Ibu Allahyarham Dr Jamaluddin Jarjis Berjaya Ketepikan Perintah Penggantungan Bersyarat


 
PUTRAJAYA - Ibu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berjaya dalam rayuannya mengetepikan perintah penggantungan bersyarat diperoleh dua cucunya, antara lain melarang beliau mendedahkan maklumat berkaitan akaun Rantai Wawasan Sdn Bhd kepada pihak ketiga

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Yaacob Md Sam sebulat suara membenarkan rayuan Aminah Abdullah, 87, mengetepikan perintah penggantungan bersyarat diberikan Mahkamah Tinggi, pada September lalu, kepada Nur Anis dan Ikwan Hafiz.
Beliau berkata, mahkamah membuat perintah itu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & lain-lain menentang Koperasi Serbausaha Makmur Bhd yang memutuskan pemohon perlu membuktikan terdapat keadaan khas sebelum penggantungan dibenarkan.
“Kami berpandangan tiada keadaan khas mewajarkan keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya yang bersidang dengan Supang Lian dan Nazlan Mohd Ghazali.
Yaacob juga berkata, terdapat merit dalam rayuan Aminah, justeru mahkamah membenarkannya dengan kos RM10,000 terhadap Anis dan Ikwan Hafiz.
Dalam saman difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mendakwa Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaluddin, gagal memasukkan saham Rantai Wawasan, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insight Sdn Bhd sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.
Pernyataan tuntutan Aminah, mendakwa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.
Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk mendapatkan deklarasi bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan dimasukkan sebagai harta pusaka peninggalan arwah.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Aminah mengisytiharkan enam juta saham Alpine Motion dan dua juta saham Ivory Insight adalah sebahagian daripada harta pusaka anak lelakinya.
Pada 20 Sept lalu, Anis and Ikwan Hafiz memperoleh perintah penggantungan bersyarat daripada Mahkamah Tinggi, sementara menunggu pelupusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa saham Rantai Wawasan dimasukkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka Jamaluddin.
Perintah penggantungan bersyarat itu antara lain melarang Aminah atau peguamnya daripada menunjukkan atau mendedahkan dan menyediakan afidavit berkaitan akaun terbabit atau mana-mana bahagian daripadanya kepada pihak ketiga, serta mengehadkan afidavit berkaitan akaun terbabit kepada Aminah atau peguamnya Tetuan Wan Merican Hamzah & Sheikh sahaja.
Aminah turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya mendapatkan deklarasi, bahawa saham dua lagi syarikat dimasukkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka.
Rayuan berhubung isu itu dijadualkan didengar Mahkamah Rayuan, pada 14 Mac depan.
Jamaluddin, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam tragedi helikopter terhempas pada 4 April 2015.
Peguam Wan Zafran Pawancheek dan Pawancheek Marican mewakili Aminah pada prosiding hari ini, yang berlangsung secara maya, manakala peguam S Suhendran mewakili Anis dan peguam Frank Wong mewakili Ikwan Hafiz. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/ibu-allahyarham-jamaluddin-jarjis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terjemahan Leissner Membantu Anak Perempuan Jamaluddin Jarjis Mendapatkan Pekerjaan Goldman Sachs

Terjemahan Leissner Membantu Anak Perempuan Jamaluddin Jarjis Mendapatkan Pekerjaan Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 162 hits
Leissner membantu anak perempuan Jamaluddin Jarjis mendapatkan pekerjaan Goldman Sachs Shazni Ong theedgemarkets com 04 Mac 2022 18 44 malam 08 A A KUALA LUMPUR Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner saksi utama dalam perbicaraan berteru...
Hiburan Mama Aku Sakit Sejak Sebelum Ada Covid Lagi Anak Selar Antivaksin Sebar Fitnah Kematian Ibu

Hiburan Mama Aku Sakit Sejak Sebelum Ada Covid Lagi Anak Selar Antivaksin Sebar Fitnah Kematian Ibu

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 147 hits
Baru baru ini tular di media sodial Telegram tentang berita kematian seorang wanita yang dijadikan bahan fitnah oleh sekumpulan antivaksin untuk menyebarkan dakyah mereka Tampil memberi amaran anak kepada wanita berkenaan yang dikenali seba...
Hiburan Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat Ibu Tunggal Tabah Hadap Jiran Puaka

Hiburan Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat Ibu Tunggal Tabah Hadap Jiran Puaka

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 148 hits
Stigma mengenai status janda ataupun ibu tunggal sering dipandang rendah sememangnya tidak berubah sejak dahulu lagi Begitulah yang dialami oleh seorang wanita bernama kerana dia mendakwa dirinya sering dihina dan dituduh bersekedudukan den...
Ibu Terkejut Anak Meraung Tiba Tiba Rupanya Angkara Sengkenit

Ibu Terkejut Anak Meraung Tiba Tiba Rupanya Angkara Sengkenit

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 174 hits
February 17 2022 BENGKAK dan kemerahan Itulah yang berlaku pada telinga seorang kanak kanak berusia lima tahun yang menjadi tempat tinggal sementara dua ekor sengkenit Melihat kanak kanak perempuan ini meraung kesakitan menerusi video yang ...
Isaac Akan Rindu Oma Momen Sedih Ibu Zahirah Tinggal Cucu Balik Australia

Isaac Akan Rindu Oma Momen Sedih Ibu Zahirah Tinggal Cucu Balik Australia

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 130 hits
Betullah pendapat orang ramai yang memberitahu anak bila dengan datuk atau neneknya bukan main manja Situasi ini turut dirasai oleh pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza Setelah beberapa bulan ibu Zahirah Maslind...
Pemakanan Ibu Hamil Diabetes Bantu Kehamilan Selamat

Pemakanan Ibu Hamil Diabetes Bantu Kehamilan Selamat

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 137 hits
Pemakanan ibu hamil diabetes perlu diberi perhatian bagi membantu kehamilan ibu selamat untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan Menurut Asst Prof Dr Mohammad Hj Che Man Pensyarah Perubatan Klinikal Kulliyyah of Medicine IIUM Kuantan kaw...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Jika Bayi Menangis Syeikh Nazrul Nasir

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Jika Bayi Menangis Syeikh Nazrul Nasir

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 178 hits
kredit https s3 theasianparent com Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat Pada pagi ini Naim doakan semua sahabat sahabat di dalam lindungan Allah selalu dan selalu jaga kesihatan di zaman kes covid 19 makin meninggi ...
Air Tangan Ibu Buat Anak Dengar Kata Waktu Masak Amalkan Perkara Ni

Air Tangan Ibu Buat Anak Dengar Kata Waktu Masak Amalkan Perkara Ni

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 132 hits
Bila memasak untuk anak bukan saja nak sedap tapi berkat Mula mula ayah belikan barang mentah kemudian ibu pula masak Rahsia air tangan ibu selain kepakaran menyediakan hidangan yang enak adalah amalan yang ibu buat waktu memasak Artikel Me...
Anak Tetak Leher Ibu Tiri Sampai Putus Di Ruang Tamu

Anak Tetak Leher Ibu Tiri Sampai Putus Di Ruang Tamu

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 112 hits
Anak tetak leher ibu tiri sampai putus di ruang tamuSeorang wanita warga emas berusia 54 tahun ditemui mati dalam keadaan lehernya terputus dipercayai ditetak oleh anak tirinya menggunakan parang Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan ...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord

Is Anwar Ever Going To Release Najib



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango