli dan tebar tepung roti.  Terima kasih sangat pada MIL yang masa sihatnya selalu sahaja berkongsi cara masakan dan menu orang lama-lama terutama makanan kegemaran orang Banjar.  
Resipi : Murtabak Nangka Pisang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/03/iftar-dengan-murtabak-pisang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iftar Di Homst Restoran Cina Muslim Bersama Famili

Iftar Di Homst Restoran Cina Muslim Bersama Famili

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 198 hits
Saban tahun kami akan iftar di luar paling tidak sekali dan sahur kat kedai mamak alkisahnya untuk bagi umi rehat gitu Tahun ni agak berbeza sikit sebab CikCha dah sambung belajar tak balik setiap minggu dan KY Amanda pulak balik kampung su...
Iftar Di Giggles Geeks

Iftar Di Giggles Geeks

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum uollz nbsp Ai malas nak mengambil waktu anda untuk membaca panjang lebar jadi straight to the point malam ni ai iftar di Giggles Geeks nbsp Sebab menu2 dia standard hotel tapi harga berpatutan jadi ai belogkan nbsp Pua Sam y...
Kampung Style Iftar At Birkin International Hotel Featuring 600 Culinary Delights Including Durians

Kampung Style Iftar At Birkin International Hotel Featuring 600 Culinary Delights Including Durians

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 135 hits
Birkin International Hotel has officially launched its inaugural Buffet Suasana Kampung a signature dining experience for the month of March Hosted at the newly opened Birkin Kitchen the culinary celebration pays homage to the rich heritage...
Awan Temerloh Iftar Bersama Yb

Awan Temerloh Iftar Bersama Yb

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 111 hits
Amanah Temerloh Majlis Iftar Ketua Awan Nasional YB Datuk Aiman Athirah Sabu bersama JK Amanah Kawasan Temerloh dan Sayap Kawasan bertempat di Saiful Gulai Masam Temerloh Turut serta YB Mohd Fadzli Mohd Ramly Pengerusi AMANAH Pahang serta k...
Aktiviti Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Ppim 08 03 2025

Aktiviti Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Ppim 08 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 174 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia di Al Madrasatul Faridiyah Taman Sri Rampai Kuala Lumpur
Saiz Kunci Kereta Pelanggan Rasa Menyesal Beli Murtabak Rm6

Saiz Kunci Kereta Pelanggan Rasa Menyesal Beli Murtabak Rm6

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 171 hits
Musim Ramadan memang meriah dengan bazaar di merata tempat Tapi bagi umat Islam ada risiko tersendiri kita tidak dapat tahu sama ada makanan tersebut seperti yang diharapkan sehingga tiba masa untuk berbuka puasa Baru baru ini seorang pengg...
Tip Masak Cekodok Pisang Elok Bulat Cantik Bentuknya

Tip Masak Cekodok Pisang Elok Bulat Cantik Bentuknya

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 234 hits
Tip masak cekodok pisang elok bulat cantik bentuknya Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu Dikatakan kuih ini tercipta sebagai cara untuk mengelakkan pembaziran pisa...
Minuman Avokado Cincau Pisang Bahan Bahan 1 Bahagian Avokado Yang Fresh

Minuman Avokado Cincau Pisang Bahan Bahan 1 Bahagian Avokado Yang Fresh

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 141 hits
Resipi Ais Avokado Cincau Pisang Bahan bahan yang Diperlukan 1 biji avokado besar Cincau 1 2 biji pisang 6 sudu besar santan 300 ml air Gula secukup rasa Ais batu Cara cara Dalam sebuah bekas campurkan santan air dan gula Kacau sampai semua...
Hiburan Perkenalkan Makanan Homemade Baru Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa Rm18 Pula Megi Dah Tak Laku Ke

Hiburan Perkenalkan Makanan Homemade Baru Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa Rm18 Pula Megi Dah Tak Laku Ke

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 154 hits
Baru baru ini melalui platform media sosial Best Food MY mereka memaparkan seorang peniaga wanita yang sebelum ini dikenali sebagai Akak Megi Malam memperkenalkan makanan homemade terbaru iaitu Pisang Kunafa Akak Megi Malam kini jual Pisang...
Lelaki Mengamuk Tersungkur Ditembak Pengawal Keselamatan

Not Forgiving Bumiputera Activists Demand Editors Firing Over Flag Mistake In Malay Newspaper

Hadits Arbain Nawawi 13 Ukhuwah Islamiyah

Pos Malaysia Ceo Comment Sparks Backlash

Memahami Mekanisme Perdagangan Forex Dan Gold

Controversy Erupts Pos Malaysia Ceo S Response To Uniform Criticism Under Fire

Legoland Malaysia Resort Bersinar Meriah Dengan Warna Warni Raya

Polis Cari Pembeli Kia Sonata Bgk2338


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Awdella Sia Sia Chord

Berat Turun Masa Bulan Puasa

28 Studio Kl Kopi Seni Komuniti Dalam Satu Ruang

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Nasi Goreng Mee Goreng