Ibu Hamil Perlu Cukup Vitamin D Kekurangan Vitamin D Tingkatkan Risiko Anak Hidap Skizofrenia


Bayi baru lahir dengan kekurangan vitamin D mempunyai risiko menghidap skizofrenia yang lebih tinggi di kemudian hari, pasukan penyelidik Australia dan Denmark melaporkan.

Penemuan ini boleh membantu mencegah beberapa kes penyakit dengan merawat kekurangan vitamin D semasa peringkat awal kehidupan.
Kajian yang diketuai oleh Profesor John McGrath dari University of Queensland (UQ) di Australia dan Aarhus University di Denmark, mendapati bayi baru lahir dengan kekurangan vitamin D mempunyai 44 peratus peningkatan risiko didiagnosis dengan skizofrenia sewaktu dewasa berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin yang normal.
Apa itu Skizofrenia? Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang dikategorikan di bawah jenis gangguan psikotik. Ia mengganggu pemikiran, perasaan dan tingkah laku dengan simptom seperti halusinasi, khayalan dan gangguan kognitif. Penghidap keadaan mental ini seolah-olah telah terpisah daripada dunia realiti.
Beberapa faktor risiko dikaitkan dengan skizofrenia termasuklah sejarah keluarga, usia bapa yang tua, penyakit autoimun dan jangkitan virus, keracunan, dan pemakanan tidak seimbang semasa dalam kandungan, terutamanya dalam 6 bulan pertama. Penggunaan ubat perangsang atau perencat saraf juga didapati boleh meningkatkan risiko skizofrenia.
Kepentingan vitamin D Vitamin D memainkan peranan penting dalam homeostasis dan kesihatan tulang.  Terhasil daripada kulit yang didedahkan dengan UVB daripada sinaran matahari, vitamin ini juga dianggap sebagai hormon neurosteroid yang penting. Ini bermakna ia memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak.
Kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan obesiti, rintangan insulin, diabetes, hiperlipidaemia dan penyakit jantung, yang turut biasa ditemui dalam pesakit skizofrenia.
Kaitan kekurangan vitamin D dan Skizofrenia Disebabkan janin yang sedang berkembang bergantung sepenuhnya kepada simpanan vitamin D ibu mengandung, penemuan tersebut menunjukkan bahawa memastikan wanita mengandung mempunyai tahap vitamin penting ini dengan mencukupi dapat mencegah beberapa kes skizofrenia, sepertimana suplemen folat memainkan peranan dalam pencegahan spina bifida.
Profesor McGrath, dari Institut Brain Queensland UQ, berkata kajian yang berdasarkan 2602 individu itu mengesahkan kajian terdahulu yang turut diketuai beliau yang mendapati kaitan antara kekurangan vitamin D neonatal dan peningkatan risiko skizofrenia.
Pasukan tersebut membuat penemuan ini dengan menganalisis tahap vitamin D dalam sampel darah yang diambil dari bayi baru lahir di Denmark antara 1981 dan 2000 yang kemudiannya menghidap skizofrenia sewaktu dewasa.
Para penyelidik membandingkan sampel mereka dengan individu dengan jantina dan tarikh kelahiran sama tetapi tidak mengalami skizofrenia.
Profesor McGrath juga mengetuai kajian Belanda 2016 yang mendapati hubungan antara kekurangan vitamin D prenatal dan peningkatan risiko autisme zaman kanak-kanak.
Oleh itu, pencegahan boleh dilakukan para ibu dengan pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi dan pengambilan dalam diet seperti salmon, udang, kuning telur dan minyak ikan kod.
Sumber: Hello Doktor
The post Ibu Hamil Perlu Cukup Vitamin D. Kekurangan Vitamin D Tingkatkan Risiko Anak Hidap Skizofrenia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-hamil-perlu-cukup-vitamin-d-kekurangan-vitamin-d-tingkatkan-risiko-anak-hidap-skizofrenia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Dianjurkan Untuk Ibu Hamil Dan Anak Anak Inilah Manfaat Tersembunyi Buah Srikaya

Sangat Dianjurkan Untuk Ibu Hamil Dan Anak Anak Inilah Manfaat Tersembunyi Buah Srikaya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 345 hits
Buah srikaya sekilas nampak seperti buah sirsak Namun dari segi rasa keduanya jauh berbeda Buah berdaging putih ini rasanya manis Buah srikaya kaya akan nutrisi termasuk vitamin C dan vitamin B6 yang tinggi Selain itu juga mengandung kalsiu...
Buah Pinggang Kanan Aryan Terpaksa Buang Ibu Muda Ini Kongsi Derita Anak Hidap Kan Ser Tahap 3

Buah Pinggang Kanan Aryan Terpaksa Buang Ibu Muda Ini Kongsi Derita Anak Hidap Kan Ser Tahap 3

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 2256 hits
Pen yakit ka nser merupakan antara pen yakit berbahaya dan berpotensi menyerang badan manusia secara senyap Kos perubatan peny akit kan ser ini juga dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit Seperti perkongsian anaknya kini menghidapi Nephrob...
Tangan Kaki Dah Berpuluh Kali Dicucuk Untuk Chemo Ibu Rayu Sumbangan Anak Hidap Tumor Terpaksa Buang Buah Pinggang

Tangan Kaki Dah Berpuluh Kali Dicucuk Untuk Chemo Ibu Rayu Sumbangan Anak Hidap Tumor Terpaksa Buang Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 473 hits
The ReporterBerat hati memandang lagi berat hati pasangan suami isteri yang melihat keadaan anak mereka yang terpaksa menanggung penderitaan yang tidak dipinta ini Maliq Aryan bin Ahmad Rafiq disahkan menghidap penyakit Nephroblastoma Stage...
Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 699 hits
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil menyatakan pandangan terhadap kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu Biarpun tidak menyatakan secara jelas S Hafiza selesa bermain madah dan kata kata...
Kim Tae Hee Hamil Anak Kedua Bakal Bersalin September Depan

Kim Tae Hee Hamil Anak Kedua Bakal Bersalin September Depan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 409 hits
TUTUP Toggle navigation Utama Terkini Video Utama Paskal 24 Jam Dua The Series Gegar Vaganza The House Fattah amp Alvin 3 Gadis Manis Musim 2 Kan Ku Kejar Cinta Kamu GANTUNG Lelaki Kiriman Tuhan Road Thrift Sawadikap The Amazing Ma
Menilik Motif Di Balik Pembunuhan Sadis Suami Terhadap Ibu Hamil Di Bengkulu

Menilik Motif Di Balik Pembunuhan Sadis Suami Terhadap Ibu Hamil Di Bengkulu

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 458 hits
Peristiwa pembunuhan suami terhadap istrinya di Kelurahan Tanjung Jaya Kota Bengkulu sontak membuat warga heboh Pasangan Romi Sepriawan alias Romi Cabe dan istrinya ES yang tengah mengandung 9 bulan itu sudah tinggal lebih dari 3 tahun di l...
Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 570 hits
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghormati orang...
Anak Lambat Cakap 12 18 Bulan Belum Boleh Tuturkan Perkataan Bermakna Ibu Ayah Mesti Bertindak

Anak Lambat Cakap 12 18 Bulan Belum Boleh Tuturkan Perkataan Bermakna Ibu Ayah Mesti Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 710 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Hamil 5 Kali Dah Dua Anak Syurga Tunggu Di Sana Sari Yanti Akur Ketentuan Takdir

Hamil 5 Kali Dah Dua Anak Syurga Tunggu Di Sana Sari Yanti Akur Ketentuan Takdir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 345 hits
Baru baru ini Jep Sepahtu mengesahkan isterinya Sari Yanti telah keguguran ketika usia kehamilan masuk 3 bulan Hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian kerana ketika pemeriksaan dibuat doktor mengesahkan denyuta...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi