Ibrahim Ali Persoal Bila Sprm Nak Siasat Teresa


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 13, 2025 
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali mempersoalkan bila SPRM akan menyiasat ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung isu rasuah yang membabitkan bekas kakitangan pejabatnya

Ini kerana katanya, Kok boleh disiasat berdasarkan Seksyen 25(1) dan (2) Akta SPRM 2009 kerana gagal melaporkan rasuah.

“Kalau tahu ada rasuah tapi buat bodoh dan tak lapor, itu dah satu kesalahan.

“Teresa sendiri mengaku dia dah tahu sejak tahun lepas, tapi tak ambil tindakan. Hukuman penjara sampai 10 tahun atau denda RM100,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Teresa KokKok sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kontroversi melibatkan bekas pembantunya yang disiasat SPRM akan mempengaruhi peluangnya untuk mempertahankan kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan parti pada 16 Mac ini.

Menurutnya, dia sedia maklum ramai pihak yang tidak berpuas hati dengannya susulan penangkapan bekas kakitangannya itu yang didakwa terlibat dalam rasuah berhubung pembekalan papan pintar interaktif ke beberapa sekolah di Kuala Lumpur.

Pada 6 Mac, naib pengerusi DAP itu mendedahkan bahawa SPRM telah menahan dua bekas kakitangannya yang sebelum ini menguruskan kewangan dan dana kawasan di pusat khidmatnya sebelum meletak jawatan tahun lepas.

Bekas menteri perladangan dan komoditi itu percaya siasatan SPRM ada kaitan dengan pembelian papan pintar pada harga yang didakwa melambung tinggi.

Jelasnya, pada penghujung Oktober tahun lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menghubunginya untuk memaklumkan peruntukan kawasan pilihan rayanya sebanyak RM99,000 telah digunakan untuk menyalurkan papan pintar dan TV pintar kepada 16 sekolah.

Ibrahim turut mempersoalkan apakah Kok tidak melaporkan kes penyelewengan tersebut tetapi hanya memecat pembantunya itu.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu menyorot kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana sengaja tutup mata.

“Apabila dana awam dirompak depan mata, tapi orang yang bertanggungjawab buat tak tahu, itu bukan salah ke?

“Undang-undang kata kalau tahu jenayah berlaku dan sengaja tak lapor, boleh kena tindakan. Hukuman penjara sampai enam bulan atau denda,” katanya yang turut merujuk Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kes pecah amanah jenayah.

Ibrahim berkata sekiranya Kok tahu bahawa ada penyelewengan, tetapi tidak berbuat apa-apa, maka tindakannya boleh dianggap sebagai kecuaian yang membawa kepada pecah amanah jenayah.

Sabit kesalahan, bekas presiden Perkasa itu berkata hukumannya adalah penjara maksimum 20 tahun dan denda.

“Soalan mudah: kalau bukan salah staf tu, kenapa pecat? Kalau staf tu salah, kenapa tak lapor?

“Ini bukan syarikat mak bapak dia, ini duit peruntukan RM700,000 bagi sekolah-sekolah dalam kawasan dia yang lesap.

“Kalau ini terjadi dekat MP (ahli parlimen) pembangkang, agak-agak apa jadi? Mesti SPRM dah berkampung depan rumah siap ada sidang media.

“Tapi sebab Teresa Kok dari kerajaan Madani dan bekas menteri DAP, tiba-tiba semua senyap. Undang-undang mesti sama untuk semua. Kalau dia dah tahu duit lesap, tak lapor, cuma pecat staf, itu bukan tindakan, itu cover-up. Jadi, bila SPRM nak siasat?” soal Ibrahim lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/ibrahim-ali-persoal-bila-sprm-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Perlu Siasat Kes Rasuah Klia Bukan Tahan Wartawan Pas

Sprm Perlu Siasat Kes Rasuah Klia Bukan Tahan Wartawan Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 206 hits
PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keutamaan kepada siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara berbanding menahan wartawan yang melaporkan ...
Ismail Sabri Disoal Siasat Sprm Sebelum Dimasukkan Ke Hospital

Ismail Sabri Disoal Siasat Sprm Sebelum Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 1 2025 SPRM telah menyoal bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di ibu pejabatnya selama lima jam pada 18 Feb beberapa hari sebelum dia rebah di rumah dan dimasukkan ke hospital kerana hal berkaitan tekan...
Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 190 hits
Siapa sangka kan banyak yang Kim Sae ron pendam sendiri selama ni Artikel Berkaitan Pasti ramai yang dah tahu kan tentang pendedahan yang dibuat tentang Kim Soo hyun mengenai hubungannya bersama Kim Sae ron selama enam tahun sejak mendiang ...
Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 183 hits
BAGAIMANA SELAMA INI SAPURA BOLEH TAK BAYAR HUTANG VENDOR 14 March 2025Dalam isu apa yang disebut sebagai pelaburan strategik atau pinjaman atau bailout atau usaha menyelamatkan Sapura Energy dengan suntikan dana sebanyak RM1 1 bilion tujua...
Siasat Surat Mc Sprm Selesai Temu Bual Doktor Rawat Ismail Sabri

Siasat Surat Mc Sprm Selesai Temu Bual Doktor Rawat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 115 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selesai temu bual doktor yang merawat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat kira kira jam 3 30 petang SPRM selesai temu bual doktor Memetik laporan dari Sinar Harian sumber m...
Teresa Kok Jangka Dipanggil Sprm Selepas Bekas Pegawai Direman

Teresa Kok Jangka Dipanggil Sprm Selepas Bekas Pegawai Direman

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 115 hits
freemalaysiatoday com 07 Mar 2025Ahli Parlimen Seputeh itu juga mendedahkan pegawai SPRM melawat pusat khidmatnya ketika beliau berada di Parlimen Bekas pegawai Teresa Kok direman SPRM semalam berkaitan dengan ucapan beliau di Parlimen tahu...
Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly Tapii

Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly Tapii

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Beberapa hari lepas CCL ada tengok live salah satu kedai Emas ni ralit tengok diorang punya staff review bangle review cincin dan review rantai tangan Sebelum sebelum ni memang teringin nak beli satu bang...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind