Ibu Penat Melampau Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik


Tidur cukup tetapi tetap rasa letih dan lesu sepanjang hari. Apa sebabnya hal ini terjadi pada kita, terutama pada mak ayah yang seharian bekerja.

Menurut perkongsian Dr Serena In, Ketua Jabatan dan Ahli Psikologi Klinikal di Fakulti Perubatan IMU University, hal ini boleh dikaitkan dengan Sindrom Kelesuan Kronik (CFS).
“Data mengenai CFS di Malaysia sangat sedikit, bukan kerana ia tidak wujud di sini tetapi kerana kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat umum. Disebabkan itu, tidak ramai orang yang tahu bagaimana untuk mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ia kurang dilaporkan dan kurang difahami,” kata Dr Serena In berkongsi.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menderita kelesuan berpanjangan yang tidak dapat dijelaskan dan tidak bertambah baik dengan berehat, berikut apa yang anda perlu tahu.

Kemungkinan tanda-tanda CFS
Secara perubatan ia dikenali sebagai Ensefalomielitis Mialgik (ME) dan pakar tidak dapat mengenal pasti apakah punca CFS.
Ia kadangkala boleh berlaku selepas jangkitan virus seperti COVID-19, walaupun tidak dikaitkan dengan sebarang jangkitan tertentu.
Faktor-faktor lain yang berkaitan – walaupun tidak semestinya bersifat penyebab – termasuklah penyakit keradangan seperti arthritis, keadaan psikologi seperti kemurungan, dan perubahan hormon seperti menopaus.
.  
Gejala ini boleh datang dan pergi dan sangat berbeza kepada setiap individu. Kebanyakan pesakit melaporkan gejala-gejala seperti berikut:
* Kelesuan yang tidak hilang selepas berehat atau tidur
* Kesukaran untuk memberi tumpuan
* Kelemahan otot
* Sensitif melampau kepada bau-bauan, bahan kimia, cahaya atau bunyi-bunyian
* Masalah penghadaman seperti sindrom usus merengsa
* Kesakitan sendi dan otot tanpa melakukan senaman, bengkak atau kemerahan
CFS hanya boleh didiagnosis berdasarkan gabungan simptom, di samping satu siri ujian untuk menolak kemungkinan punca lain.
Malah menurut kata Dr Serena lagi, belajar untuk memahami diri sendiri dan periksa keperluan tubuh dengan rehat secukupnya terlebih dahulu.

 
“Atasi keperluan asas terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup dan makan makanan seimbang. Jika asasnya betul, anda pasti jadi lebih baik dalam beberapa minggu.
“Tetapi, jika anda masih tidak berasa lega selepas mencubanya, anda mungkin memerlukan nasihat perubatan,” tambahnya lagi.
Tiada rawatan atau penawar khusus bagi CFS. Namun cara menguruskan rasa letih dan lesu ini boleh memainkan peranan penting untuk melegakan gejala, di samping menyesuaikan gaya hidup.
Selain itu, Dr Serena menyarankan pesakit berjumpa ahli psikologi klinikal atau kaunselor untuk mendapatkan sokongan dalam memproses perubahan besar dalam hidup mereka.
Jadi mulakan hari yang sihat, bantu diri untuk kembali cergas seperti selalu!
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Ibu Penat Melampau, Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-penat-melampau-tidur-cukup-tapi-tetap-rasa-lesu-mungkin-petanda-sindrom-kelesuan-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu hamil Berapa minggu sudah usia kandungan kalian Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat ...
Hiburan Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya Ibu Aliff Aziz Buat Kemunculan Semula Di Ig Panjat Rasa Syukur

Hiburan Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya Ibu Aliff Aziz Buat Kemunculan Semula Di Ig Panjat Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 297 hits
Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz Siti Hafiza Basharahil dilaporkan membuat kemunculan semula apabila dia ada mengemaskini Instagram yang sebelum ini dinyahaktif Ibu Aliff Aziz kemaskini Instagram Dalam hantaran itu dilihat memanjatkan ...
Tak Cukup Tidur Vs Terlebih Tidur Waktu Hamil Ada Kesannya Pada Bayi

Tak Cukup Tidur Vs Terlebih Tidur Waktu Hamil Ada Kesannya Pada Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 343 hits
Trimester ketiga hamil kebiasaannya membuatkan ibu sering terjaga dari tidur malah kualiti tidur terganggu Gangguan pada tidur ini sebenarnya amat memberi kesan pada diri sekaligus bayi dalam kandungan Ikuti perkongsian ini Kesan tidur terl...
Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 184 hits
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi Semasa mengandung badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan de...
Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 321 hits
Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya Tidur yang cukup antara yang disyorkan Pun begitu jom ketahui posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa ...
Besok Kembali Ke Indonesia Jemaah Mengaku Senang Tapi Sedih Tinggalkan Kota Makkah

Besok Kembali Ke Indonesia Jemaah Mengaku Senang Tapi Sedih Tinggalkan Kota Makkah

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 183 hits
Jemaah kloter SOC 02 asal Temanggung dan Magelang menjadi rombongan pertama yang akan pulang ke Tanah Air
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat