Ibu Bapa Perlu Patuhi Jadual Imunisasi Anak Walaupun Dalam Pkp Dr Noor Hisham



Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan program imunisasi di fasiliti kesihatan berjalan seperti biasa dan ibu bapa disaran menepati jadual imunisasi dan tarikh janji temu yang telah ditetapkan oleh petugas kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ibu bapa yang telah pulang ke kampung perlu membuat janji temu untuk imunisasi anak mereka di mana-mana klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan bagi mengelakkan daripada keciciran imunisasi.

Beliau berkata kelewatan penerimaan imunisasi akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh meningkatkan risiko pendedahan bayi dan kanak-kanak terhadap penyakit cegahan vaksin seperti campak dan polio.

Katanya, hal ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan wabak penyakit cegahan vaksin yang juga akan mengancam nyawa jika tidak dibendung.


"Dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi saranan KKM, imunisai kanak-kanak perlu diteruskan untuk mengekalkan imuniti kelompok tinggi," katanya dalam kenyataan sempena Minggu Imunisasi Sedunia yang disambut pada 24 hingga 30 April setiap tahun.

Pada tahun ini, tema 'Vaksin Berkesan Untuk Semua' (#VaccinesWork for All) telah dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan bertujuan mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur daripada penyakit cegahan vaksin.

Dr Noor Hisham berkata imunisasi telah terbukti sebagai salah satu daripada intervensi kesihatan awam yang paling berjaya dan kos efektif dalam mengurangkan kematian penyakit cegahan vaksin.

Tambah beliau, sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa imunisasi telah menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia.

Bagaimanapun, dalam dua tahun kebelakangan ini, beberapa negara di seluruh dunia mengalami penularan wabak penyakit cegahan vaksin seperti 'measles' (campak) dan polio.

Malaysia juga telah dikejutkan dengan kemunculan kes polio yang pertama pada Disember tahun lalu 2019 selepas 27 tahun bebas daripada penyakit tersebut, katanya.

"Sehingga kini, terdapat empat kes polio yang disahkan melalui ujian makmal serta dua kes polio serasi (compatible) yang menepati ciri klinikal penyakit polio dengan kesemua kes ini berlaku di negeri Sabah," katanya.

Menyentuh mengenai kes campak, Dr Noor Hisham berkata terdapat penurunan kes berkenaan iaitu 1,077 kes pada tahun lalu berbanding 1,958 kes pada tahun 2018 di seluruh Malaysia.

" Namun, kes kematian meningkat dengan 15 kematian tahun lalu berbanding enam kematian pada tahun sebelumnya.

"Sebanyak 915 kes Pertussis (batuk kokol) dicatatkan dengan 20 kematian pada tahun lalu, meningkat daripada 892 kes dengan 22 kematian pada 2018 manakala sebanyak 16 kes difteria dicatatkan dengan enam kematian pada tahun lepas berbanding 18 kes dengan enam kematian pada 2018, katanya.

"Majoriti kes berkenaan tidak menerima suntikan vaksin. Terdapat juga kes berlaku dalam kalangan bayi yang belum sampai umur untuk menerima suntikan vaksin," kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM menghargai individu dan organisasi yang telah menyumbang kepada kejayaan program imunisasi, terutama kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang terlibat dalam pemberian vaksin termasuk anggota masyarakat yang menyokong program imunisasi.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/ibu-bapa-perlu-patuhi-jadual-imunisasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Patuhi Jadual Imunisasi Anak Sebagai Langkah Pencegahan Kementerian Kesihatan

Kekal Patuhi Jadual Imunisasi Anak Sebagai Langkah Pencegahan Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 310 hits
Cucuk anak ni nak kena buat ke tak time PKP Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan ibu bapa untuk mematuhi jadual imunisasi anak mereka dengan mendapatkan suntikan vaksin di klinik berdekatan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Perg...
Bapa Namakan Anak Lelaki Baru Lahir Sanitizer Stayathome Kitajagakita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

Bapa Namakan Anak Lelaki Baru Lahir Sanitizer Stayathome Kitajagakita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 817 hits
SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan di Uttar Pradesh India dinamakan sebagai Sanitizer Bapa bayi itu Omvir Singh berkata dia menamakan anaknya dengan nama itu kerana ia mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan Covid 19 Setiap kali orang ...
Pkp Bendung Penularan Covid 19 Ke Tahap Sedikit Stabil Kata Noor Hisham

Pkp Bendung Penularan Covid 19 Ke Tahap Sedikit Stabil Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 191 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu membantu membendung penularan Covid 19 ke tahap yang sedikit stabil Beliau berkata ia dapat dilihat daripada trend kes Covid ...
Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 564 hits
Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri Manakan tidak jika anak anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran anak anak boleh ketinggalan dalam pelajaran Walaupun anda tidak mengajar se...
Simpati Tengok 5 Beradik Ibu Bapa Penagih Dadah Anak Jadi Mangsa

Simpati Tengok 5 Beradik Ibu Bapa Penagih Dadah Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 367 hits
Tengok anak anak terus rasa simpati Tapi itulah hakikatnya yang perlu dilalui lima beradik apabila terpaksa bergelumang dengan dadah apabila kedua ibu bapa menjadikannya rutin buat mereka berdua Menerusi perkongsian di Facebook berkongsi me...
Tragis Cinta Hingga Nafas Akhir Anak Sedar Sesuatu Selepas Lihat Bapa Teresak Tak Lepas Peluk Keranda Ibu

Tragis Cinta Hingga Nafas Akhir Anak Sedar Sesuatu Selepas Lihat Bapa Teresak Tak Lepas Peluk Keranda Ibu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 377 hits
Cinta hingga nafas akhir Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak tak lepas peluk keranda ibu Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun Selain anak Mohamad Rozi antara yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta pada 1...
Panduan Ibu Bapa Bantu Anak Uruskan Kemurungan

Panduan Ibu Bapa Bantu Anak Uruskan Kemurungan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 341 hits
Hulur bantuan dengan segera pada anak jika terdapat tanda bahawa mereka mengalami masalah kemurungan Oleh itu Jelita kongsikan panduan mudah untuk ibu bapa bantu anak uruskan kemurungan Pastikan Mereka Memiliki Kehidupan Yang Stabil Kehidup...
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 468 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Tips Makanan Sahur Untuk Anak Yang Pertama Kali Berpuasa Ibu Bapa Perlu Tahu

Tips Makanan Sahur Untuk Anak Yang Pertama Kali Berpuasa Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 332 hits
Ramadan sudah tiba Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil pasti resah bagaimana caranya untuk mengajar anak berpuasa untuk pertama kali Selain boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit hidangan sahur menjadi satu perkara...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid