Ibu Lagakan Kami Adik Beradik Sehingga Bergaduh Besar






Harapan saya apa yang saya luahkan di ruangan ini dapat dikongsi bersama, paling tidak supaya kita tidak menyalahkan anak-anak sahaja jika tidak mahu menjaga ibu mereka.
Bukan tujuan saya membuka aib keluarga sendiri, tetapi sekadar menjadi renungan dan pengajaran buat pembaca setia, khususnya kaum wanita kerana satu hari nanti kita juga akan menempuh dunia yang sama, seperti ibu kita lalui.
Saya mempunyai empat orang  adik-beradik. Emak saya sudah tua, ada tanda-tanda akan diserang penyakit strok. Saya dan suami sering menawarkan diri untuk menjaga emak, kerana saya tahu kalau kita kurang beri perhatian, 
mungkin penyakitnya akan segera menyerang. Lagi pun ibu pernah tinggal bersama kami satu ketika dahulu, tetapi tak lama, katanya tidak selesa tinggal di rumah kami. Alasannya, anak saya ramai dan kawasan rumah saya bising. Dia suka tinggal bersama adik Su yang ketika itu baru setahun dua berkahwin. 
Tetapi sejak emak tinggal bersama adik, rumahtangga adik sering terjadi perselisihan faham. Pertengkaran dan pergaduhan sering terjadi antara adik dan suaminya yang berakhir dengan perceraian.
Saya dapat tahu dari adik, emak suka ikut campur tangan dalam urusan mereka suami isteri banyak yang mak tak sukakan menantunya.  Bila emak keluar dari rumah adik, mereka suami isteri rujuk semula.
Bila adik Su rujuk dengan suaminya semula tentulah emak tak selesa lagi datang ke rumah adik apalagi hendak tinggal bersama seperti dulu. Jadi emak terpaksa pindah tinggal di rumah anak lelakinya di KL yang merupakan anak kesayangan emak. 
Lagi pun sejak bujang lagi adik Sham pernah berjanji pada enak yang dia akan jaga emak apabila emak memerlukannya nanti.
Tetapi janji sebelum kahwin, dah beristeri adik mula tak selesa bila emak cakap nak datang ke rumahnya.  Beberapa kali emak telefon Sham untuk menjemputnya tapi Sham tak berapa nak layan, alasannya sibuk tak boleh ambil emak tinggal bersama di rumahnya.
Saya tak tahulah apa alasan Sham sebenarnya, tetapi saya tahu emak memang tak berkenan dan tak serasi dengan menantunya, isteri Sham. da sahaja yang emak tak berkenankan isteri Sham. Jadi mungkin salah satu sebab Sham tak pedulikan permintaan emak untuk membawa emak tinggal bersamanya.
Setelah saya kaji masalah adik-beradik saya satu persatu, saya dapati perangai adik-adik saya ini taklah seteruk mana. 
Tetapi sedihnya perangai emak yang merunsingkan saya. Saya dapati emak menjadi punca kami adik-beradik berbalah bukan perangai suami atau isteri kami adik-beradik sebenarnya.
Satu perangai buruk emak suka melaga-lagakan dan memburuk-burukkan antara kami adik-beradik. Sebagai contoh emak memburukkan saya pada adik-adik, tapi depan saya emak akan mengutuk dan burukkan adik-adik. 
Begitulah peel emak sejak dulu lagi. Jadi akhirnya antara kami adik-beradik tak pernah setuju angin, sentiasa benci antara satu sama lain. Jika dah selalu masam muka akhirnya kami bertengkar dan bergaduh. Itu zaman remaja kami sebelum berkahwin.
Bila masing-masing dah berumahtangga, emak burukkan kami cara lain pulak. Sebagai contoh, emak mengata saya tak layan emak ketika tinggal di rumah saya. Pada saya pulak emak kata adik-adik tidak layan dia dan nak jadi anak derhaka. Pendek kata antara kami selalu sangat berselisih faham dan tuduh menuduh. 
Terbaru emak mengadu pada adik Su, saya burukkan Su. Apalagi Su datang mengamuk ke rumah saya lantas tuduh saya macam-macam tanpa bertanya. 
Saya tahu adik tak akan mengamuk macam tu kalau hatinya tak sakit sangat. Sedangkan saya tak pernah mengutuk Su. Ceritanya terbongkar bila adik kata emak yang bercerita. Jadi salah siapa kalau kami adik-beradik berkelahi? 
Di pendekkan cerita, emak memfitnah saya dengan cerita yang tidak pernah saya lakukan. Saya mengambil langkah berdiam diri tetapi macam-macam cerita tak betul timbul satu-persatu. Begitu juga dengan Shah. Mengenangkan ibu sudah tua, saya hanya bersabar kerana Shah pembengis, dia  maki hamun saya tanpa bertanya. 
Dia tengking saya macam budak-budak. Saya tak suka bising. Kerana dia lelaki. Tapi herannya emak suka bila dapat tahu kami bergaduh adik-beradik. Dia mahu anak-anaknya dengar cakap dia dan buat apa yang dia suruh. Baru dia rasa puas hati bila sudah melaga-lagikan kami.
Walaupun emak fitnahkan saya macam-macam, tapi saya tetap sayangkan emak. Malah saya kesian bila Shah tak pedulikan makan minum emak.  Bayangkan emak sarapan jam 12 tengah hari, itu pun emak terpaksa kejutkan Shah dan isterinya dari tidur di bilik atas. Makan malam pulak jam 11 malam.
Tetapi kerana emak sayangkan Shah kerana dia anak lelaki harapan, emak tak marah, walau apa pun Shah lakukan pada emak. Saya pernah ajak emak tinggal dengan saya, dan saya berjanji tidak akan minta apa-apa harta emak, tetapi emak tak ambil peduli. 
Saya juga pernah nasihatkan emak baikkan hubungan kami adik-beradik. Sebaliknya semakin menjadi-jadi emak fitnahkah saya. Akibatnya adik-adik bencikan saya sebab percaya cerita emak.
Emak fikir dengan fitnahkan saya maka Shah dan Su akan jaga emak dengan baik, tetapi sayangnya emak tetap dipinggir dan diketepikan.Apa yang merunsingkan saya siapa antara mereka akan menjaga emak? Sekarang pun emak dah tersepit kerana fitnahnya. 
Nak ke rumah saya dia tak sukakan saya, nak ke rumah Su dia bencikan suami Su. Nak tinggal di rumah Shah, mereka suami isteri tak pernah pedulikan emak. Malah menganggap emak kuli mereka. Sementara seorang lagi adik masih bujang, tak boleh nak tumpang.
Saya tak boleh nak berbincang adik-beradik sebab mereka semua bencikan saya akibat fitnah yang emak taburkan terhadap saya. Begitu juga antara Su dan Shah mereka juga tak pernah berbaik, sentiasa berbalah. Ada saja yang tak kena.
Kini saya hanya memanjatkan doa memohon kepada Allah agar emak dapat mengakhiri perjalanan hidupnya dengan aman, bukan memporak-perandakan hidup anak-anak. Saya mahu kami berbaik adik-beradik dapat bergilir menjaga emak. Sikap emak memfitnahkan kami bukan boleh membuatkan emak disayangi, sebaliknya emak akan dibenci dan dipinggirkan.’’ Demikian luahan hati Shamsiah.
Memfitnah bukan boleh menarik perhatian orang atau anak-anak sayangkan kita, atau percayakan apa juga cerita yang disebarkan, sebaliknya akan membuat diri kita sentiasa ditakuti dan dibenci bila kebenaran terserlah akhirnya nanti.
Akhirnya siapa yang mahu menjaga emak bila dia sakit terlantar nanti. Dan siapa yang mahu mengambil tugas menguruskan masalah emak nanti? Inilah yang saya bimbangkan. Tapi emak tak pernah fikirkan semua itu, dia suka dengar kalau kami bergaduh.


Kredit : DCKK
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/ibu-lagakan-kami-adik-beradik-sehingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Beradik Paling Penyayang Ramai Cemburu Lihat Hubungan Rapat Jun Somin Adiknya

Adik Beradik Paling Penyayang Ramai Cemburu Lihat Hubungan Rapat Jun Somin Adiknya

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 156 hits
Nampaknya Jun So min sempat meluangkan masa bersama adiknya Jun Wook min baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon wanita itu memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram di mana ianya ditangkap oleh adik lelakinya itu Tulisnya...
Tunggulah Adik Besar Sikit Nanti Aafiyah Usik Adik Comelnya Gelagat Anak Datuk Siti Nurhaliza

Tunggulah Adik Besar Sikit Nanti Aafiyah Usik Adik Comelnya Gelagat Anak Datuk Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 157 hits
Tempias populari ibunya apa sahaja yang dilakukan oleh anak penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah sentiasa menjadi perhatian wargamaya Dato Siti yang memuat naik video gelagat Aafiyah dan Afwa di Insta Story nya ...
Vanessa Khong Ayahnya Dan Adik Indra Kenz Jadi Tersangka Kasus Binary Option

Vanessa Khong Ayahnya Dan Adik Indra Kenz Jadi Tersangka Kasus Binary Option

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 195 hits
Ketiga tersangka ini juga terbukti menyamarkan atau menyembunyikan dana hasil trading yang dilakukan Indra Kenz
Adik Tulis Surat Ajak Abg Curi2 Jumpa Blkng Sekolah Lepas Rindu Lama Terpisah Momen Usap Kepala Buat Ramai Tersentuh

Adik Tulis Surat Ajak Abg Curi2 Jumpa Blkng Sekolah Lepas Rindu Lama Terpisah Momen Usap Kepala Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 456 hits
RAKAMAN seorang abang bertemu adik perempuannya di pagar belakang asrama meraih hampir sejuta tontonan di media sosial selepas dimuatnaik dalam tempoh kurang 24 jam
Berdoalah Untuk Adik Bella

Berdoalah Untuk Adik Bella

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 202 hits
Membaca kenyataan saksi dalam kes Bella betul betul menyedihkan Bagaimana seorang budak OKU didera sebegitu rupa Marilah sama sama di bulan Ramadan ini kita berdoa agar keadilan ditegakkan buat anak kecil ini Dr Rozaimi Ramle
Hiburan Excited Sampai Lupa Privasi Teruk Dikecam Adik Wanita Rakam Tokti Aafiyah Mohon Maaf

Hiburan Excited Sampai Lupa Privasi Teruk Dikecam Adik Wanita Rakam Tokti Aafiyah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 134 hits
Baru baru ini tindakan seorang wanita membuat video TikTok bertemu dengan penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan anaknya Siti Aafiyah telah menarik perhatian netizen dan rata ratanya kurang senang dengan perbuatannya Da...
Doa Untuk Adik

Doa Untuk Adik

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 560 hits
Saksikan telefilem Doa Untuk Adik arahan Ismaizal Yusoof pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV1 Doa Untuk AdikWaktu Siaran Sabtu 16 April 2022 9 00 malamRangkaian TV1 Pengarah Ismaizal YusoofProduksi BZ2121 Productions Sdn BhdPelakon Zahiril A...
Selepas Isteri Tmj Pula Bersuara Untuk Adik Bella

Selepas Isteri Tmj Pula Bersuara Untuk Adik Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 211 hits
Sebelum ini isteri TMJ sudah pun bersuara mengenai kes melibatkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella hari ini Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris pula bersuar...
Lirik Jang Raya Superlaki 2022 Adik Puteri Rayyana Rayqa

Lirik Jang Raya Superlaki 2022 Adik Puteri Rayyana Rayqa

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 254 hits
raya raya raya oh selamat hari rayaraya raya raya inilah lagu kami bujang rayajauhnya di mata tetapi dekat di jiwarindu ayah bonda ayah tanya raya makan apa tipu sunat aku cakap ada rendang bubur lambuk juga lemangmang mang mang mang mangja...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan