Ibadah Korban Tahun 1444 Hijrah



Alhamdulillah,syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan,Maka tahun ni dapat kami laksanakan ibadah korban di kampung halaman suami.Tahun lepas,kami tak buat korban seekor lembu.Cuma letak nama mak abah dan adik MY untuk tiga bahagian di kampung MY di Raub.Tapi lagi beberapa hari nak korban, Abah MY letak nama anak perempuan Mama Yan pula.Jadi tahun ni,Nama Sarah tak masuk sebab dah buat tahun lepas.Kami ni berlapan,Maknanya lepas ni kena extra seekor kambing pula la...hahaha..
Bapak mentua MY pun buat juga korban seekor lembu.Jadi ada dua ekor sembelihan korban di rumah mentua tahun ni.
Yang ni lembu yang kami korbankan tu.Harganya RM 6500.MY letak harga kat sini untuk mudahkan rujukan sendiri di tahun tahun akan datang.Tuan lembu ni budak kat kampung suami ni juga.Kawan sepermainan suami masa kecil kecil dulu.Sempat la berbual bual dengan tuan lembu ni.Dia kata,nak bela lembu ni memang kena bagi komitmen 200 peratus.Masa baik, senang jaga.Masa dia meragam,huhu... pening juga.Yelah, bukan kita boleh baca apa yang lembu ni mahukan.Paling susah nak jaga ibu lembu baru beranak.Nak dekat pun tak boleh.Ibu lembu tu mengejar.Tali pusat anak lembu tu, kalau basah, boleh berulat.Nak sapu alkohol pun susah. Main sembur aje pakai botol spray aje dari jauh.
Diorang bela lembu ni dalam kawasan kebun sendiri yang berpagar,Siap pagar elektrik voltan rendah.Jadi lembu bebas meragut.Tak sama dengan sistem lembu kandang.Tapi tak mengapalah, yang penting,Lembu lembu mereka dijaga dengan baik.Diberi makan dengan baik.Buka melata tepi jalan makan tanaman orang.Lagipun, bila nak buat korban atau akikah,memang nak kena jaga baik baik sebab ada ciri ciri haiwan yang perlu dipatuhi.Kalau tak dijaga dengan baik,silap silap eksiden, cacat pulak nanti.
Ciri- ciri haiwan yang boleh dikorban itu adalah:
1. Haiwan ternakan:-Ternakan seperti lembu, kerbau, unta, dan semua jenis kambing seperti biri-biri, boer atau jamnapari. Maknanya, haiwan buruan seperti rusa, kijang, gajah tak boleh disembelih sebagai korban ya.
2. Haiwan ternakan dalam keadaan sihat:-Kalau lembu tu ada penyakit tak boleh dijadikan haiwan korban.Kalau boleh yang gemuk.
3. Tidak cacatHaiwan sembelihan hendaklah cukup sifat dan sempurna fizikalnya. Tak buta, tak putus telinga, tak putus ekor, tak tempang
4. Cukup umur minimum:-Lembu / kerbau (2 tahun ke atas)Unta (5 tahun ke atas)Kambing (2 tahun ke atas)Biri-biri (1 tahun ke atas)
Ni Abang Long suami..Bulan ni dah pencen wajib .60 tahun sudah umurnya.Tahun ni pun masih Ustaz Nizam Felda Kemelah jadi tukang sembelihnya.
Sebenarnya, lebih afdal bagi orang yang melakukan korban menyembelih sendiri korbannya.Tapi suami MY,pandai sembelih ayam je.Oleh itu, wakilkanlah kepada orang lain untuk membuat sembelihan tersebut. Suami dan anak anak hadir sama menyaksikan lembu korban tersebut disembelih.Tapi, kerja kerja menumbangkan lembu dibuat terlebih dahulu bersama beberapa orang rakan suami.Jadi, ustaz datang tinggal nak baca nama, nak baca doa dan sembelih sahaja.Jimat sikit masa ustaz nak round satu kampung buat sembelihan.
Syarat-syarat Sah penyembelih haiwan korban itu ialah:-1. Muslim2. Mumayyiz dan berakal3. Telah akil baligh4. Pandai Menyembelih5. Tiada paksaan6. Tidak boleh disembelih oleh orang kafir       
Kerja-kerja melapah dan membahagikan daging dilakukan bersama sama dengan rakan rakan serta saudara mara.Alhamdulillah..Semangat gotong royong masih pekat likat di kampung suami ni.Anak MY?dia tolong catat timbangan aje..hahaha...Nak pegang daging pun geli + takut.adoiai...budak bandar sangat konon.pembersih tak bertempat.
MY bersyukur sangat dapat lagi sekali laksanakan ibadah korban tahun ni.Lepas ni,Kita mula mengumpul lagi ya untuk ibadah korban tahun hadapan dan tahun tahun akan datang.Semoga Allah permudahkan... Aminn



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/07/ibadah-korban-tahun-1444-hijrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemotongan Hewan Kurban Di Mts Amin Darussalam Tahun 2023 1444 H

Pemotongan Hewan Kurban Di Mts Amin Darussalam Tahun 2023 1444 H

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 222 hits
Dalam memperingati perayaan hari raya Idul Adha 1444H 2023M Civitas Akademik MTs Amin Darussalam pada hari Jum at tanggal 30 Juni 2023 bertempat di halaman depan madrasah melakukan pemotongan hewan kurban sebanyak 1 ekor sapi disaksikan Kep...
Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 194 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Rezeki Buat Korban Seekor Lembu Tahun Ini Alhamdulillah pada tahun ini 1444H rezeki Mrs A sekeluarga dapat melakukan ibadah korban seekor lembu Segala perancangan korban ini a...
Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu

Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 704 hits
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu Bermula 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban Korban semua orang tahu tapi sejauh mana kita hayati maksudnya Bab ib...
Awas Scammer Ibadah Korban

Awas Scammer Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 268 hits
Mohd Anuar Ramli Di mana ada peluang di situ ada ruang bagi jenayah dilakukan Golongan penjenayah sangat kreatif dalam menjalankan aktiviti jenayah dan penipuan hatta dalam ibadah Ini termasuklah penyusupan aktiviti jenayah dalam rantaian i...
Hati Hati Dalam Harta Pusaka Dalam Tak Sedar Termakan Harta Orang Lain Selama 43 Tahun

Hati Hati Dalam Harta Pusaka Dalam Tak Sedar Termakan Harta Orang Lain Selama 43 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 201 hits
8220 Hati hati dalam harta pusaka dalam tak sedar termakan harta orang lain selama 43 tahun 8221 Dalam Islam terdapat satu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan faraid sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Al Quran Kareem Sete...
Patut La Air Tak Selesai Puloh Tahun

Patut La Air Tak Selesai Puloh Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 189 hits
Tahap kebodohan Pemuda Pas Dah 33 tahun perintah kelantan apabila GAGAL yg disalahkan kerajaan terdahulu dan kerajaan persekutuan baru 7 bulan Ini yg dikatakan Bodoh beserta dgn biol
Permohonan Rayuan Str Tahun 2023

Permohonan Rayuan Str Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 377 hits
Permohonan Rayuan STR Tahun 2023 Bermacam macam jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasaran masing masing Hal yang sama berlaku dalam Belanjawan ...
Lima Tahun Perkhidmatan 112 Projek Rakyat Di Kadun Batu Uban

Lima Tahun Perkhidmatan 112 Projek Rakyat Di Kadun Batu Uban

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 124 hits
Selama 5 tahun Kadun Batu Uban Kumaresan Arumugam berkhidmat kepada rakyat sebanyak 112 projek pembaikan dan naiktaraf telah berjaya dilakukan untuk pengundi di DUN berkenaan Menurut Kumaresan Pusat Khidmatnya telah merespons setiap masalah...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing