Ibu Campak Adik Ke Belakang Sebelum Langgar Lori Sekelip Mata 3 Beradik Yatim Piatu


“Kakak (arwah) sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya,” kata Syaidatul Fatihah Mohd, 30.
Syaidatul Fatihah menceritakan kemalangan maut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd, 33, dua hari lalu.

Sekelip Mata Yatim Piatu
Dalam kejadian 5 pagi itu, Surawati bersama suami Muhammad Noor Idham Ramli, 31, meninggal dunia apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Seremban, dekat Keratong.
Kejadian menyebabkan tiga anaknya, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.

Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.
Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi hari kejadian.

Katanya, susulan itu ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.
“Kami dimaklumkan kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera.

Ibu Sempat Campak Adik Ke Belakang
“Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.
“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.
Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang.
“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.
“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.

Sebelum ini Metro melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki merempuh lori model Isuzu di lokasi terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Noor dari arah Kuantan menuju ke Seremban masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
Sumber:  Harian Metro &  FB Ain Sofea


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/ibu-campak-adik-ke-belakang-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Tujuh Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 484 hits
Oleh IkhwannDungun 5 Oktober Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan Proton Wira Aeroback yang dipandu mangsa bertembung dengan Perodua Alza di Ketengah Jaya menyebabkan tujuh beradik menjadi yatim piatu sekelip mata semalam Pemandu ke...
Ibu Bapa Maut Kemalangan Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu

Ibu Bapa Maut Kemalangan Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 540 hits
KUANTAN 3 Oktober Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta mereka dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan Seremban Rompin dekat sini hari ini Ketua Jabatan Siasatan dan ...
Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu Ibu Bapa Maut Kemalangan

Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu Ibu Bapa Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 455 hits
KUANTAN 3 Oktober Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta mereka dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan Seremban Rompin dekat sini hari ini Ketua Jabatan Siasatan dan ...
Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 657 hits
Tidak semua manusia diberikan kehidupan yang serba mudah dan mewah Kadang kala ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk bagi menguatkan rasa sabar serta berusaha lebih gigih untuk melayari kehidupan Menerusi satu perkongsian daripada laman Fac...
Sempat Hulur Anak Ke Belakang Sebelum Kemalangan

Sempat Hulur Anak Ke Belakang Sebelum Kemalangan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 520 hits
ROMPIN 3 Okt Surawati Mohd yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan Seremban hari ini difahamkan sempat menghulurkan anak bongsunya kepada anak sulung beliau yang duduk di kerusi belakang kereta sebelum tra...
Mahasiswa Berhasil Robohkan Pagar Belakang Gedung Dpr Polisi Tembakan Gas Air Mata

Mahasiswa Berhasil Robohkan Pagar Belakang Gedung Dpr Polisi Tembakan Gas Air Mata

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 261 hits
Berdasarkan pantauan merdeka com mahasiswa yang awalnya terkonsentrasi di depan Gedung DPR memutar ke belakang Mereka mencoba masuk dengan mendorong pagar Hingga akhirnya satu dari dua pagar roboh
Kanser Adik Nishka Makin Kritikal Rawatan Kimo Dah Tak Berkesan Ibu Pohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Kanser Adik Nishka Makin Kritikal Rawatan Kimo Dah Tak Berkesan Ibu Pohon Doa Dari Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 417 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dengan apa yang berlaku oleh adik Kyfa Nishka Al Kautsar yang begitu kuat melawan penyakit yang dihidapnya walaupun baru berusia empat bulan Pernah sekali kisah mengenai adik Nishka diutarak...
Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 299 hits
Nama Salmafina kerap menjadi pembicaraan publik Mulai dari isu perceraiannya hingga pindah agama Terakhir Salmafina menjadi perbincangan lantaran berseteru dengan ayahnya Sunan Kalijaga
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Mic At A Crossroads Time To Reclaim Relevance

Kelantan Trw Kongsi Mata Dengan Imigresen Fc

Flag Blunders Kapar Mp Suggests Audit On All Govt Agencies Schools


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corak Bunga Alam Ini Menakjubkan Sesiapa Memandang

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Filem Magik Rompak

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu