Idiocracy Filem Bodoh Yang Buat Anda Berfikir Sejenak


Jika anda mahukan sebuah filem komedi yang ringan tapi buat otak anda berfikir dalam keadaan “energy save mode”, maka Idiocracy adalah jawapannya. Tayangan filem bodoh berbentuk satira ini adalah filem yang mengkritik masyarakat dan pemerintah tentang masyarakat bodoh yang mewarisi bumi.
Saya yakin kebanyakan daripada anda pasti tidak pernah menonton filem bodoh arahan Mike Judge ini. Filem yang berbajet USD4 juta ini hanya mampu mengutip USD495,303 sahaja daripada jumlah tayangan pada tahun 2006. Antara sebabnya adalah halangan tayangan ke pasaran luar daripada Amerika Syarikat.
Namun begitu, walaupun filem ini dalam erti kata lain tidak laku, tapi ia antara filem bodoh yang menerima ulasan positif buat mereka yang menontonnya. Malahan filem ini sering disebut-sebut sebagai gambaran sebenar masyarakat di masa akan datang.
Sebuah filem yang asalnya sebuah filem komedi, namun kini ia lebih kelihatan seperti dokumentari. Urban Dictionary
Filem ini sering dibangkitkan apabila bercerita tentang kebodohan masyarakat Amerika Syarikat masa kini. Maklumlah terdapat pelbagai isu kalau difikirkan tidak masuk akal. Contohnya isu bumi leper, Karen dan yang terbaru dakwaan yang mengatakan Covid-19 ini adalah ciptaan Bill Gates. 
Kebodohan yang semakin berleluasa tanpa segan silu tersebar di sekitar Amerika menjadikan filem ini sebagai rujukan yang tepat tentang masyarakat yang tenat. Malahan ada yang mengandaikan filem ini punyai ramalan masa depan seperti mana filem Back to the future.
Trailer Sinopsis filem Idocracy Cerita ini berkisahkan tentang Koperal Joe Bauers (lakonan Luke Wilson), seorang Pustakawan Tentera Amerika Syarikat yang dipilih oleh Lientenant Kolonel Collins (lakonan Mochael McCafferty) untuk menjalani satu eksperimen rahsia yang dikenali sebagai “military hibernation project”. 
Antara sebab kenapa Koperal Joe ini terpilih adalah disebabkan oleh data ketenteraan menunjukkan beliau antara individu paling sederhana (average) diantara ahli tentera yang lain.
Memandangkan dirinya tidak mempunyai saudara mara, maka Koperal Joe antara individu yang layak untuk menjalani experimen ini kerana sepanjang tempoh hibernasi, tidak akan ada siapa pun yang peduli.
Joe dan Rita kebingungan Bersama dengannya yang menjadi tikus makmal bagi experimen ini adalah seorang calon perempuan yang dikenali sebagai Rita (lakonan Maya Rudolph), seorang pelacur yang takut dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Upgrayedd. Sama karakter dengan Koperal Joe, beliau juga sebatang kara di dunia ini.
Projek hibernasi ini dijadualkan akan dijalankan selama setahun. Namun malang tidak berbau. Disaat mereka berdua telah dihibernasi, Leftenan Kolonel Collins telah ditangkap kerana telah mewujudkan rangkaian pelacurannya sendiri dibawah bimbingan Upgrayedd. Ini menjadikan projek ini tergantung begitu sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa.
Restoran yang diwujudkan di tapak asal makmal projek Lebih malang, pangkalan tentera yang menempatkan diri mereka juga telah dirobohnya dan restoran Futtbuckers (kemudian dikenali sebagai Butt-Fuckers) dibangunkan di tapak makmal mereka.
Memandangkan kapsul hibernasi mereka juga tidak berlabel, maka pembangun kawasan tersebut menganggap kapsul tersebut hanya sebahagian daripada peralatan yang tidak berguna dan membuangnya di tempat longgokan sampah.
Dipendekkan cerita, 500 tahun telah berlalu. Tempat pelupusan sampah yang menempatkan sampah sebesar gunung yang dikenali sebagai Great Garbage Avalanche of 2505″ telah runtuh menyebabkan ia menimpa kawasan perumahan berdekatan. Kapsul yang menempatkan Koperal Joe telah termasuk ke rumah Frito Pendejo (lakonan Dax Shepard).
Frito sedang menonton Ow! My Balls! Kapsul tersebut terbuka dan dalam keadaan pening lalat beliau bangun dan melihat Frito sedang menonton rancangan Ow! My Balls!, sebuah rancangan TV popular yang tak kreatif langsung sebab asyik bercerita tentang kecederaan telur sahaja. Ketika Koperal Joe menyapa Frito yang asyik menonton rancangan kegemarannya itu, beliau terus dihumpan ke luar tingkap.
Pening lalat itu beliau menyebabkan beliau bergegas ke hospital berhampiran. Hospital yang ada pada masa itu dalam keadaan tidak terurus. Jururawat pun macam bongok-bongok je dalam melayan pesakit. Tapi beliau lakukan juga pemeriksaan kesihatan sebab sakit kan..
Maka berjumlah beliau dengan Dr. Lexus bercerita tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Selepas didiagnosis, Dr Lexus mengatakan beliau menghadapi penyakit “tarded” dan “fucked up”. Beliau ingatkan Dr. main-main, ternyata Dr itu serius.
Keadaan bandar yang huru-hara dan penuh dengan sampah Rupa-rupanya sepanjang 500 tahun itu, manusia mengalami evolusi kebodohan. Orang yang mempunyai IQ tinggi mengalami kepupusan kerana isu perancangan keluarga dan dimasa yang sama orang bodoh asyik beranak je tiap-tiap tahun. Ini menyuburkan kebodohan dikalangan masyarakat kian parah dan populasi mereka terus meningkat.
Anda bayang dizaman ini, sebuah filem komedi  bertajuk “Ass” telah menduduki carta nombor satu negara dan memenangi 8 kali Oscars termasuk kategori tayangan terbaik. Tau apa yang ditayang selama 90 minit? Gambar bontot sahaja.
Konflik mula terjadi apabila beliau dimasukkan kedalam penjara kerana tidak mempunyai tatu kod bar di pergelangan tangan kirinya yang bertindak bukan sahaja sebagai pengenalan diri, sebaliknya kaedah pembayaran automatik.
Memandangkan nak masuk penjara perlu melalui ujian IQ yang bakal membahagikan banduan membuat pekerjaan mengikut taraf IQ mereka, maka menjawablah Koperal Joe soalan IQ tersebut.
Koperal Joe sedar ramai orang bodoh di kelilingnya. Jadi apa yang beliau buat selepas menjawab soalan IQ tersebut adalah dengan memperbodohkan warden penjara itu. Memandangkan memang semua orang bodoh, maka berjayalah juga dirinya melarikan diri daripada penjara dengan menipu warden.
Namun kejayaan melarikan diri itu tidak bertahan lama. Kebolehan beliau menjawab soalan IQ tersebut telah sampai ke White House kerana beliau telah diklasifikasikan sebagai manusia paling bijak di dunia. Beliau diburu sekali lagi dan dibawa ke White House pula.
Koperal Joe menerangkan tentang bagaimana memulihkan isu tanaman mati Di White House, beliau bertemu dengan Presiden Camacho bersama ahli kabinet yang lain. Koperal Joe telah dilantik sebagai Setiausaha dalam negeri kerana Amerika Syarikat ketika itu mengalami pelbagai masalah domestik. Antaranya masalah kekurangan makanan, tanaman rosak, ekonomi lumpuh, sampah bergunung dan banyak lagi.
Beliau diminta untuk menyesaikan masalah itu dalam seminggu. Berjayakah beliau membantu kerajaan Amerika Syarikat bagi meneruskan kelangsungan hidup? Itu anda kena tonton sendiri.
Kenapa ia membuatkan anda berfikir? Saya tak nak suruh anda berfikir sebab bunyinya agak “harsh” sebab saya dah janji anda akan hanya gunakan otak anda dalam keadaan “energy save mode”. Lebih molek jika saya katakan buat anda tertanya la. Best sikit.
Ada beberapa idea dalam filem ini yang buat anda tertanya, apa agaknya kesan jika anda biarkan perkara ini berlaku di dunia nyata. Antaranya:
Apa akan jadi kalau orang bodoh asyik beranak, orang bijak pandai buat perancangan keluarga? Apa kesannya kepada negara? Apa akan jadi jika anda sampaikan kebenaran, tapi tiada siapa yang dengar sebab semuanya tak mampu membezakan mana yang baik dan buruk? Bagaimana keadaaan masyarakat apabila pendidikan bukan lagi sesuatu yang penting? Adakah benar pemimpin bodoh datang daripada masyarakat yang bodoh? Adakah perniagaan dan pemasaran menyumbang kepada memperbodohkan akal? Komen keseluruhan cerita Bagi pendapat saya idea pembikinan filem ini sangat menarik untuk ditonton anda. Bagaimana mencerita tentang masyarakat dimasa akan datang bertukar menjadi bodoh dan realitinya, masa depan seperti itu amat menakut.
Anda bayangkan kehidupan yang dikelilingi dengan sampah, pendidikan bukan lagi satu keutamaan, masyarakat dipimpin oleh orang bodoh dan paling teruk manusia dimanipulasi oleh syarikat besar untuk terus hidup. Punya teruk tu sampai siram pokok pun pakai air gas.
Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Baca juga: 7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk
Cumanya, apabila ianya adalah filem satira dan komedi, adakalanya ada beberapa babak dan dialog dirasakan kurang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jalan ceritanya juga agak sederhana. Tapi jangan risau la, kesederhanaan itu tidaklah meletakkan filem ini setaraf dengan cerita teruk.
Kalau korang nak tengok filem bodoh ini, korang boleh tengok filem ini di Stremio. Cari sahaja Idiocracy. 
The post Idiocracy (2006): Filem bodoh yang buat anda berfikir sejenak appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/idiocracy-2006-filem-bodoh-yang-buat-anda-berfikir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shooting Filem 35mm Terp4ksa Diberhentikan Atas Sebab Kesihatan Yoe Yang Serius Dan Harus Oper4te Dengan Segera

Shooting Filem 35mm Terp4ksa Diberhentikan Atas Sebab Kesihatan Yoe Yang Serius Dan Harus Oper4te Dengan Segera

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 217 hits
Yoe Parey atau nama sebenarnya Muhammad Ashrul Hakim bin Lukman merupakan antara pelakon yang menjayakan slot Drama Spontan di saluran YouTube milik bintang media sosial Syahmi Sazli Telatah bersahaja Yoe dalam menuturkan dialog secara spon...
Filem Keempat Spider Man Kini Dalam Proses Perancangan Untuk Dibikin

Filem Keempat Spider Man Kini Dalam Proses Perancangan Untuk Dibikin

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 215 hits
Penerbit filem MCU Kevin Feige mengesahkan yang filem keempat Spider man kini dalam proses perancangan Kerjasama antara Sony dan Disney nampaknya membuahkan hasil apabila filem Spider man No Way Home berjaya mencipta sensasinya yang tersend...
Ryu Junyeol Ulas Tentang Filem Alien Akan Datang Minat Terhadap Fotografi

Ryu Junyeol Ulas Tentang Filem Alien Akan Datang Minat Terhadap Fotografi

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 168 hits
Ryu Jun yeol baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual dengan Esquire Korea Semasa temu bual pelakon itu mengulas mengenai proses penggambaran untuk filem sci fi yang akan datang Alien yang mengambil masa lebih setahun untuk ...
Filem Juang

Filem Juang

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 349 hits
5 pengarah lebih daripada 100 pelakon dan 200 krew perfileman tempatan telah menghasilkan sebuah filem sebagai tanda penghargaan kepada FRONTLINERS dan semua rakyat Malaysia yang berJUANG bersama
Shah Rukh Khan Jadi Ejen Raw Dalam Filem Ketiga Francais Tiger

Shah Rukh Khan Jadi Ejen Raw Dalam Filem Ketiga Francais Tiger

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 255 hits
Selepas filem Ek Tha Tiger dan Tiger Zinda Hai francais Tiger lakonan Salman Khan akan diteruskan dengan filem ketiga yang kini sedang menjalani penggambaran Filem aksi ini menambah keunikannya apabila pelakon superstar Bollywood Shah Rukh ...
Filem Prebet Sapu Gagal Masuk Top 10 Pencalonan Oscar 2022

Filem Prebet Sapu Gagal Masuk Top 10 Pencalonan Oscar 2022

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 271 hits
Filem Prebet Sapu nampaknya kecundang untuk menempa nama di senarai 10 terakhir pencalonan bagi anugerah berpestij Oscbagi sesi 2022 Pada November Finas mengumumkan yang Prebet Sapu dipilih sebagai filem yang akan mewakili Malaysia untuk be...
Trailer Sandra Bullock Channing Tatum Bergandingan Dalam Filem Aksi Komedi The Lost City

Trailer Sandra Bullock Channing Tatum Bergandingan Dalam Filem Aksi Komedi The Lost City

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 172 hits
Paramount telah mendedahkan trailer dan psoter pertama The Lost City sebuah filem aksi komedi terbaru arahan Adam dan Aaron Nee Sebelum ini bertajuk The Lost City of D filem itu dibintangi oleh Sandra Bullock The post appeared first on
Najib Bidas Kit Siang Uncle Buat Bodoh Dan Bisu

Najib Bidas Kit Siang Uncle Buat Bodoh Dan Bisu

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 143 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan veteran DAP Lim Kit Siang berhubung kritikannya ke atas dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki sejak lima hari lalu tetapi mendiamkan d...
Bodoh Banjir Bodoh

Bodoh Banjir Bodoh

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 219 hits
Sebenarnya banjir berlaku kerana ada ramai yang bodoh mengatasi yang tidak berapa bodoh Faisal Tehrani Malaysia Now Sudah ramai yang mati Terkorban kerana banjir Apabila berlaku bencana alam seperti banjir kita akan kembali kepada beberapa ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment