Ibu Teringin Nak Bersalin Normal Selepas Caeser Ini Syarat Kena Faham


Bagi ibu-ibu yang ‘teringin’ hendak bersalin secara normal selepas pernah melalui proses kelahiran caeser, ada syarat-syarat yang perlu difahami. Seorang wanita yang pernah melalui prosedur bersalin caesarean pasti pernah terfikir untuk bersalin normal bagi kelahiran seterusnya.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari Oxford University mencadangkan bahawa wanita yang pernah melalui prosedur c-sec atau caesarean untuk memilih melakukan prosedur c-sec dan bukannya bersalin normal.
Penyelidik mengatakan wanita-wanita yang pernah melalui prosedur C-sec dan memilih melahirkan bayi secara normal, lebih berisiko tinggi untuk memerlukan pemindahan darah atau menghadapi masalah sepsis. Ia merupakan satu masalah berkaitan jangkitan darah yang berisiko mengancam nyawa.

Ibu ‘Teringin’ Nak Bersalin Normal Selepas Caeser Dr Fazlina Hanum Mohd Ali, doktor pakar O&G di Hospital Islam Az-Zahrah menyatakan, secara umumnya, mana-mana wanita yang pernah sekali bersalin caesarean dibenarkan untuk mencuba untuk bersalin secara normal di kelahiran selanjutnya. 75 hingga 80 peratus ibu hamil yang mempunyai kriteria ini berjaya melahirkan anak seterusnya dalam proses kelahiran normal.
Bagaimana pun anda yang mahu mencuba kaedah yang sama perlu mendapatkan kaunseling dan pemeriksaan doktor pakar terlebih dahulu. Sekiranya dalam kehamilan terdahulu anda bukan menghamilkan kembar atau lebih; tidak mengalami plasenta praevia, kedudukan bayi dalam kandungan tidak songsang atau melintang; bayi bukan bersaiz makrosomia, tiada sejarah rahim pecah ataupun pembedahan caesarean yang dilakukan bukan classical caesarean, maka anda ada peluang yang sangat cerah.
Ini Syarat Kena Faham Sehubungan itu, perlu anda maklum bahawa selepas dua bulan bersalin, luka pembedahan sudah sembuh tetapi parutnya masih baru. Jadi, sebaik-baiknya jika mahu hamil lagi, biarlah selepas dua tahun anda menjalani pembedahan caesarean di kelahiran sebelum itu.

Ada kajian menyatakan risiko untuk rahim pecah adalah sangat tinggi jika kehamilan terbaharu berlaku dalam tempoh kurang satu tahun selepas pembedahan caesarean.Namun, ini tidak bererti anda tidak boleh melahirkan anak itu dalam proses kelahiran normal. Walaupun sudah hamil tanpa disengajakan atau dirancang, doktor masih mengizinkan cubaan bersalin normal setelah parut luka pembedahan diteliti dengan sebaik-baiknya.
Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keupayaan anda yang mahu mencuba kelahiran normal. Anda dan suami perlu benar-benar memahami penerangan yang dijelaskan oleh doktor tentabg kebolehupayaan anda untuk proses kelahiran bayi itu.
Sehubungan itu, kebiasaannya jika anda mengandung semula dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran caesarean sebelumnya, kebanyakan doktor pasti menasihatkan anda melalui pembedahan caesarean. Biarpun begitu, anda masih boleh mencuba untuk bersalin normal tetapi perlu faham risiko yang bakal dilalui.
Anda perlu tahu tentang kemampuan hospital bersalin pilihan menyediakan peralatan dan kepakaran mencukupi serta pemantauan berterusan dalam menghadapi sebarang risiko dalam kelahiran bayi anda nanti.
Risiko tetap sama

 
Sekiranya anda mahu mencuba bersalin normal selepas caesarean tidak kira anak pertama, kedua atau ketiga dan seterusnya, perlu ingat bahawa ia tetap parut!
Risiko yang mungkin berlaku kepada ibu sudah pasti rahim pecah. Dilaporkan risikonya ialah 0.3 – 0.5 peratus . Lanjutan daripada permasalahan ini, ia alan melibatkan risiko tumpah darah, pemindahan darah, diagnosis tertunda dan kematian ibu semasa bersalin.
Kemungkinan komplikasi ke atas bayi yang bakal dilahirkan pula, dia mungkin boleh lemas lalu perlu dimasukkan ke NICU. Selain itu, risiko kerosakan otak seterusnya menyebabkan kecacatan mental boleh berlaku. Malah, bayi juga berisiko untuk menemui ajal sekiranya usaha untuk proses kelahiran normal itu gagal disempurnakan.
Kesimpulannya, kelahiran normal selepas caesarean boleh dilakukan banyak kali kerana tiada had untuknya seperti yang diketahui umum. Anda boleh mencuba bersalin secara normal tetapi pemantauan rapi oleh doktor pakar perlu dilalui dengan meneliti parut pembedahan yang ada.
Sumber: Artikel asal Pa & Ma yang diolah semula dan Hello.doctor
Artikel berkaitan: Luka Pembedahan Caesarean Rasa Gatal? Ini 5 Cara Menanganinya
Hamil Lagi Selepas Caeseraen. Mama Jangan Panik. Ini Penjelasan Dari Pakar!
Hari Ke-9 Luka Caeser Terbuka & Keluar Air Bisa. Ibu Kongsi Pengalaman & Tip Cuci Luka
 
The post Ibu ‘Teringin’ Nak Bersalin Normal Selepas Caeser, Ini Syarat Kena Faham appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-teringin-nak-bersalin-normal-selepas-caeser-ini-syarat-kena-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Akur Kehendak Ibu Bapa Tak Faham Pentaksiran Bilik Darjah Kata Pakar

Kpm Akur Kehendak Ibu Bapa Tak Faham Pentaksiran Bilik Darjah Kata Pakar

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 275 hits
Hasnah Toran berkata sukar untuk masyarakat hendak lari daripada sistem peperiksaan kerana telah sebati sejak sekian lama PETALING JAYA Menghentikan pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik melalui kaedah Tahap Penguasaan bermul...
Hb Rendah Ibu Hamil Elok Makan Makanan Ini Untuk Naikkan Ke Tahap Normal

Hb Rendah Ibu Hamil Elok Makan Makanan Ini Untuk Naikkan Ke Tahap Normal

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 136 hits
Jika paras rendah atau kurang sel darah merah keadaan ini boleh mengakibatkan Anemia ialah apabila hemoglobin atau nama sainsnya sel darah merah berada pada paras bawah normal memberi kesan buruk pada otak Tekanan aliran darah naik mendadak...
Amalan Berpantang Rahsia Awet Muda Wanita Ini Kongsi Petua Elak Hilang Seri Selepas Bersalin

Amalan Berpantang Rahsia Awet Muda Wanita Ini Kongsi Petua Elak Hilang Seri Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 273 hits
Amalan membantu mengembalikan kesegaran tubuh selepas Ia juga merupakan salah satu rahsia untuk kelihatan Amat menggerunkan bila selepas wajah kelihatan hilang seri Lebih menyedihkan bila nampak lebih tua daripada usia sebenar Amalan Berpan...
Rasa Macam Dah Nak Keluar Shila Amzah Cemas Rasa Sakit Di Bazar Ramadan Bersalin Syawal Ini

Rasa Macam Dah Nak Keluar Shila Amzah Cemas Rasa Sakit Di Bazar Ramadan Bersalin Syawal Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 269 hits
Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang sarat hamil lapan bulan berdepan detik cemas apabila terasa seperti hendak bersalin ketika berkunjung ke bazar Ramadan pada minggu lalu Kongsi Shila menerusi Instagramnya dia yang secara tiba tiba sakit...
Dia Lahir Dalam Dulang Emas Mana Nak Faham Perit Orang Respon Luahan Pemanggil Di Radio Neelofa Dikritik Tiada Empati

Dia Lahir Dalam Dulang Emas Mana Nak Faham Perit Orang Respon Luahan Pemanggil Di Radio Neelofa Dikritik Tiada Empati

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 119 hits
Tak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik sebab apa Sesetengah orang mendengar luahan orang lain namun tanpa sedar mereka tidak validate perasaan individu tersebut Malah kadang kala nasihat yang diberikan pula seperti tidak sesuai a...
Bersalin Di Bulan Ramadan Untungnya Si Ibu Bayi Yang Dilahirkan

Bersalin Di Bulan Ramadan Untungnya Si Ibu Bayi Yang Dilahirkan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 136 hits
Ibu yang hamil dan pada bulan sangatlah beruntung selain dianggap istimewa Ini kerana proses dan yang penuh dengan perjuangan dianggap sebagai ibadah Proses memerlukan tenaga yang banyak begitu juga ibu hamil dan menyusukan Maka sebab itula...
Tip Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Mama Elak Buat Perkara Ini

Tip Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Mama Elak Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 152 hits
Ramai wanita selepas bersalin mengalami masalah Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran yang teruk ramai wanita berasa stres Adakah masalah rambut gugur itu normal Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang...
Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan Ini Info Penting Mesti Ambil Tahu

Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan Ini Info Penting Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 134 hits
Bagi yang pertama kali hendak buat ibu perlu tahu beberapa info penting sebelum berjumpa doktor Perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah mengambil terlebih dahulu di rumah Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan p...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah