Ibu Kanak Kanak Maut Dijerut Cable Tie Rupanya Pernah Jadi Mangsa Penderaan Suami


Hati mana yang tak luluh. Seorang ibu kini hanya mampu memeluk bantal kosong, meratapi kehilangan anak kecilnya yang diragut dalam kejadian tragis yang cukup menyayat hati.
Dalam sekelip mata, dunianya gelap  hanya tinggal kenangan dan linangan air mata sebagai teman. Setelah melalui detik paling hitam dalam hidupnya, wanita tersebut kini  perlahan-lahan cuba bangkit daripada kemurungan yang merantai jiwa.
Sebagaimana memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan wanita itu dalam keadaan beransur pulih dan telah dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat kemurungan.

Katanya lagi, pada 22 Julai ibu tersebut pernah membuat laporan mendakwa suaminya memukulnya dan membawa keluar anak mereka dari rumah.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga.
Semalam, waris mengatakan ibu berkenaan menangis setiap hari dan tiada selera makan sejak kehilangan anaknya pada 24 Julai.
Menurut datuk saudarayang dikenali sebagai Tata kematian anak kecil itu mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat  dengan mangsa sering teringatkan kanak-kanak itu hingga sukar untuk tidur.
“Biasanya apabila dengar kes sebegini, kita rasa simpati, namun hari ini ia menimpa keluarga kami. 
“Apa yang membuatkan kami sukar terima, suspek itu bukannya orang luar, tetapi bapanya sendiri,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilapor hilang oleh bapanya yang berusia 36 tahun selepas ditinggalkan di dalam kereta sementara dia membeli makanan di sebuah kopitiam di Johor Bahru.
Lebih memilukan, lima hari selepas kehilangan, jasad anak kecil berkenaan ditemui dalam keadaan ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
Susulan siasatan, bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula semalam.
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu, mendakwa anak tunggalnya itu hilang sekitar jam 6 petang Rabu lalu.
Polis kini membuka dua kertas siasatan membabitkan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes awal disiasat polis kontinjen Johor membabitkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 200  manakala kes bunuh disiasat kontinjen Negeri Sembilan.
Sumber: Buletin TV3 , 2
The post Ibu Kanak-Kanak Maut Dijerut Cable Tie, Rupanya Pernah Jadi Mangsa Penderaan Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kanak-kanak-maut-dijerut-cable-tie-rupanya-pernah-jadi-mangsa-penderaan-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 191 hits
Harian MetroPasir Gudang Saya berjiran dengan tiga beranak berkenaan sejak setahun lalu dan pernah mendengar tangisan mangsa selain bunyi bising ibu bapanya akibat bertengkar mulut kata Kamarudin Abdullah 47 Kamarudin berkata dia terkilan d...
Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 204 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran hari lahir yang dimuat naik oleh ibu mentuanya Siti Hafiza Basharahil yang ditujukan khas buat dua orang cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana Menurut Bella atau...
Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu

Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 204 hits
Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu SIBU 4 Ogos Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini petang tadi Jurucakap Pusa...
Ibu Maut Kereta Terjunam Dalam Tasik Unimas

Ibu Maut Kereta Terjunam Dalam Tasik Unimas

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 217 hits
KOTA SAMARAHAN Seorang wanita maut manakala anak perempuannya berusia 17 tahun terselamat selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik berlumpur di kawasan Universiti Malaysia Sarawak pagi tadi Apa yang berlaku Mangsa dikenali seba...
Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 209 hits
Ibu dan bayi maut empat ahli keluarga cedera kereta terbabas Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun Terengganu Foto In...
Ibu Angkat Bayi Maut Di Cheras Positif Dadah

Ibu Angkat Bayi Maut Di Cheras Positif Dadah

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR Wanita yang juga ibu angkat kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri Cheras didapati positif dadah Ditahan Reman Bantu Siasatan Timba...
Lagi Kes Kanak Kanak Jatuh Bangunan Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 8

Lagi Kes Kanak Kanak Jatuh Bangunan Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 8

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 217 hits
BernamaSHAH ALAM Seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah flat di Pelabuhan Klang pagi tadi Timbalan Ketua Polis Klang Selatan Kamalariffin Aman Shah berkata pihaknya...
Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut

Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 184 hits
Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut SEREMBAN 28 Julai Polis menemukan mayat seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin Jempol di sini petang tadi Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad ...
Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 265 hits
Kisah menyayat hati melibatkan adik Zara Qairina pelajar perempuan yang menjadi mangsa buli di asrama kini bukan saja menarik perhatian rakyat Malaysia malah turut mengundang respons penuh emosi dari kalangan selebriti tanah air Salah seora...
Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak

Asyraf Wajdi Syukur Universiti Al Quran Pertama Dunia Bakal Direalisasi Di Pahang

Menyusuri Dapur Hati Catatan Tentang Blog Sajian Hati

Biaq Pi La Depa Nak Kahwin Netizen Pertahan Fattah Amin Amp Amira Othman Dari Kecaman

Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Kl Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Tahunan Ke 8 Asean Npsr 2025

Batas Senja Tidak Banyak Banyak Chord

Rm170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Sah Hak Milik Kerajaan

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort