Idris Nak Sponsor 2 Ekor Kambing Jika Bn Menang 300 Undi


Zikri Kamarulzaman 
   
PRK RANTAU | Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron malam tadi berjanji akan menghadiahkan dua ekor kambing untuk dibuat kenduri jika BN menang di sebuah daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Rantau.

Berucap di hadapan pengundi di daerah mengundi Taman Angsamas, Idris berkata kenduri itu akan diadakan jika calon BN, Mohamad Hasan mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram dengan 300 undi.

Berdasarkan data peringkat parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), BN sebelum ini tewas kepada PKR di Angsamas dengan majoriti 22 undi.

"Kalau menang 300 undi saya datang, saya sponsor dua ekor kambing untuk kenduri di Taman Angsamas," kata Idris.

Menyedari kenyataannya mungkin merupakan satu kesalahan pilihan raya, Idris bagaimanapun berkata kenduri itu tidak akan diadakan pada masa ini.

"SPR ada SPR? SPR bukan saya bagi sekarang tahu. Bukan saya bagi kambing sekarang kemudian undi Tok Mat, tidak.

"Bila dah undi Tok Mat nanti, bila dah menang (baru bagi). Saya datang balik, saya bawa dua ekor kambing siap dengan janggut," katanya.

Di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya, adalah merupakan suatu kesalahan untuk menjamu seseorang sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihan raya.

Jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM1,000 dan RM5,000.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Miri, Michael Teo dikritik selepas memberikan kupon makanan bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar sekolah di Rantau, Khamis lepas.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata perbuatan itu boleh dianggap sebagai rasuah jamuan pilihan raya.

Bagaimanapun SPR berkata tindakan Teo itu agak kabur dari segi undang-undang kerana peraturan tidak menjelaskan takrifan maksud "sebelum" pilihan raya.

Idris bercakap di hadapan kira-kira 150 orang di Taman Angsamas, yang menurutnya tidak cukup untuk memenangkan BN dengan majoriti 300 undi di situ.

"Kena telefon anak-anak, balik jangan undi steroid, - eh apa nama dia? Streram. Steroid pula. Streram. Dia pun suka ejek orang kan," katanya merujuk kepada S Streram.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Streram, Mohamad dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan untuk mengisytiharkan kemenangan Mohamad pada PRU lepas sebagai terbatal.

Ini berpunca daripada tindakan pegawai SPR menghalang Streram daripada memfailkan kertas pencalonannya pada pilihan raya umum 2018.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/idris-nak-sponsor-2-ekor-kambing-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cepat Sempat Lagi Kalau Nak Menang Sebuah Honda Hr V Rs Daripada Guardian

Cepat Sempat Lagi Kalau Nak Menang Sebuah Honda Hr V Rs Daripada Guardian

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 354 hits
SERIUS JANGAN LEPASKAN PELUANG TERBAIK INI TINGGAL SIKIT JER MASA SAHAJA LAGI UNTUK KORANG MEMILIKI SEBUAH HONDA HR V RS BERNILAI LEBIH RM120 00 DARIPADA GUARDIAN Bagi yang masih tak join peraduan JOM BER FABULOUS anjuran Guardian Malaysia ...
Prk Rantau Telahan Anda Siapa Yang Akan Menang Jom Undi

Prk Rantau Telahan Anda Siapa Yang Akan Menang Jom Undi

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 402 hits
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri PRK Rantau yang ditetapkan pada 13 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Pakatan Harapan serta dua calon Bebas Calon BN diwakili oleh Dato Seri Mohamad Hasan ...
Malaysia Sprm Siasat Idris Haron Taja Makan Kambing Percuma

Malaysia Sprm Siasat Idris Haron Taja Makan Kambing Percuma

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 376 hits
Bersih mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat bekas ketua menteri Melaka Idris Haron berhubung dakwaan pelanggaran peraturan pilihan raya kerana berjanji untuk menaja dua ekor kambing bagi kenduri di sebuah daerah mengund...
Nasi Arab Kari Kambing Bangi Square Memang Padu

Nasi Arab Kari Kambing Bangi Square Memang Padu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 575 hits
Percaturan Saiful Anuar Md Noor menggabung elemen Timur Tengah dan tempatan ternyata menghasilkan hidangan yang enak dan berbaloi dicuba foto NOOREEZA HASHIM BAGI yang mencari kelainan dalam citarasa timur tengah atau lebih mudahnya nasi Ar...
Khasiat Susu Kambing Hiraq

Khasiat Susu Kambing Hiraq

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 309 hits
Susu Kambing Hiraq dihasilkan dari susu kambing asli yang kaya dengan protein fosforus riboflavin dan potassium Selain rasanya lazat susu kambing Hiraq telah dinyah bau Susu kambing hiraq sangat sesuai untuk semua golongan usia termasuk wan...
Sowan Ke Para Kiai Di Jateng Suharso Minta Didoakan Ppp Menang Pemilu

Sowan Ke Para Kiai Di Jateng Suharso Minta Didoakan Ppp Menang Pemilu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 222 hits
Pelaksana Tugas Ketua Umum Partai Persatuan Pembangunan Suharso Monoarfa meminta para kiai mendoakan PPP bertambah besar dan dapat masuk kembali ke parlemen Hal itu diungkapkan Suharso saat bersilaturahim ke sejumlah kiai di Pondok Pesantre...
Mengupas Lumbung Suara Pdip Dan Gerindra Siapa Yang Menang

Mengupas Lumbung Suara Pdip Dan Gerindra Siapa Yang Menang

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 251 hits
PDIP dan Gerindra diprediksi akan banyak mendulang suara dan melenggang mulus ke Senayan dalam Pemilu 2019
Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 469 hits
Mohamad Hasan berkata wawasannya ialah untuk memperkasakan semula Umno dan menyusun strategi bagi menghadapi PRU ke 15 SEREMBAN Mohamad Hasan berkata beliau menghubungi Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebaik sahaja memenangi jawatan timbalan ...
Santap Sate Gulai Kambing Puluhan Santri Di Kebumen Keracunan

Santap Sate Gulai Kambing Puluhan Santri Di Kebumen Keracunan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 221 hits
Kasubbag Humas Polres Kebumen AKP Suparno mengatakan peristiwa bermula ketika para santri mendapatkan makanan nasi kotak yang dibagikan oleh Panti Nurul Barokah yang beralamat di Jl Cincin Kota pada hari Selasa sekitar pukul 11 00 WIB Kemud...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun