Perubatan Kampo Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun


Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 6 daripada setiap 10 orang pesakit kanser (60%) menggunakan ubat-ubatan herba sebagai salah satu terapi pelengkap dan alternatif di samping rawatan kanser konvensional.


Kajian pada pesakit kanser di UK pada tahun 2014 mendapati bahawa, kebanyakan pesakit menggunakan ubat-ubatan herba supaya mereka dapat berasa lebih berupaya mengawal dan mengambil tindakan terhadap kanser mereka.

Bolehkah perubatan herba membantu?

Perubatan herba menggunakan tumbuhan atau kombinasi ekstrak tumbuhan untuk merawat penyakit dan menggalakkan kesihatan.

Walaupun pengguna perubatan herba percaya bahawa kaedah rawatan ini kurang kesan sampingan, hakikatnya tumbuhan mempunyai bahan aktif yang berupaya menyebabkan kesan tertentu kepada individu. Oleh itu, pesakit kanser perlu berhati-hati dalam penggunaan ubatan herba.

Di samping itu, persoalan yang lebih penting daripada kesan sampingannya ialah, adakah perubatan herba memberikan kesan baik kepada pesakit kanser?

Kekangan utama dalam penggunaan mana-mana perubatan pelengkap dan alternatif (complementary and alternative medicines) ialah kekurangan kajian yang meyakinkan terhadap kesan penggunaannya.

Ini diburukkan lagi dengan lambakan produk komersial di pasaran yang mengandungi herba atau bahan alami lain dan diiklankan secara berlebihan sebagai 'berupaya merawat kanser', 'menyembuhkan kanser' dan 'mencegah kanser' tanpa bukti yang kukuh malah boleh memudaratkan pesakit.

Perubatan Kampo Merawat Kanser

Di Jepun yang sangat terkenal dengan ketelitian kajian sainsnya, perubatan herba dalam bentuk 'Perubatan Kampo' berjaya dikaji dengan baik dan diketengahkan dalam rawatan kanser.

Bahkan, hampir 70% daripada doktor perubatan moden di Jepun menetapkan perubatan Kampo kepada pesakit mereka untuk membantu merawat simptom-simptom kanser.

Perubatan Kampo adalah perubatan tradisional berasaskan herba dan bahan semulajadi berasal daripada China dan diolah di Jepun.

Perubatan Kampo menggunakan formulasi gabungan pelbagai bahan seperti kulit kayu manis, kulit kerang, halia dan kulit oren.

Pendekatan perubatan Kampo adalah untuk merawat dengan menekankan mekanisme pertahanan tubuh dan kekuatan penyembuhan semula jadi.

Dalam perubatan moden, tidak banyak penekanan diberikan untuk mengaktif dan menyuburkan fungsi tisu, sebaliknya fokus utama adalah untuk melawan atau menyingkirkan punca penyakit, cuma merawat dan bukan menyembuhkan penyakit.

Oleh itu, dalam rawatan kanser kemoterapi dan radioterapi berkesan membunuh sel-sel kanser, manakala perubatan Kampo membantu menangani kesan sampingan dengan cara meningkatkan keupayaan badan memulihkan diri.

Kesemua ubat-ubatan Kampo di Jepun dihasilkan oleh syarikat farmasi Jepun dan dikawal selia dengan ketat oleh agensi kerajaan.

Disebabkan kualiti dan keselamatan formulasi Kampo, kajian klinikal tentang keberkesanannya dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Kesan penggunaan formulasi Kampo yang dilaporkan dalam kajian termasuklah mencegah kesan sampingan ubat anti kanser, mencegah sel kanser merebak dan membantu mengelakkan cachexia (penurunan berat badan dan otot) dalam pesakit kanser.

Keyakinan Terhadap Herba

Penggunaan perubatan Kampo secara meluas dalam sistem kesihatan di Jepun merupakan contoh integrasi perubatan moden dan tradisional yang mengagumkan.

Pesakit kanser di Jepun mempunyai akses kepada perubatan moden dan Kampo secara serentak apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital biasa. Sistem insuran di Jepun turut mencakupi penggunaan perubatan Kampo.

Kajian sains sebagai kunci penerimaan

Pada tahun 2015, Professor Youyou Tu dari China dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Fisiologi atau Perubatan kerana sumbangannya kepada kajian yang membawa kepada penemuan artemisinin, ubat antimalaria.

Kajian melalui manuskrip lama perubatan Cina tersebut membawa kepada penghasilan ubat yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

Jelasnya, perubatan herba bukanlah tidak diterima dalam dunia perubatan moden, sebaliknya memerlukan kajian teliti dan bukannya produk dengan dakwaan penyembuhan melampau tanpa sokongan kajian.

Di Malaysia, kajian mengenai perubatan tradisional masih lagi berada di tahap permulaan dan masih banyak manuskrip perubatan lama yang tidak diselenggara dan ditulis semula.

Terdapat tokoh seperti Dr Abdul Ghani Hussain, seorang doktor perubatan dengan minat mendalam pada herba yang mendokumentasikan kembali perubatan herba daripada manuskrip Melayu lama.

Meskipun masih jauh daripada hasil global, ia merupakan langkah ke arah yang betul agar kajian lanjut dapat dijalankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Perubatan Homeopati Dan Keajaiban Herba Melawan Penyakit Berbahaya14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/perubatan-kampo-berasaskan-herba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bawa Kanak Kanak Ke Hospital

Jangan Bawa Kanak Kanak Ke Hospital

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 355 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia melarang kanak kanak mengunjungi hospital kerana dibimbangi dijangkiti virus Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini KKM masih menutup wad dan hospital kepada pel...
Mahkamah Tangguh Kes Selepas Menteri Sabah Dirawat Di Hospital Akibat Vertigo

Mahkamah Tangguh Kes Selepas Menteri Sabah Dirawat Di Hospital Akibat Vertigo

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 317 hits
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata Peter Anthony sepatutnya menaiki pesawat ke Kuala Lumpur petang semalam KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sebutan kes Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony selepa...
Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital Dah Dua Kali Tak Sangka Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zain Saidin Yang Doktor Sahkan

Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital Dah Dua Kali Tak Sangka Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zain Saidin Yang Doktor Sahkan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 295 hits
Pelakon Zain Saidin mengesahkan sedang menerima rawatan di di sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang Selasa lalu Zain sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing minggu lalu berkata doktor mem...
Pcr Lab Enables Bintulu Hospital To Test For Covid 19

Pcr Lab Enables Bintulu Hospital To Test For Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 399 hits
Aaron and Dr Chin visit the PCR laboratory in Bintulu Hospital BINTULU The Polymerase Chain Reaction laboratory in Bintulu Hospital enables Covid 19 testing to be done here instead of having to send samples to hospitals in Sib
12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 521 hits
Dua belas orang pekerja pos di Jerman terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan berpuluh puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian Schweinfurt angkara bau pelik Durian Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan sebaran...
12 Kakitangan Pos Direvive Di Hospital Kerana Buah Durian

12 Kakitangan Pos Direvive Di Hospital Kerana Buah Durian

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 375 hits
Seramai 12 pekerja pos di Jerman dirawat di hospital manakala berpuluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos berpunca dari bau durian dalam sebuah bungkusan Dalam kejadian yang berlaku kelmarin di bandar Bavarian Schweinfurt itu polis bomba d...
Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital

Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 599 hits
Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital Sudah pasti ia bukan terjadi di Malaysia Di Malaysia durian mahal mana pun ada orang beli kan Kejadian ini berlaku di negara Jerman Gara Gara Bau Durian 12 Pekerja Pos Masuk Hospital Hanya ...
Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab Ada Gdm On Ubat

Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab Ada Gdm On Ubat

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 808 hits
Bismillah AssalamualaikumTarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat Bila ibu sudah ada kencing manis ketika mengandung ibu perlu patuh pada nasihat doktor untuk memastikan baby dalam rahim kita lahir dengan sihat dan...
Bau Durian Disangka Gas Bocor Enam Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Dibawa Ke Hospital

Bau Durian Disangka Gas Bocor Enam Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Dibawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 394 hits
Siapa sangka bau yang agak luar biasa berasal daripada bungkusan yang mencurigakan di sebuah pejabat pos yang terletak di Bavaria Jerman telah menyebabkan seramai enam pekerja dibawa ke hospital Tidak cukup dengan itu ia turut menyebabkan b...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly