Icerd Perang Belum Tamat Bekas Ketua Hakim Ingatkan Melayu



Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengingatkan orang Melayu perlu terus berhati-hati dan tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Katanya, situasi politik dalam negara boleh berubah dan perdana menteri mungkin bertukar, di mana pendirian perdana menteri seterusnya mengenai ICERD tidak diketahui.“Kita mungkin sudah memenangi satu pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat. Saya percaya kumpulan yang tidak senang adanya hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, tidak akan berdiam diri.“Jika perdana menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya di dalam kerajaannya sendiri terlalu kuat hingga beliau terpaksa membuat U-turn. Sejak 9 Mei 2018, kita sudah melihat beberapa kali U-turn dibuat.“Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun menentang semula, jika perlu. Kerajaan tidak boleh memberi jaminan konvensyen itu tidak akan diratifikasikan di masa depan,” katanya berucap dalam Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.ICERD diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1965. Tetapi, kumpulan Melayu dan parti politik tertentu bimbang ia akan menghakis hak Melayu serta Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Malaysia tidak akan menandatangani ICERD, sebaliknya terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara.Hamid berpuas hati dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan tidak mengiktiraf ICERD ketika ini.“Bagi saya, kita boleh terima kerajaan PH tidak akan meratifasi ICERD, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tafsiran saya ialah kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD kerana ia hendak mempertahankan Perlembagaan.”Tetapi, beliau mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan 90 minit dengan pengarang akhbar berbahasa Cina pada 23 November lalu berhubung isu ICERD.“Soalan saya yang pertama, mengapa beliau hanya memanggil pengarang-pengarang akhbar Cina, jika beliau hendak membuat kenyataan akhbar. Adakah ada sesuatu yang tersembunyi yang beliau tidak mahu orang Melayu tahu?“Mengapa selepas kenyataan itu dikeluarkan pun, orang-orang yang menentang ICERD masih dikatakan ‘memainkan sentimen masyarakat Melayu’ dengan menggunakan isu ICERD?”Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyifatkan orang Melayu yang menentang ICERD sebagai rasis.“Yang peliknya, orang Melayu yang mempertahankan hak mereka seperti yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan rasis. Tetapi, orang bukan Melayu yang hendak mengambil hak orang Melayu tidak rasis.“Saya seru semua rakyat Malaysia, termasuk Lim dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) P Waytha Moorthy, marilah terima kenyataan kerajaan PH yang mereka sendiri menjadi anggota Kabinetnya dan jangan lagi menuduh penentang ICERD sebagai rasis dan pelampau, jika mereka mahu cuba mewujudkan perpaduan.”FMT

#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/icerd-perang-belum-tamat-bekas-ketua.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 357 hits
SEREMBAN 23 Nov Keputusan Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah susulan bantahan kuat orang Melayu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Za...
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 479 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 383 hits
Siti Nursyahidah Abu BakarMohamad Fuzi Harun KUALA LUMPUR Pihak yang ingin mengadakan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu menggunakan saluran yang betul dalam menyuar...
Icerd Benarkah Melayu Terlebih Paranoid Ini Jawapannya

Icerd Benarkah Melayu Terlebih Paranoid Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 706 hits
APA YANG BERLAKU DI SINGAPURA BOLEH DIJADIKAN CONTOH KESAN RATIFIKASI ICERD BAGAIMANA MELAYU SINGAPURA DIPINGGIRKAN KERAJAAN PAP TANPA MENUKAR PERLEMBAGAAN Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera...
Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 443 hits
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih d...
Rusuhan Bukti Icerd Belum Sesuai Di Malaysia Maza Cadang Tukar Himpunan Bantah Icerd Kepada Himpunan Ummah

Rusuhan Bukti Icerd Belum Sesuai Di Malaysia Maza Cadang Tukar Himpunan Bantah Icerd Kepada Himpunan Ummah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 742 hits
Tukar perhimpunan bantah ICERD kepada perhimpunan survival ummah itulah kenyataan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin bila mengulas mengenai rusuhan kuil yang berlaku pada pagi selasa 27 November 2018 itu Menurut MAZA lagi umat islam perlu m...
Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 362 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 8 29 pagiUmno dan PAS didakwa sengaja mempolitikkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum bagi meraih sokongan orang Melayu di negara ini Mengambil contoh peratus...
Icerd Mujahid Tuduh Orang Melayu Fitnah

Icerd Mujahid Tuduh Orang Melayu Fitnah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 811 hits
MUJAHID NI SEBENARNYA TAU KE DIA CAKAP APA 1 Sebelum ini Mujahid mempertahankan ICERD dan berkata ia tidak akan memberi kesan kepada hak orang Melayu 2 Tapi kini pemimpin DAP sendiri mengakui bahawa ICERD akan menghapuskan hak istimewa oran...
Pemuda Pas Tak Yakin Jaminan Hak Melayu Bumiputera Kekal Di Bawah Icerd

Pemuda Pas Tak Yakin Jaminan Hak Melayu Bumiputera Kekal Di Bawah Icerd

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 413 hits
November 15 2018 7 01 PMGambar Bernama PETALING JAYA Pemuda PAS tidak yakin dengan jaminan kerajaan tidak akan memansuhkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah serta Sarawak ji...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan