Ibrahim Ali Bidas Sindiran Tun M


Wartawan Watan-Online




Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali membidas kenyataan Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyindir penubuhan parti politik baharu berteraskan Melayu dan bumiputera kerana boleh menyebabkan orang Melayu semakin berpecah.

Ibrahim Ali menegaskan beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai penubuhan Putra dalam dakwaan beliau untuk menjaga kepentingan kaum Melayu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Ibrahim Ali:

Saya menyambut baik sindiran Tun Mahathir yang memberi komen bahawa penubuhan Putra adalah perkembangan baik kerana mengalakkan perpecahan orang Melayu.

Kalau ada 100 parti Melayu lagi baik jika ini yang dikehendaki oleh orang Melayu.

Putra ditubuhkan sebenarnya atas semangat dan contoh yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin yang menubuhkan PPBM atau Bersatu.

Parti Bersatu telah pun berjaya menghancurkan UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana itu yang dikehendaki oleh orang Melayu. Sebutlah apa sahaja alasan kerana ada pihak sentiasa bersikap orang lain sahaja tidak betul tetapi diri sendiri tidak pernah rasa bersalah.

Maka Bersatu telah mengorak langkah ke arah matlamat 100 parti orang Melayu.

Sebelum Bersatu yang mengambil langkah bijak menubuhkan parti bagi menjaga perpaduan orang Melayu ialah Amanah dan PKR. Malangnya Bersatu jatuh nombor tiga. Jika Putra jatuh nombor empat, masih ada 96 lagi parti orang Melayu patut ditubuhkan untuk mencapai 100 buah parti.

Bezanya, jika silap Putra ditubuh jika dibandingkan dengan Bersatu yang menjaga kepentingan orang Melayu ialah Putra tidak bersekongkol dengan DAP yang banyak jasa membina perpaduan rakyat Malaysia.

Banyak bezanya pemimpin Putra dengan yang lain-lain setakat ini ialah ‘bikin tidak seperti cakap’ dan pemimpin Putra tidak nampak gajah depan mata tetapi nampak kuman di seberang laut.

Perbezaan yang amat ketara ialah Putra baru ditubuhkan jika dibandingkan juga dengan Bersatu ialah Bersatu telah pun menyertai PRU-14 dan telah menyumbang peranan yang bermakna ke arah perpaduan Melayu. Hasilnya dapat kita lihat bersama di mana landskap politik negara telah berubah daripada Malaysia lama kepada Malaysia baharu. Hebatkan.

Yang perlu disindir ialah Putra walaupun baru dilahirkan. Belum pun lagi menyertai PRU-14 tapi jasanya begitu besar menyumbang ke arah perpecahan orang Melayu.

Di Malaysia sekarang banyak perkara aneh berlaku ibarat hujan naik ke langit.

Kata dulang paku serpih kerana mengata orang kita yang lebih. Salah dan buruk orang kita nampak tetapi diri sendiri sepanjang masa rasa betul ibarat mengajar itik berenang.

Buat apa yang saya suruh kerana saya sahaja yang betul. Orang lain tidak betul tapi saya sahaja yang betul. Tidak percaya tengok rekod.

Presiden Putra yang bernama Ibrahim Ali sentiasa dilihat tidak pernah betul sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya. Bersifat konsisten dengan pendirian adalah sebesar-besar kelemahan pimpinan Putra tetapi akan menyelamatkan kepentingan orang Melayu, perjuangan orang Melayu dan perpaduan orang Melayu yang sebenarnya.

Siapa dan parti manakah sudah berjasa kepada perpaduan orang Melayu setelah menang sorak kampung tergadai. Sudah pasti tidak Putra yang baru lahir.

Amalan kepimpinan pecah dan perintah sebenarnya menjadi punca perpecahan dan bukan banyak Parti. Demikian kata-kata hikmat Pak Ibrahim Ali pahlawan Melayu terakhir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/wartawan-watan-online-presiden-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiran Tun M Ini Jawapan Ibrahim Ali

Sindiran Tun M Ini Jawapan Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 418 hits
Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyindir tindakan beberapa individu menubuhkan parti politik baharu yang berteraskan orang Melayu dan bumiputera kerana boleh menyebabkan orang Me...
96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 271 hits
Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dibalas dengan sindiran oleh presidennya Ibrahim Ali Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayu ditubuh...
Tun M Adakan Lawatan Kerja 3 Hari Ke Jepun

Tun M Adakan Lawatan Kerja 3 Hari Ke Jepun

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 207 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Kennedy Jawan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda malam ini untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Jepu...
Tun M Tak Mahu Tipu Anwar Lagi

Tun M Tak Mahu Tipu Anwar Lagi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 958 hits
Saya tetap akan berundur beri laluan pada Anwar jadi PM Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Kata Dr Mahathir beliau tetap akan berundur seperti yang dijanj...
Tun M Jangan Sakitkan Hati Peneroka Felda Bawa Balik F1 Boleh Takkan Bagi Duit Raya Tak Boleh

Tun M Jangan Sakitkan Hati Peneroka Felda Bawa Balik F1 Boleh Takkan Bagi Duit Raya Tak Boleh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 666 hits
Jawapan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan Katanya beliau tidak tahu sama ada wang inse...
Awak Nak Saya Pecat Zuraida Tun M

Awak Nak Saya Pecat Zuraida Tun M

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 313 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata Syazlin Mansor sepatutnya terus mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues yang hampir berakhir jika beliau mahu mencari kebenaran bagi kematian anggota bomba itu Perdana menteri berkata Syazlin tid...
Keamanan Negara Nikmat Yang Besar Tun M

Keamanan Negara Nikmat Yang Besar Tun M

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 298 hits
KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG BESAR TUN DR MAHATHIRPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat agar mensyukuri nikmat atas keamanan negara yang dikecapi Menurut beliau keamanan negara adalah nikmat besar yang tidak disedari ra...
Tidak Salam Sultan Johor Tun M Pertahan Mukhriz

Tidak Salam Sultan Johor Tun M Pertahan Mukhriz

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 335 hits
Susulan insiden Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu Tun M tampil mempertahankan anaknya yang dikecam pelbagai pihak Tun M berkata tanggapan bahawa Mukhriz hend...
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Jumaat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat

Munif Hijjaz Feat Fareast Asma Dzatun Nithaqain Chord

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Beijing Brawler Mandrill S Triumph Bonneville T120 Street Tracker

Tanah Masjid Jamek Ar Ridzuan Kutipan Dana Capai Sasaran Urusan Jual Beli Segera Dilakukan Maipk