Idea Turun Gaji Pindah Um Kerana Pas Dipimpim Orang Politik



Idea pemimpin-pemimpin Pas yang sangat pelik sepanjang sidang Parlimen yang lalu adalah akibat parti itu kini dipimpin oleh ‘orang politik’ sepenuhnya.
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu misalnya Timbalan Menteri dari Pas mengetengahkan idea merendahkan gaji minimum pekerja di sektor pembinaan bagi menarik majikan menggajikan warga tempatan, dan seorang Ahli Parlimen Pas pula mencadangkan Universiti Malaya dipindahkan ke luar bandar manakala tapak universiti tersebut dibangunkan kerana tanahnya bernilai tinggi.
Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, idea pelik-pelik tersebut berlaku kerana Pas dimonopoli oleh orang politik dan bukan lagi pentadbir sebagaimana pada era mantan Presiden Datuk Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang mana perjuangan Pas ketika itu diterima oleh semua kalangan.
“Masa kita dalam Barisan Alternatif (BA) ramai cendiakiawan muslim berduyun duyun menyokong Pas dan BA kerana perjuangan kita jelas, kepimpinan kita juga jelas. Ustaz Fadzil sebagai seorang orator, Nik Aziz seorang pentadbir dan ulama, kombinasi yang cukup mantap.
“Ini menyebabkan kebangkitan luar biasa yang disertai oleh semua golongan sama ada ahli politik, akademik, orang biasa, pegawai kerajaan, tentera, polis.
“Soalnya idealisme itu ada, dan kita dilonjak (sokongan) oleh idealisme. Kita tak ada duit, tak ada harta, tak ada apa-apa (waktu itu),” katanya kepada Suara Keadilan.
Malangnya, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kedah itu lagi, apabila kedua-dua tokoh berkenaan meninggal dunia, pemimpin yang menggantikan mereka adalah pelajar-pelajar agama yang pulang dari Timur Tengah dan membawa masuk idealogi muslim teokrat dari luar.
Ideologi berkenaan bertentangan dengan kesesuaian politik tanah air.
“Bila kembalinya ke rahmatullah Ustaz Fadzil, seorang orator, seorang pentadbir yang baik yang tidak rasuah dan ulama, maka kepimpinan Pas diambil oleh dua kumpulan.
“Satu orang politik, yang kedua ialah orang yang balik dari luar negara yang tidak ada pengalaman dan pergaluan dengan rakan-rakan tempatan yang memahami konsep reformasi.
“Kebanyakannya dari Timur Tengah, sama ada dari Mesir, Syiria, Jordan, Lebanon. Ini anak muda yang dididik di Timur Tengah tiba-tiba terjun ke dalam Pas. Mereka ini terpisah daripada realiti kebenaran, daripada apa yang berlaku dalam negara kita. Jadi mereka menjaja slogan berpandukan kepada emosi.
“Idealogi politik mereka mungkin diimport dari Timur Tengah dan tiada kaitan dengan persekitaran tempatan. Mereka dipimpin oleh bukan pemimpin tetapi oleh ahli politik. Tok Guru, presiden, timbalan, naib presiden Pas bukan pemimpin sebenar tetapi orang politik.
“Orang politik cara berfikir dan bertindak seperti orang politik, tak kira latar belakang apa. Sama ada sosialis ke, sosial demokrat ke, apa pun disebut, selagi dia orang politik maka perangai, kaedah semua acuan politik: Aku dulu, kumpulan aku dulu, parti aku dulu.
“Jadi terpisah daripada alam realiti sebagai pemimpin yang bila jadi kerajaan, aku, kumpulan aku dan parti aku jadi nombor 2. Sebagai pemimpin rakyat dan negara jadi nombor 1,” katanya.
Oleh itu, tambah Johari, rakyat tidak wajar meletakkan pemimpin Pas dalam ‘kesucian’ biar pun bergelar ustaz dan Tuan Guru, sebaliknya perlu melayan mereka sebagai orang politik.
Sekiranya, amalan politik pemimpin Pas tidak sesuai dengan disiplin politik nilai atau demokrasi maka mereka perlulah ditolak dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
“Terbukti apabila orang politik dapat kuasa kalau mereka tidak dipandu oleh satu idealisme yang betul maka jadilah apa yang berlaku
“Janjilah bulan bintang pun selagi dia dipandu oleh sifat politik, maka akibatnya seperti sekarang
“Dan kita akan berhadapan dengan mereka ini sebagai orang politik. Jadi, dia jangan salah anggap kita akan berurusan kerana faktor agama atau keyakinan akidah.
“Dia orang politik dan rakyat akan memberikan layanan kepada mereka tidak seperti zaman Ust Fadzil dan Nik aziz. Dia bagi layanan politik maka kita juga akan memberikan layanan politik kepada mereka,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33301

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

Politik Melaka Pas Kesal Pembubaran Dun Sedia Hadapi Prn Hadi Awang Berapa Kerusi Pas Ada Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 204 hits
MELAKA Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID 19 Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang ke...
Politik Pas Yang Memeningkan

Politik Pas Yang Memeningkan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 140 hits
Pas kata tempat umno menang dan bertanding semula Pas akan sokong Umno Tempat Bersatu menang dan bertanding semula Pas akan sokong Bersatu Umno pula kata semua tempat Bersatu menang Umno akan bertanding kerana itu kerusi asalnya Umno menang...
Tukar Pm Pun Gagal Turun Suhu Politik Umno Juga Punca Krisis Melaka

Tukar Pm Pun Gagal Turun Suhu Politik Umno Juga Punca Krisis Melaka

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 540 hits
agendaily com6 10 2021Krisis politik di Melaka sekali lagi mendedahkan sikap sebenar pemimpin UMNO era Zahid Hamidi sebagai presiden Walaupun sudah tukar Perdana Menteri baharu sekalipun nampaknya suhu politik negara masih tidak turun dan k...
Saifudin Nasution Pembohongan Dan Retorik Politik Pas

Saifudin Nasution Pembohongan Dan Retorik Politik Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 112 hits
YB Saifudin Nasution mendedahkan style politik yang digunakan PAS untuk menarik undi Melayu Islam di Gual Ipoh Kelantan sempena kemasukan keahlian baru ke dalam PKR
Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 220 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempertikai mengapa Datuk Seri Najib Razak dipulangkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menemani anak perempuannya Nooryana Najwa yang bakal bersal...
Umno Berani Buat Perangai Kerana Tongkat Sokongan Padu Pas

Umno Berani Buat Perangai Kerana Tongkat Sokongan Padu Pas

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 295 hits
Sejak bermulanya pentadbiran PN Umno sedikit demi sedikit mula mengulang perangai bejat mereka memerintah Malaysia sejak 61 tahun lalu Cuma kali ini Umno tidak mempunyai kerusi yang banyak di Dewan Rakyat Bagaimanapun mereka mampu berkuasa ...
Guan Eng Malaysians Don T Buy Pas Claim Act 355 Won T Affect Non Muslims

Guan Eng Malaysians Don T Buy Pas Claim Act 355 Won T Affect Non Muslims

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 227 hits
Many remain doubtful that the religious rights of non Muslims will not be affected by the proposed Syariah related bills according to Bagan MP Lim Guan Eng This came after Minister in the Prime Minister s Department Idris Ahmad assured that...
Pekerja Stesen Minyak Hero Selamatkan Motosikal Dari Kebakaran

Com Domains Still The Gold Standard

Resepi Daging Belengas Yang Mudah Kredit Syielafoodie

Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Macam Dah Kembali Ke Zaman Bn

Will Sabah Graft Scandal Nudge Kingmaker Harapan To Pick Sides

Keluaran Inovasi Realme Pad 2 Lite Pada Harga Rm899 Realme Buds T310 Pada Harga Rm199

Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Listening To And Supporting All Children In Malaysia

Dr M Draws Flak Over Photos Of Signboards In Chinese

Being Lazy

Tahap Kecerdasan Berbeza Pelajar Pelajar Sbp

Sarapan Kami

Hari Kecergasan 2024