Ibu Ini Kongsi Tip Hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak Berkesan Selamat


Masalah selesema antara yang kerap kali berlaku pada anak kecil. Kadang baru je baik dari selesema, tak lama selepas itu berair semula hidung. Disebabkan masalah ini, mood anak pun jadi terganggu. Bukan hanya selesema saja, batuk pun sama juga. Seolah-olah ia berulang.
Umumnya selesema ini disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan atau alahan terutamanya pada hidung. Bayi mudah diserang selsema kerana sistem imunisasinya tidak bersedia untuk melawan kuman. Sebenarnya bayi dilahirkan dengan sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit, tetapi memerlukan masa untuk sistem imun mereka menjadi matang sepenuhnya.
Berikut antara tip yang boleh mama cuba seperti yang dikongsikan oleh Puan Mizhana Padzi dan selalu diamalkan pada anak-anaknya sendiri.

Tips hentikan lelehan berair hingus hidung anak yang degil
Semenjak jadi ibu, saya belajar macam-macam cara terbaik kalau anak jatuh sakit
Syukur sangat Allah bagi saya mula kenal sakit dulu sebelum kelahiran anak pertama saya (gambar ini adalah anak kedua saya). Dari situ saya banyak belajar kaedah alternatif selain perlu ambil ubat.
Saya tak pernah kenal apa itu sakit yang teruk tiada penawar sehinggalah saya kena ekzema kronik.
Sewaktu sekolah rendah saya pernah jatuh dari tempat tinggi hingga siku saya terlari dari kedudukan asal. Doktor nasihatkan simen tapi nenek saudara saya seorang tukang urut pilih untuk rawat saya dengan kaedah alami, seperti urut dan balut tangan saya dengan herba yang sangat busuk tapi wangi akar kayu sehinggalah tangan saya baik.
Bila saya diuji Allah kena ekzema kronik semasa hamil dan doktor asyik ulang saya tidak boleh ambil ubat sebab saya hamil, di situ saya belajar memahami rupanya tak semua ubat bagus dan setiap ubat pasti ada kesan sampingannya.
Saya ingat lagi punyalah saya tak tahan ekzema saya teruk sewaktu hamil, saya yang curi curi makan ubat pil untuk gatal dan alahan tanpa pengetahuan doktor.
Selepas saya buntu ekzema saya tiada perubahan dan semakin teruk lepas saya kerap sapu ubat steroid dan krim aquos, injection steroid pun sudah (selepas bersalin),
Saya mula belajar kaedah alternatif dan alami bila sakit semudah sakit demam, batuk selsema anak kecil.
Memang dari anak sulung saya hingga anak kedua saya, dan saya serta suami kalau demam batuk selsema kami sudah tidak telan ubat mahupun panadol. Suami saya yang alami migraine kronik dulu tak pernah ambil painkiller.
Sebelum itu saya bukan begini. Saya ni dari belajar di University lagi selsema sikit je saya tak tahan dah saya akan terus ke farmasi mintak ubat yang paling power.
Saya jadi begini lepas ekzema saya akan flare balik setiap kali saya makan sebarang ubat.
Dalam naturopati saya belajar bahawa ubat mengganggu liver dan buah pinggang, jika ekzema tahap serius, ekzema akan mula mengganas hanya sebab ubat.
Maka saya fikir, kalau ubat tak bagus untuk liver dan buah pinggang saya, apatah lagi anak anak kecil saya.
Maka, selagi saya boleh suap bone broth, minyak kelapa dara organik (ia antibiotik semulajadi untuk fight virus) dan keep sponging (basahkan towel 4 helai dalam air lemon atau air suam campur cuka epal, satu kain letak di kepala, 2 helai kain letak di celah ketiak kiri kanan, satu kain lagi letak di tulang belakang anak, basahan towel setiap 5 ke 10 minit) anak saya untuk turunkan suhu, itulah yang saya ulang buat sambil baca doa anak demam. Itu saja amalan saya urus anak-anak kecil demam.
Dan disebabkan saya pernah lihat adik saya kena sawan masa 2 tahun akibat demam terlalu panas, saya belajar dari doctor yang nasihatkan ayah saya bahawa anak kecil dari bayi hingga 2 tahun tak boleh berbaju dan berselimut macam orang dewasa bila demam
Mereka harus dipakaikan pampers saja dan bagi kena aircond. Zaman tu banyak rumah tiada aircond, doctor suruh ayah saya bagi adik duduk dalam kereta kena air conditioner kereta.
Memang saya tak pernah cakap apa kalau orang suruh anak saya makan ubat setiap kali mereka demam (saya tidak jawab saya tak prefer ubat dan pilih kaedah alami)
Sebab saya hormati pilihan dan cara orang lain.
Cuma satu je saya perasan, anak-anak kecil yang kerap batuk demam selsema lagi kerap bagi ubat lagi kerap berulang simptom yang sama. Kalau anak itu ada ekzema, ekzema pun mengganas sekali berulang kali. Bila nak habis cycle begini.
Tapi anak-anak saya yang jarang ambil ubat, sekali on cara alami, demam batuk selsema cepat sangat baik (sepantas 24 jam dah nampak kesan) dan nak demam batuk selsema semula sangat susah dan jarang jarang sekali dengan izin Allah.
Kalau kerap beri ubat tiba-tiba nak cuba kaedah alami, memang awalnya suhu anak batuk anak lambat baik (kesan lambat, tapi sabar ia akan mula bekerja merawat badan anak)
ps : hidung anak saya berair non stop sebab berjangkit dengan sepupunya, saya sapu minyak kelapa dara campur sedikit kunyit sapu atas hidung (RUJUK STEP BUAT MINYAK KUNYIT INI DI GAMBAR DI BAWAH), terus berhenti leleh tu lepas 4 jam. Dan saya ulang suap singgang ikan dan sup ayam. 2 hari dah setel Alhamdulillah.

Resepi minyak kunyit untuk hentikan hidung berair (running nose) anak,
1sk minyak kelapa dara organik
1sk air kunyit hidup (kunyit hidup yang digosok di tepi lesung batu hingga ia keluarkan air)
Gaul sebati, sapu atas batang hidung anak
Cara saya treat batuk anak-anak pula, saya suka buat minyak zaitun campur bawang putih bakar sangai tanpa minyak (RUJUK STEP BUAT MINYAK INI DI GAMBAR DI BAWAH) . Sapu di dada anak-anak. Esok terus lega batuk.

Garlic oil for cough
Ketuk 2 ulas bawang putih, sangai dalam. kuali tanpa minyak hingga ada kesan burnt sikit
Letakkan burnt garlic dalam bekas, tuang 1sb Extra Virgin Olive Oil (saya guna Olivie dari Olive House)
Dah sejuk, sapu dada anak malam-malam
Maaf bilik tidur anda akan busuk bau bawang putih, suami saya yang bising sebab busuk pun suka kaedah ini untuk senyapkan anak yang batuk tak henti akhirnya
Kredit: Mizhana Padzi

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
The post Ibu Ini Kongsi Tip Hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak. Berkesan & Selamat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ini-kongsi-tip-hentikan-lelehan-berair-hingus-hidung-anak-berkesan-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Kalau Anak Termakan Diy Moon Sand Guna Tepung Gandum Ibu Ni Kongsikan Caranya

Selamat Kalau Anak Termakan Diy Moon Sand Guna Tepung Gandum Ibu Ni Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 151 hits
Anak mana yang tidak rindukan pantai lebih lebih lagi ketika anak anak bercuti sekolah Pantai pastinya menjadi kewajipan Pun begitu bukanlah alasan untuk anak kita tidak dapat menikmati pasir seperti di pantai Buatkan sahaja pasir buatan se...
Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 179 hits
Tarik nafas panjang Tak tahu nak marah ke nak senyum Itulah yang berlaku kepada seorang kanak kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam Perkongsian video melalui akaun TikTok rais murtabak kadok yang dipercayai ibu kepa...
Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 158 hits
Jika kita bersama pasangan terasa cabarannya membesarkan anak bersama inikan pula terpaksa membesarkan anak bersendirian Memang tidak mudah Hal inilah yang dilalui oleh selebriti Lufya Omar Menerusi Instagramnya Lufya berkongsi rasa dan mel...
Semua Gambaq Family Dia Mcm Tu Syatilla Melvin Kongsi Gelagat Lucu Anak No2 Bikin Ramai Dek4h

Semua Gambaq Family Dia Mcm Tu Syatilla Melvin Kongsi Gelagat Lucu Anak No2 Bikin Ramai Dek4h

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 262 hits
Kelmarin merupakan detik bersejarah bagi Syifa Melvin iaitu adik kepada pelakon Syatilla Melvin kerana telah diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu Safawi Rasid yang juga merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal
Pakar Kongsi Cara Kurangkan Anak Tidur Berpeluk Beriba Didada Tanpa Tangisan

Pakar Kongsi Cara Kurangkan Anak Tidur Berpeluk Beriba Didada Tanpa Tangisan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 192 hits
Dah bedung white noise malah ada yang siap pakai buai tapi anak tetap LEBIH SUKA TIDUR DI BADAN Kadang dah tak tahu nak buat macam mana lagi sampaikan banyak kerja mama tertangguh Menurut Konsultan Tangisan Tidur Bayi PERTAMA Malaysia Puan ...
Susukan Anak Separuh Jalan Bukan Tanda Putus Asa Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu

Susukan Anak Separuh Jalan Bukan Tanda Putus Asa Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 152 hits
Bukan semua dari kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga usia dua tahun Ada yang berpeluang menyusu anak sehingga usia enam bulan sahaja namun ada pula yang langsung tidak punya rezeki untuk menyusukan anak Banyak faktor kegaga...
Dia Panggil Saya Anak Bae Inyuk Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam Under The Queen S Umbrella

Dia Panggil Saya Anak Bae Inyuk Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam Under The Queen S Umbrella

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 229 hits
Siapa kat sini minat Bae In hyuk ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini menerusi satu sesi temu bual bersama majalah Dazed Korea Bae In hyuk berkongsi mengenai drama hit Under The Queen s Umbrella dan banyak lagi Apabila ditanya mengenai pengalama...
Bukan Sengaja Ibu Nak Marah Anak Kadang Penat Emosi Fizikal Itu Yang Terlepas

Bukan Sengaja Ibu Nak Marah Anak Kadang Penat Emosi Fizikal Itu Yang Terlepas

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 180 hits
Bukan sengaja tau ibu nak marah anak Bukan sengaja si isteri meninggi suara Kadang kala cuba juga letakkan diri kita dalam kasut mereka Seorang ibu dan isteri ni berkerja 24 jam Jika seseorang isteri tu suri rumah dia bekerja seharian tanpa...
Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 226 hits
Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun kita kena dedahkan anak dengan amalan solat Bagaimanapun untu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik