Ibu Hamil Dah Masuk Trimester Kedua Elakkan Buat 10 Perkara Ini
Ketika wanita sedang hamil 5 bulan, ini merupakan ketika di mana anda sebenarnya sudah berada di dalam trimester kedua kehamilan. Pada saat ini, anda mungkin akan perasan bahawa gejala morning sickness sudah mula berkurang dan baby bump kian mula membesar.
Ramai yang berpendapat bahawa trimester kedua kehamilan adalah jauh lebih mudah berbanding trimester pertama dan trimester ketiga. Persoalannya, apa yang boleh dikatakan pada ketika ini selain perubahan bentuk perut hamil 5 bulan? Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut!
Apa itu trimester kedua kehamilan?
Secara umumnya, satu proses kehamilan yang normal dan lengkap akan berlangsung selama 9 bulan ataupun bersamaan 40 minggu. Minggu-minggu ini pula akan terbahagi kepada 3 trimester dan trimester kedua adalah melibatkan proses kehamilan dari minggu 13 hingga 27.
Pada saat ini, bentuk perut hamil 5 bulan adalah sedikit besar berbanding trimester pertama namun sedikit kecil berbanding trimester ketiga. Kebanyakan ibu yang hamil 5 bulan dan seterusnya juga akan menganggap ia adalah proses yang jauh lebih mudah berbanding trimester lain. Namun, itu bukan bermakna kalian hanya perlu membiarkan sahaja ia berlaku tanpa berbuat apa-apa ya? Anda masih perlu berwaspada!
Apa berlaku pada ibu & janin?
Sama seperti trimester-trimester yang lain, ketika trimester kedua kehamilan juga akan menyebabkan pelbagai perubahan pada ibu dan janin.
Ibu hamil 5 bulan akan mengalami:
Ketika ini, simptom-simptom yang dialami adalah hampir sama seperti 3 bulan terawal mengandung namun akan berkurang sedikit. Ramai wanita pada ketika ini menyatakan bahawa rasa loya dan penat akan mula hilang dan merupakan trimester yang paling mudah dilalui.
Semasa trimester kedua ini, berikut adalah perkara yang mungkin akan berlaku:
Rahim mengembang
Abdomen membesar
Pening kepala
Sakit badan
Tekanan darah rendah
Selera makan meningkat
Muncul tanda regangan
Kulit menjadi sedikit gelap
Pergelangan tangan dan kaki membengkak
Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor jika mengalami simptom berikut:
Mual-mual
Muntah-muntah
Jaundis
Pembengkakan kronik
Peningkatan berat badan secara mendadak
Janin ketika 5 bulan akan mengalami:
Selain ibu, janin di dalam kandungan juga akan mengalami perubahan atau perkembangan pada trimester kedua kehamilan. Sebagai contoh, janin akan mula bergerak, mendengar dan menelan selain mula tumbuh bulu-bulu rambut pada kepala.
Selain itu, akan mula berlaku juga proses janin bangun serta jaga dari tidur dan kitaran ini pasti dapat dirasai oleh si ibu. Menurut American Pregnancy Association, besar janin pada ketika ini dipercayai 14 inci panjang dan seberat kira-kira 2 paun.
Pemeriksaan doktor
Meskipun dikatakan ia adalah trimester kehamilan yang paling mudah, itu tidak bermakna kalian tidak perlu berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor. Pada waktu ini, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan pemeriksaan secara berkala seperti berikut:
Pengukuran tekanan darah
Pengukuran berat badan
Ujian ultra bunyi
Ujian jenis darah
Ujian kencing manis
Ujian genetik janin
Ujian cecair amniotik
Pemeriksaan berikut adalah sangat penting untuk mengetahui jantina, kesihatan dan jika terdapat kecacatan pada janin dalam kandungan. Dalam pada itu, ia juga adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kesihatan si ibu yang perlu kekal sihat sepanjang hamil 5 minggu ke atas.
Tip sihat
Ketika ibu sedang alami bentuk perut hamil 5 bulan ke atas, ada beberapa perkara yang kalian perlu buat serta perlu elak dan ini adalah huraiannya.
Apa ibu hamil perlu buat:
Terus mengambil vitamin pranatal
Bersenam dengan kerap
Senaman pelvik
Senaman kegel
Makan dengan kalori yang cukup (lebih 300 dari biasa)
Makan diet tinggi buah, sayur, protein dan serat
Minum lebih banyak air
Pastikan gigi dan gusi sihat
Apa ibu hamil perlu elak:
Aktiviti yang memberi tekanan pada perut
Rokok
Alkohol
Kafein
Dadah
Makanan mentah
Makanan laut
Produk tenusu yang tidak dipasteur
Najis haiwan
Ubatan tertentu seperti isotretinoin, acitretin, thalidomide dan ACE inhibitor
Persediaan bersalin
Anda mungkin akan berfikir dan berkata baru sahaja hamil 5 bulan, masih awal untuk melakukan persediaan untuk bersalin kelak. Pun begitu, adalah penting untuk kalian melakukan persediaan dengan lebih awal untuk memastikan trimester ketiga nanti lebih mudah.
Berikut adalah beberapa persediaan untuk bersalin trimester kedua:
Pergi ke kelas pranatal yang disediakan pihak hospital
Pergi ke kelas menyusukan anak, pertolongan cemas dan keibubapaan
Mendapatkan informasi melalui laman sesawang kesihatan
Menonton foto dan video wanita melahirkan anak
Meninjau kawasan hospital untuk mengetahui selok belok dan proses
Menyediakan tempat atau ruang untuk bayi yang bakal lahir kelak
Dalam pada itu, doktor mungkin akan bertanyakan sama ada anda mahu atau tidak mengambil ubat tahan sakit sebelum proses kelahiran bermula. Ini kerana mungkin akan ada beberapa risiko dan komplikasi lain yang anda perlu tahu sekiranya ingin mengambil ubatan ini ketika bersalin.
Paling penting, sentiasa dapatkan maklumat dan kemas kini terkini mengenai tahap kesihatan anda dan janin dalam kandungan dari doktor.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Ibu Hamil Dah Masuk Trimester Kedua? Elakkan Buat 10 Perkara Ini! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-dah-masuk-trimester-kedua-elakkan-buat-10-perkara-ini/