Ibu Kencing Manis Masa Mengandung Elok Minum Susu Rendah Lemak Secawan Sehari Cukup


Kencing manis semasa hamil seringkali terjadi. Pemilihan jenis sajian yang tepat penting untuk mengawal paras gula.
Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, anda juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.

Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, semasa hamil anda memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari.
Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.

Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.
Di samping itu, susu mengandungi asid folik dan DHA yang memainkan peranan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antasid.
Umum mengetahui, kepentingan pengambilan susu ketika hamil, namun persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik? Jom ketahuinya

1. Susu penuh krim
Susu penuh krim memiliki hampir 3.5% kandungan lemak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5gm lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
2. Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan ia juga adalah suatu proses untuk melambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat oleh ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Malah, ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).
Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Dalam pada itu, pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.
The post Ibu Kencing Manis Masa Mengandung Elok Minum Susu Rendah Lemak. Secawan Sehari Cukup appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kencing-manis-masa-mengandung-elok-minum-susu-rendah-lemak-secawan-sehari-cukup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segelas Bubble Tea Mengandungi 20 Sudu Gula Nak Sangat Kencing Manis Bolehlah Minum Setiap Hari

Segelas Bubble Tea Mengandungi 20 Sudu Gula Nak Sangat Kencing Manis Bolehlah Minum Setiap Hari

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 882 hits
Satu per satu stor minuman Bubble Tea muncul dengan ciptaan minuman baharu yang kelihatan hampir sama semuanya mempunyai bubble pada dasar botol minuman tetapi hakikatnya pembeli mudah untuk menentukan perbezaan rasa pada kesemua minuman Bu...
Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 529 hits
Syawal sudah kini sudah dihari keempat jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga Ya memang betul Hanya ibu bap...
Aduh Tersangkut Air Gula Macam Mana Nak Hilangkan Kencing Manis Masa Hamil

Aduh Tersangkut Air Gula Macam Mana Nak Hilangkan Kencing Manis Masa Hamil

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 440 hits
Ada tak petua hilangkan kencing manis ketika mengandung Gestational diabetes mellitus adalah salah satu komplikasi perubatan paling biasa semasa kehamilan Penyakit kencing manis ini mempunyai implikasi kesihatan yang penting untuk ibu dan a...
Sakit Luka Czer Masa Menyusu Tanda Rahim Mengecut Kencing Manis Anemia Luka Lambat Sembuh

Sakit Luka Czer Masa Menyusu Tanda Rahim Mengecut Kencing Manis Anemia Luka Lambat Sembuh

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 731 hits
Rasa sakit pada luka pembedahan caesarean Ia mungkin tanda rahim sedang mengecut Tapi mama perlu perhatikan juga bimbang ia tanda tanda luka dalaman bermasalah Penjagaan luka yang baik dan tahap kesihatan ibu yang optimum membantu penyembuh...
Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 561 hits
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan Menurut Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit R...
Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 455 hits
Ingat senang ke jadi ibu ayah Besar tanggungjawabnya sejak dari anak lahir sampailah anak besar Masa kecil cabarannya lain bila dah pandai berdikari lain pula cara perhatiannya pula Bagi yang tak jelas peringkat umur anak ini mungkin boleh ...
Sungguh2 Dia Minum Susu Letak Bayi Dalam Beg Ditinggalkan Di Bawah Pokok

Sungguh2 Dia Minum Susu Letak Bayi Dalam Beg Ditinggalkan Di Bawah Pokok

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 431 hits
Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang dinantikan bagi pasangan yang telah berkahwin Anak adalah penyeri dalam kehidupan berumahtangga namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki tersebut Sedang mereka berusaha mendapatkan zuriat ...
Buku Pink Vitamin Mesti Bawa Dua Kali Raya Travel Masa Hamil Ibu Kongsi Tip Dalam Pa Ma Tv

Buku Pink Vitamin Mesti Bawa Dua Kali Raya Travel Masa Hamil Ibu Kongsi Tip Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 531 hits
Beraya ketika berbadan dua tentunya lain dari biasa Ibu kini mempunyai seseorang di dalam rahim yang perlu dijaga selain daripada diri sendiri Perkongsian daripada Puan Atiqah Ali yang muncul dalam rancangan TV Pa Ma Musim Ke 4 episod 13 Be...
Minum Susu Unta Ke Sebab Tinggi Sangat Kepala Lelaki Ini Sampai Cecah Siling Rumah

Minum Susu Unta Ke Sebab Tinggi Sangat Kepala Lelaki Ini Sampai Cecah Siling Rumah

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 313 hits
Purata ketinggian seorang di Asia adalah dalam lingkungan 172 1 cm Jadi jika seseorang melebihi daripada ketinggian tersebut boleh dikatakan sebagai seorang yang tinggi dan unik Memandangkan hari raya masih lagi dirasai sudah tentu kunjung ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik