Idea Menu Berasaskan Pes Sambal


Bagi para ibu yang bekerja, waktu pulang daripada kerja terus sahaja bergegas ke dapur bagi menyediakan makan malam untuk seisi keluarga. Kelam kabut juga dibuatnya kerana anak-anak pula sedang kelaparan dan hendak segera makan. Jadi, penggunaan pes yang telah pun disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Kami kongsikan resipi berasaskan pes yang mudah dan cepat untuk dimasak sebagai panduan. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.

MASAK LEMAK AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam sederhana besar
2 sudu makan pes sambal
2.5cm kunyit hidup
3 biji cili padi
1 batang serai | ketuk
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
1 biji buah tomato | potong empat
1 helai daun kunyit | racik halus
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas, masin, masam dan lemak yang sekata
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Reneh
Anggaran kos: RM13

IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkanInfo chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa masam dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus

ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma bunga kantan tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh

SAMBAL BENDI
BAHAN-BAHAN
9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
2 sudu makan pes sambal
2 biji bawang merah | racik
1 ulas bawang putih | racik
Sedikit ikan bilis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa bendi yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng


DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
100gm hirisan daging nipis
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
3 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2.5cm halia | kisar
Sedikit jintan manis tumbuk
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal
1 biji bawang merah | potong bulat
1 biji cili hijau | hiris
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkanInfo chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa manis dan pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

CENCARU BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
2 sudu makan pes sambal
1 batang cili merah | hiris memanjang
1 batang cili hijau | hiris memanjang
3 biji cili padi | hiris kasar
Sedikit buah nanas | potong kiub
Sedikit daun limau purut | hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Daun limau purut tambah aroma pada masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar
Resipi: Koleksi Majalah RASA
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Resipi Rempah Kambing Perap Yang Sedap, Mudah & Jimat
Resipi Daging Masak Hitam Paling Sedap
Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Terlajak Sedap
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/idea-menu-berasaskan-pes-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 727 hits
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba Setiap kali tibanya musim buah durian apa lagi pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan Selain daripada makan begitu saja buah durian banya...
Dua Resipi Sambal Yang Confirm Buat Selera Bertambah Jom Tengok

Dua Resipi Sambal Yang Confirm Buat Selera Bertambah Jom Tengok

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 279 hits
Cita rasa orang Malaysia memang suka sambal Bukan hanya orang Melayu tapi masyarakat lain juga suka sambal Sambal dikatakan sebagai pembuka selera Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe Buatlah sambal Pastinya sedap Ini dua re...
Pes Budu Segera Mudah Dibawa Ke Mana Saja

Pes Budu Segera Mudah Dibawa Ke Mana Saja

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 478 hits
Budu begitu sinonim dengan Kelantan Kini sos pembuka selera ini sudah didatangkan dalam pelbagai bentuk bagi memeudahkan ia dibawa ke mana mana saja termasuklah menaiki pesawat ke luar negara Budu tradisional dalam botol amat sukar untuk di...
Makan Berselera Dengan Sambal Terung Telunjuk Tempoyak Bilis Petai

Makan Berselera Dengan Sambal Terung Telunjuk Tempoyak Bilis Petai

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 734 hits
Salah satu cara hendak menaikkan selera makan adalah dengan adanya sambal Kali ini RASA ingin tunjukkan resipi membuat sambal terung telunjuk Korang tahu tak terung telunjuk tu macam mana Terung telunjuk ni buahnya berwarna hijau dan ada ja...
Resepi Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis Cubalah Memang Win

Resepi Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis Cubalah Memang Win

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1234 hits
Resepi Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis Cubalah Memang WIN Sedapnya lahaiii sampai tahap tak leh nak ceritalahKalau nak try hari inilah sempat lagi pergi pasar cari bahan bahanBahan bahan
Tengah Marah Makan Pulak Sambal Geprek Di Geprek House Pasir Gudang

Tengah Marah Makan Pulak Sambal Geprek Di Geprek House Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 672 hits
Mood Marah Makan Pulak Nasi dengan sambal Geprek Padu Ye haritu aku stress so mood nak makan Nasi dengan sambal Geprek tu datang lah pulak Tengah stress ditambah dengan makan makanan pedas sepatutnya lagi stress Dan marahhhh tapi aku TAK Ak...
Aya Real Food Pes Masakan Siap Yang Mudah Dan Cepat

Aya Real Food Pes Masakan Siap Yang Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 337 hits
K fiezz dalam kategori wanita bekerja yang balik kerja wajib masak untuk makan malam Kadang datang mood malas atau stok dalam peti ais dah habis baru lah order kat Food Panda Antara order kat food panda dan masak k fiezz lebih suka masak se...
Perubatan Kampo Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

Perubatan Kampo Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 402 hits
Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 6 daripada setiap 10 orang pesakit kanser menggunakan ubat ubatan herba sebagai salah satu terapi pelengkap dan alternatif di samping rawatan kanser konvensional Kajian pada pesakit kanser...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin