Ibu Hamil Jangan Paksa Diri Berpuasa Doktor Kongsikan Fakta Yang Ibu Perlu Tahu


Badan rasa kuat dan yakin untuk berpuasa tetapi bila memikirkan janin dalam kandungan, ibu mula goyah. Bagi ibu-ibu hamil yang masih terfikir-fikir, ini saranan dari Dr Afida Sohana Awang Soh dari Klinik Pakar Wanita, Metro IVF Klang.

Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
Jom kita lihat dari segi agama dulu.
Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsyad-fatwa-umum/1969-31 beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.

Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada. Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Jom kita tinjau dari segi perubatan pula. Terdapat perubahan pada physiology pada bakal ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi Physiology:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
* dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)

MasyaAllah! KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada awal kehamilan, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
* Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
* Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
* Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
* Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
* Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
* Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
* VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
* Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
* Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Mungkin bakal ibu berasa takut pula bila membaca perubahan Physiology dan implikasinya ini kan?

 
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih di dalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)

Berpuasa semasa Menyusu Bayi:
* Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu.
* Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
* Berbincang dengan doktor!
* Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar
* Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
* Jangan paksa diri!
Moga bermanfaat dan Selamat Berpuasa buat semua!
Mohon maaf zahir batin!
Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan kepada diri kita, dan semoga barakah Ramadhan menyelubungi dunia, supaya kita semua dapat hidup dalam keamanan dan ketaqwaan.
Dr Afida Sohana Awang Soh
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!  

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang! The post Ibu Hamil Jangan Paksa Diri Berpuasa, Doktor Kongsikan Fakta Yang Ibu Perlu Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-jangan-paksa-diri-berpuasa-doktor-kongsikan-fakta-yang-ibu-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Jangan Paksa Diri Puasa Jika Tak Mampu Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

Ibu Hamil Jangan Paksa Diri Puasa Jika Tak Mampu Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 171 hits
Jangan buat main kehamilan yang berisiko sememangnya harus diberikan lebih perhatian Dan berpuasa ketika bulan Ramadan dirasakan tidak wajar kepada golongan ibu yang berisiko Menurut Dr Muhammat Izzat doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan w...
Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek Fakta Atau Mitos

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek Fakta Atau Mitos

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 147 hits
Ada yang menjadikan sebagai minuman harian Kopi mengandungi kafein yang merupakan sejenis bahan kimia perangsang Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan...
Suntikan Kancing Gigi Penting Untuk Ibu Hamil Jangan Skip

Suntikan Kancing Gigi Penting Untuk Ibu Hamil Jangan Skip

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 151 hits
Suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi merupakan salah satu imunisasi yang disarankan untuk diambil oleh wanita hamil Vaksin tetanus adalah komponen utama strategi untuk membasmi tetanus ibu dan bayi secara globa...
Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 200 hits
Bila boleh buka pastinya antara yang sering bermain difikiran wanita yang pertama kali Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh Umumnya seorang yang s...
Anak Jenis Melekat Dengan Ibu Doktor Kongsikan Tip Main Nyorok Nyorok Memang Menjadi

Anak Jenis Melekat Dengan Ibu Doktor Kongsikan Tip Main Nyorok Nyorok Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 129 hits
Bukan mengada ngada tetapi ada dikalangan bayi yang tidak boleh berpisah dengan ibunya Melekat 24 jam dan menangis bila berjauhan Sudahnya ibu yang terpaksa bersabar dan mengendong anak ke mana sahaja bagi mententeramkan keadaan Bagi high d...
Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ini Tip Ketika Bersahur Berbuka Serta Perkara Perlu Elakkan

Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ini Tip Ketika Bersahur Berbuka Serta Perkara Perlu Elakkan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 159 hits
Bagi yang ingin ketika di bulan pastikan anda serta mengamalkan pemakanan yang sihat ketika Ini bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan baik Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ibu yang hamil ketika bulan Ramadan hendaklah berwasp...
Buah Tembikai Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan

Buah Tembikai Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 159 hits
Buah antara makanan yang sihat untuk dan dalam kandungan Buah kaya dengan kandungan zat Likopen Zat ini menjadikan tembikai sangat elok dimakan oleh ibu hamil Vitamin C yang terdapat dalam buah membantu meningkatkan sistem imun badan ibu ha...
Jangan Berniaga Kalau Umat Islam Tak Sabar Nak Berpuasa Tapi Tular Nasihat Netizen Buat Penjual Di Bazar Ramadan

Jangan Berniaga Kalau Umat Islam Tak Sabar Nak Berpuasa Tapi Tular Nasihat Netizen Buat Penjual Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 138 hits
Sedia maklum umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan minggu hadapan iaitu pada tanggal 12 Mac 2024 dan hal itu membuatkan ramai netizen meluahkan rasa teruja untuk berada di bulan mulia tidak lama lagi Ada nasihat buat penjual di bazar Ram...
Telusuri Latar Belakang Empat Korban Bunuh Diri Di Jakut Polisi Dapatkan Fakta Fakta Ini

Telusuri Latar Belakang Empat Korban Bunuh Diri Di Jakut Polisi Dapatkan Fakta Fakta Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 169 hits
Kapolres Metro Jakarta Utara Kombes Pol Gidion Arif Setyawan mengungkapkan sebanyak 12 orang saksi telah dimintai keterangan
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri