Ibu Menyusu Boleh Je Nak Makan Apa Apa Tak Ada Kaitan Bayi Kembung Perut Asalkan Seimbang


Biasanya ibu yang menyusu badan terlalu risau apa yang dia makan akan beri kesan pada bayi hingga kembung perut. Itu tak boleh, ini tak boleh. Akhirnya akibat terlalu takut ibu hanya makan makanan tertentu saja hingga anak pun kurang dapat zat.
Ok jika diikutkan tiada masalah tetapi kuantiti pengambilan itu harus dijaga dan apabila keterlaluan pun tak elok.
Seperti yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menyusukan anak dan sumber rujukan yang sahih, ini yang patut ibu tahu.
————————————————————————–
Adakah apa yang ibu makan menyebabkan baby kembung perut? Pertama kita lihat apakah Colic dan apa yang boleh menyebabkan ia terjadi.
Kembung perut atau istilah lain Colic kerap terjadi pada baby bawah 6 bulan sebab usus mereka masih dalam proses matang. Tapi baby yang kerap mengalami Colic bukan sahaja memberi efek kepada pertumbuhan mereka tapi juga kepada keadaan emosi penjaga (terutama maknya, sebab stress baby selalu menangis)

Antara penyebabnya adalah
1. Cara latching / pelekapan / minum botol yang tidak betul
– tak kisah sama ada ini anak pertama atau tidak,mommies boleh dapat masalah anak melekap dengan betul waktu menyusu.
Jika teknik tak betul,ia akan menyebabkan anak telan banyak udara dan kembung perut boleh terjadi.
Ibu akan kerap sakit sewaktu dan semasa sesi menyusukan baby.
– jika penggunaan botol susu yang tidak sesuai (contoh besar sangat, putih panjang sangat) pun akan menyebabkan anak banyak menelan udara banding sengan susu.
Boleh nampak anak waktu menyusu, banyak susu yang meleleh dekat tepi.
2. Penyusuan yang terlalu cepat
– Ini selalu terjadi dalam penyususan dengan menggunakan botop susu akibat aliran susu yang cepat
Untuk baby yang breastfed,aliran susu amat berbeza banding dengan susu botol di mana anak perlu suck (hisap) dengan lebih kuat dan sabar sebab susu hanya mengalir bila sucking berlaku.
Tapi bagi botol fed, tidak perlu bekerja hisap kuat sangay dan susu sentiasa mengalir walaupun tidak menghisap puting botol. Maka baby perlu minum and telan cepat cepat kalau tak tercekik nanti. Tambah lagi jika guna puting di mana lubang besar/ tidak mengikut usia.
3. Usus baby masih dalam proses matang dan sembelit
Disebabkan ini baby akan mengambil masa untuk mencernakan susu. Jika sembelit, najis besar tidak lalu juga boleh menyebabkan Colic.
Mak ayah boleh buat urutan dan pergerakan kaki kepada baby (seperti berbasikal masa baring) untuk bantu lancarkan pergerakan najis.
Dari segi makanan???
Makanan bukan punca utama Colic /Kembung perut. Ramai akan elak 3 makanan ini untuk turunkan kembung perut baby
1. Caffeine
Kajian menunjukkan caffeine (dari minuman coffee, tea, air bergas, coklat) akan masuk dalam breastmilk tapi hanya kurang dari 1% sahaja dari apa yang mommies minum dan makan. Kuantiti sebanyak 3 cawan sehari masih boleh diambil dan selamat
2. Susu dan bahan tenusu
Bahan yang dirisaukan boleh menyebabkan Colic/kembung perut adalah protein dari susu lembu yang diguna dalam produk susu dan bahan tenusu.
Bukan sahaja ada perut kembung, tapi sentiasa cirit birit, sakit mungkin adalah Cows Milk protein Allergy.
Jika anak anda disyaki mengalami Cows Milk Protein allergy, di bawah pengawasan doktor/dietitian baru akan berhenti seketika untuk mengenalpasti samada baby ada ke penyakit ini. Jika tiada, tidak perlu dielakkan.

3. Sayur ‘berangin’ dan buah berasid
Sayur cruciferous dan berubi seperti brokoli, kobis bunga, ubi kentang, labu antara yang dipercayai menyebabkan baby banyak angin sebab apabila mommies makan, akan rasa ‘keluarkan angin’ yang banyak atau kentut atau flatulence
Tetapi apa effect kepada mommies tidak boleh disalurkan kepada babies.
Fiber dan angin tidak boleh masuk dekat breastmilk dan diberi kepada anak anak ye..itu adalah reaction badan anda kepada makanan tersebut sebab keadaan usus anda.
Jangan sebab anda kentut banyak, salahkan baby pulak kentut nak cover diri sendiri..hehehe
Sama juga dengan buah berasid (buah oren, mangga, limau dan lain). Makan banyak mana, badan ada mekanisme untuk sentiasa balance pH dan ia tidak akan menukar pH susu badan.
4. Makanan pedas atau rasa kuat
Penggunaan cili, bawang putih, bawang merah, spices (kayu manis, jintan, pepper dan lain lain) sangat sinonim dengan masakan di Malaysia.  Walaupun ada kajian yang menunjukkan jika pengambilan makanan yang kuat flavour boleh menukar komposisi/rasa susu ibu, tetapi ia tidak menyebabkan perut kembung.
Dan ada kajian juga menyatakan baby suka pada perubahan rasa tersebut dan menjadikan baby lebih terbuka untuk menerima makanan baru waktu mula proses makanan pelengkap.
Sepanjang saya breastfeed Ammar selama hampir 2 tahun saya tidak elak apa-apa makanan dan alhamdulillah sekarang pada usia 2 tahun lebih pada 14kg (patah tangan maknya nak angkut) Ammar sihat, aktif dan sangat cheeky
Mommies makan sihat dan seimbang ye.
Sumber rujukan
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5383635/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2791658/
https://www.cochrane.org/CD…/BEHAV_diet-changes-infant-colic

Kredit: Dietitian Fizah Sobri
 
The post Ibu Menyusu Boleh Je Nak Makan Apa-Apa. Tak Ada Kaitan Bayi Kembung Perut, Asalkan Seimbang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-menyusu-boleh-je-nak-makan-apa-apa-tak-ada-kaitan-bayi-kembung-perut-asalkan-seimbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi Kalau Nak Semua Boleh Ibu Ni Dah Buktikan

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi Kalau Nak Semua Boleh Ibu Ni Dah Buktikan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 487 hits
Alasan sibuk bekerja bukanlah satu alasan yang kukuh untuk tidak menyediakan makanan buat bayi anda Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya ibu dapat sediakan makanan berkhasiat buat bayi anda Bukan itu sahaja malah bila sediakan se...
Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 533 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Artikel Menarik Nak Elak Indius Ibu Bagi Tarikh Period Sala...
Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi

Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 290 hits
Kembung perut di kalangan bayi baru lahir adalah masalah biasa tapi ia paling dibimbangi oleh ramai ibu ayah Masalah ini akan menyebabkan bayi kerap menangis tanpa henti dan menolak susu yang diberi Ia boleh memberi kesan psikologi kepada i...
Mengenal Apgar Score 5 Penilaian Kondisi Kesiapan Bayi Baru Lahir Di Luar Perut Sang Ibu

Mengenal Apgar Score 5 Penilaian Kondisi Kesiapan Bayi Baru Lahir Di Luar Perut Sang Ibu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 247 hits
Ternyata tangisan bayi bukan satu satunya indikasi bayi baru lahir sehat atau tidak pasca dilahirkan Calon ibu sudah tahu
Nak Bergaya Punya Hal Dipakaikan Kasut Sebenarnya Boleh Buat Tumbesaran Kaki Bayi Terbantut

Nak Bergaya Punya Hal Dipakaikan Kasut Sebenarnya Boleh Buat Tumbesaran Kaki Bayi Terbantut

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 334 hits
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak anak Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi nampak comel sangat Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan ...
Kisah Nenek Nak Letak Nama Cucu Ala Ala Hipster Asalkan Bunyi Arab Buat Netizen Geli Hati

Kisah Nenek Nak Letak Nama Cucu Ala Ala Hipster Asalkan Bunyi Arab Buat Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 397 hits
Bila ada kehadiran orang baru pasti semua orang akan teruja untuk berebut rebut nak sediakan nama yang sesuai untuk bayi tersebut Mungkin ibu bapa kita yang akan lebih teruja untuk berikan nama yang sesuai kepada cucu mereka Asalkan sedap d...
White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 282 hits
Bayi yang menangis tanpa henti biasanya diredakan dengan bantuan bunyi bunyian white noise Selain bunyi bunyian alam air terjun hujan ombak dan sebagainya white noise yang dipasang daripada telefon bimbit sebenanrnya banyak membantu bayi un...
Boleh Tengok Semua Benda Pada Bayi Pentingnya Buat Detail Scan Ketika Hamil Trimester Kedua

Boleh Tengok Semua Benda Pada Bayi Pentingnya Buat Detail Scan Ketika Hamil Trimester Kedua

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 276 hits
Semasa hamil salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi semp...
Kalau Semua Benda Tak Boleh Macam Mana Anak Nak Jadi Bijak Dan Berani Mencuba

Kalau Semua Benda Tak Boleh Macam Mana Anak Nak Jadi Bijak Dan Berani Mencuba

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 569 hits
Agak sukar untuk kita berkata jangan atau tidak kepada anak Bimbang jika sering mengucapkan kata kata ini anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan Namun ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga