Icerd Belanjawan Kuasa Negara



1. Kita di Malaysia kini dihadapkan dengan dua isu besar yang mengimpak secara langsung ke atas kuasa negara kita. Malah boleh dikatakan bahawa kedua-dua isu ini cukup signifikan hinggakan sesetengah pihak meletakkannya sebaris dengan peristiwa penentangan orang Melayu ke atas Malayan Union dan juga krisis Kewangan Asia 1998.
2. Pertama ialah cadangan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination (ICERD) 1969.
3. Isu yang kedua pula ialah pembentangan Belanjawan 2019 yang merupakan Belanjawan pertama yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).
4. Lalu bagaimana harus kita menanggapi isu ICERD dan Belanjawan 2019 hari ini? Di sebalik pelbagai pandangan yang telah diutarakan oleh pelbagai pakar tanah air – daripada bekas Ketua Hakim Negara dari perspektif perundangan ke atas isu ICERD hinggalah ke pakar ekonomi dan agensi antarabangsa yang mengulas Belanjawan 2019 dari perspektif makroekonomi – impak kedua-dua isu ini ke atas kuasa negara juga wajib diberi perhatian khusus.

5. Apakah yang aspek-aspek penting yang membentuk ‘kuasa’ bagi sesebuah ‘negara’? Terdapat empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau ‘From Wealth to Power’ terbitan Princeton University Press yang membentuk ‘kuasa negara’. Keempat-empat komponen dari perspektif ‘State-centered Realism’ yang diajukan Fareed Zakaria tersebut ialah autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion).
6. Kuasa negara yang kuat dicirikan oleh negara yang berautonomi tinggi, skop tanggungjawab yang luas, mampu mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu. Kuasa negara yang lemah pula dicirikan oleh autonomi yang rendah, skop tanggungjawab yang sempit, kurang mampu mengekstrak sumber, dan tidak bersepadu.
7. Belanjawan 2019 menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan mengemukakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM314 bilion. Terdapat 10 pengumuman yang memberi impak negatif dan positif ke atas kuasa negara dalam belanjawan 2019 ini. Lima pengumuman yang mengundang kesan negatif ialah ‘pengunduran kerajaan daripada pasaran’, ‘pengurangan pegangan kerajaan dalam aset bukan strategik’, model baharu kerjasama Awam-Swasta (PPP), ‘penjualan tanah milik kerajaan secara berjadual dan terancang’, dan juga ‘Bon Samurai’ Jepun. Pengambilan peruntukan yang besar daripada Petronas juga telah menyaksikan impak negatif dijangkakan ke atas perusahaan negara itu.
8. Kesemua pengumuman ini mengundang pengurangan kuasa negara dalam aspek autonomi negara, skop tanggungjawab negara dan juga keupayaan negara mengekstrak sumber. Namun demikian, ia diimbangi dengan lima pengumuman yang memberi impak positif ke atas kuasa negara iaitu peruntukan sebesar RM60.2 bilion kepada pendidikan, ‘Agenda Pemerkasaan Bumiputera’, Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 (seperti dana berimpak tinggi MITI dan Hab Aeroangkasa Khazanah), pengenalan cukai baharu dan juga strategi pemerkasaan eksport, IKS, pelancongan, pertanian dan R&D bagi menghadapi Perang Perdagangan Amerika-China.

9. Jika isu Belanjawan melibatkan aspek material dalam kuasa negara, isu ICERD pula adalah melibatkan aspek ideologi politik dalam kuasa negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menegaskan bahawa kerajaan Pakatan akan berusaha untuk meratifikasi ICERD seawal suku pertama 2019.
10. Langkah meratifikasi ICERD ini bakal mengimpak tiga dimensi kuasa negara secara negatif iaitu autonomi negara, skop tanggungjawab negara dan kesepaduan negara.
11. Dari segi autonomi negara, kita akan terbelenggu dalam pembuatan keputusan yang melibatkan dasar-dasar yang melibatkan kaum dan agama seperti dasar yang bersifat ‘affirmative action’ seperti peruntukan khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera, perundangan Syariah dan praktik menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Autonomi kita akan terhakis dek dipantau rapat oleh badan asing serta pendukung mereka dalam negara ini. Jangan sekadar baca Artikel-artikel ICERD itu sahaja, bacalah juga laporan-laporan CERD yang banyak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain – khususnya di negara umat Islam.
12. Dari segi skop tanggungjawab negara pula, campur tangan kerajaan dalam ekonomi politik bagi menegakkan acuan sendiri akan semakin agresif dicabar dan dituntut untuk dikendurkan. “Jambatan” antara pihak tertentu dalam negara ini dengan jawatankuasa CERD antarabagsa akan wujud lalu memberi tekanan besar secara halus ke atas kuasa negara.
13. Demikian juga impak negatif ICERD ke atas kesepaduan negara di mana jelas sekali dalam keadaan tiada parti dominan yang menjadi tonggak pemerintahan, pertentangan dan percanggahan pendirian akan memburukkan jurang sedia ada dalam pentadbiran. Kestabilan politik yang kita capai selama ini bakal dirungkai akibat membuka ‘kotak Pandora’ yang tidak perlu.
Ingatlah. Kemakmuran ekonomi akan merudum bila mana kestabilan politik digugat.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post ICERD, Belanjawan & Kuasa Negara appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/icerd-belanjawan-kuasa-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Ancam Keamanan Negara Mufti Pulau Pinang

Icerd Ancam Keamanan Negara Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 339 hits
Kerajaan PH perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara iniGEORGETOWN 27 Safar 1440H Isnin Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antaraba...
Icerd Jangan Beri Hindraf Bangsat Menguasai Negara Ini

Icerd Jangan Beri Hindraf Bangsat Menguasai Negara Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1974 hits
Sekor kat atas tu ialah kepala hindraf yang memang anti hak Melayu dan Bumiputera Anti kemakmuran yang di kecapi oleh rakyat Malaysia dengan kewujudan dan amalan yang terpelihara di bawah Perlembagaan Itu sebab puak bangsat ni pernah menyer...
Icerd Gugat Negara Ph Angkuh Belakangkan Raja

Icerd Gugat Negara Ph Angkuh Belakangkan Raja

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 385 hits
KEPUTUSAN PH untuk meratifikasi ICERD adalah sikap unilateral tanpa merundingkannya dengan pelbagai pihak terutama Raja raja Melayu Juga dengan golongan rakyat terbesar sebagai pemegang taruh utama hal ini sebelum pelaksanaan yang bakal men...
Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 530 hits
DAP dengan biadap memperbodohkan PPBM di mana Tun Mahathir adalah Pengerusi PPBM Seolah olah Tun Mahathir sangat bodoh walau sudah berpuluh tahun menjadi Perdana MenteriKUALA LUMPUR Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Icerd Malapetaka Kepada Negara

Icerd Malapetaka Kepada Negara

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 270 hits
Siti Nur Mas Erah Amrancnews nstp com myAbdul Hadi menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Aminuddin Yahya bagi bantah ICERD sebelum menyerahkan kepada wakil JPM FOTO Asyraf HamzahPERSETUJUAN ratifikasi Konvensyen Antaraban...
Icerd Rugikan Bumiputera Mantan Ketua Hakim Negara Tun Hamid

Icerd Rugikan Bumiputera Mantan Ketua Hakim Negara Tun Hamid

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 495 hits
ICERD atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969 Hingga ke hari ini Malaysia tidak mengesa...
Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 582 hits
INI jawapan saya terhadap hujah bahawa ICERD tidak memberi kesan kepada agama Ada setengah pihak mengatakan ICERD tidak melibatkan diskriminasi berdasarkan agama Saya tidak pasti ia adalah hujah ilmiah atau karenah siyasah Saya cenderung un...
Fx Rudy Sebut Poster Jokowi Bermahkota Pelecehan Terhadap Kepala Negara

Fx Rudy Sebut Poster Jokowi Bermahkota Pelecehan Terhadap Kepala Negara

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 209 hits
Ketua DPC PDIP Kota Solo FX Hadi Rudyatmo menilai pemasangan alat peraga kampanye tersebut sebagai pelecehan terhadap kepala negara Menurut dia Indonesia merupakan negara republik selain sebagai kepala negara presiden sekaligus sebagai kepa...
Tindakan Kriminal Minim Terjadi Negara Ini Putuskan Tutup Seluruh Penjara

Tindakan Kriminal Minim Terjadi Negara Ini Putuskan Tutup Seluruh Penjara

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 222 hits
Aksi kriminalitas yang menimpa warga Belanda terakhir kali terjadi pada tahun 2013 silam
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut