Ibu Tahanan Mati Dalam Penjara Dapat Ganti Rugi Rm340 000


Ho Kit YenKamarulnizam Ismail dihantar ke penjara Tapah pada 3 Mac 2014 untuk menjalani hukuman selama dua minggu sebelum didapati meninggal dunia.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memberikan ganti rugi lebih daripada RM340,000 kepada ibu seorang pekerja kilang yang mati dalam penjara tujuh tahun lalu.
Panel itu, yang terdiri daripada hakim Yaacob Md Sam, Ahmad Nasfy Yasin dan M Gunalan, mengeluarkan perintah ganti rugi buat suri rumah Rahaya Salleh semasa prosiding dalam talian hari ini.
Rahaya mengemukakan saman terhadap kerajaan, polis dan Jabatan Penjara pada 2017 atas dakwaan serangan dan kecuaian selepas anaknya, Kamarulnizam Ismail, meninggal dunia di penjara Tapah.
Nasfy, yang menyampaikan keputusan mahkamah, memberikan ganti rugi am sebanyak RM290,000 kepadanya, tuntutan tanggungan RM40,800 dan ganti rugi khas RM10,000.
Rahaya turut menerima RM2,000 untuk perbelanjaan pengebumian anaknya, dan RM5,000 sebagai kos.
Minggu lalu, mahkamah memutuskan bahawa Rahaya berhak mendapat ganti rugi berhubung tuntutan tanggungannya dan kecuaian oleh kerajaan.
Bagaimanapun, mahkamah mengetepikan perintah ganti rugi RM150,000 atas penahanan tidak sah dan “misfeasans” (salah guna kuasa) dalam jawatan awam.
“Beliau (Rahaya) telah membuktikan (dakwaan) kecuaian kerana peraturan lokap polis dan penjara tidak dipatuhi,” kata Nasfy.
Kamarulnizam, 39, dikatakan meninggal dunia antara 8.30 malam 7 Mac dan 2.30 pagi keesokannya pada 2014.
Dia dihantar ke penjara pada 3 Mac tahun itu untuk menjalani hukuman selama dua minggu selepas mengaku bersalah atas tuduhan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.
Bapanya, Ismail Ahmad, pergi ke mahkamah Bukit Mertajam untuk membayar denda tetapi Kamarulnizam ingin menjalani hukuman penjara kerana dia berhasrat menggunakan wang itu untuk membaiki keretanya.
Ibu bapanya kemudian mengambil mayatnya di bilik mayat Hospital Tapah.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rahaya berkata, Kamarulnizam memberi RM1,300 kepada keluarganya setiap bulan.
Katanya, anaknya ditahan polis pada 22 Feb 2014 bersama tiga yang lain, dan mendakwa Kamarulnizam diserang tiga anggota polis ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam.
Rahayu diwakili peguam M Visvanathan dan Sanjay Nathan Visvanathan, manakala kerajaan, polis dan pegawai penjara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, Andi Razalijaya A Dadi dan Mohd Ashraf Abd Hamid.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/ibu-tahanan-mati-dalam-penjara-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mati Dalam Tahanan Keluarga Mahu Saman Penjara Sungai Buloh

Mati Dalam Tahanan Keluarga Mahu Saman Penjara Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 371 hits
Isteri Mohd Iqbal Abdullah dan ibu mentuanya bersama Peguam M Manoharan berhasrat mengambil tindakan mahkamah PETALING JAYA Keluarga kepada seorang tahanan reman Mohd Iqbal Abdullah 29 yang meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang berhasr...
Terpedaya Sindiket Parcel Scam Pelajar Sekolah Rugi Rm2 000

Terpedaya Sindiket Parcel Scam Pelajar Sekolah Rugi Rm2 000

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 245 hits
Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata mangsa menggunakan duit simpanan sendiri dan ibunya PETALING JAYA Perkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook sejak dua minggu lepas membawa padah apabila seorang remaj...
Ibu Paranoid Dijangkiti Covid 19 Tikam Anak Sampai Mati

Ibu Paranoid Dijangkiti Covid 19 Tikam Anak Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 294 hits
Sutha yang disifatkan sebagai ibu penyayang didakwa menikam anaknya sendiri Ibu paranoid dijangkiti Covid 19 tikam anak sampai mati Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut di tangan ibu sendiri ap...
Pencipta Perisian Antivirus Mcafee Ditemui Mati Gantung Diri Di Penjara Sepanyol

Pencipta Perisian Antivirus Mcafee Ditemui Mati Gantung Diri Di Penjara Sepanyol

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 167 hits
Astro AwaniJohn McAfee ditemui meninggal dunia pada Rabu di penjara Barcelona pada Rabu ReutersBARCELONA Usahawan teknologi kelahiran Britain John McAfee ditemui meninggal dunia pada Rabu di penjara Barcelona Sepanyol pada Rabu Mendiang ber...
Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 570 hits
RAUB Operasi menebang pokok durian Musang King yang dianggarkan berjumlah kira kira 11 000 pokok di tanah seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini dijangka siap sepenuhnya minggu depan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perhu...
10 Clay Mask Ampuh Buat Kulit Berminyak Mulai Dari Rp20 000

10 Clay Mask Ampuh Buat Kulit Berminyak Mulai Dari Rp20 000

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 347 hits
Clay mask adalah jenis wash off mask yang terbuat dari sejenis tanah liat kaya mineral dengan daya serap tinggi Misalnya kaolin dan bentonite Produk ini biasanya direkomendasikan buat kulit berminyak dan berjerawat Berikut ini beberapa reko...
18 000 Pekerja Sabah Bakal Divaksin

18 000 Pekerja Sabah Bakal Divaksin

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 296 hits
Sabah sasar 18 000 pekerja sektor industri divaksin KOTA KINABALU Kerajaan Sabah menyasarkan 18 000 pekerja dari 407 kilang pembuatan diberi suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Covid 19 Kerjasama Awam Swasta di Sabah bermula...
100 000 Public Transport Drivers To Be Vaccinated By End Of August

100 000 Public Transport Drivers To Be Vaccinated By End Of August

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 295 hits
Wee Ka Siong talking to a resident after presenting him some essential grocery items in Taman Mekar Yong Peng Kluang today BATU PAHAT At least 100 000 public transport drivers in the Klang Valley including those involved in e hailing servic...
In Melaka Seven Teens Slapped With Rm30 000 Fine Over Birthday Gathering

In Melaka Seven Teens Slapped With Rm30 000 Fine Over Birthday Gathering

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 306 hits
Some of the teenagers were detained when they gathered in front of the house of the birthday girl in Taman Baiduri Pulau Sebang at about 5pm yesterday Picture by Hari AnggaraBATU GAJAH July 11 Seven teenagers aged between 14 and 18 were sla...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord