Kelulusan I Sinar Dipermudahkan Mulai 8 Mac 2021 Semua Pencarum Kwsp Layak Memohon


KELULUSAN i-SINAR DIPERMUDAHKAN MULAI 8 MAC 2021 - Semua Pencarum KWSP Layak Memohon : Berita baik untuk pencarum KWSP, bermulai 08 Mac 2021 Kelulusan i-SINAR dipermudahkan. Bagi yang sudah memohon sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula. 
Untuk ahli yang belum memohon, boleh memohon mulai 08 Mac 2021 akan datang. 






















Untuk semakan kelulusan, pemohon boleh melayari 👉👉👉https://isinar.kwsp.gov.my/


Tarikh Bayaran iSinar Kategori 1 telahpun dibayar pada Januari lepas. Cuma permohonan Kategori 2 mulai diproses pada 08 Mac 2021. Pembayaran terus  ke akaun pemohon yang lulus. 
 
Untuk makluman, permohonan dibuat atas talian. Klik link untuk membuat permohonan [ https://isinar.kwsp.gov.my/ ] 


Berikut kenyataan Media KWSP

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021: Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a.   Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

 
b.   Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.




*Contoh situasi ahli:



Situasi


A) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:
Telah menerima bayaran interim RM1,000Status permohonan: Sedang diproses

B) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:
Tidak menerima bayaran interim RM1,000Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan

Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021


Nota: Tiada bayaran interim bagi ahli yang belum menerima bayaran tersebut. Ahli akan terus menerima pembayaran pertama.


C) Ahli belum membuat permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan akan diberi kelulusan.



D) Baki Akaun 1 kurang dari RM150
     Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas


Tidak layak memohon Kemudahan i-Sinar



Nota: Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
18 Februari 2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2021/02/kelulusan-i-sinar-dipermudahkan-mulai-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelulusan Permohonan I Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

Kelulusan Permohonan I Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 420 hits
93 total views 29 views today Ketika ini pasti ramai yang telah mendapat bayaran i Sinar yang telah dimohon sejak hujung tahun lalu Pun begitu ada juga permohonan yang tidak diluluskan sebelum ini atas sebab sebab tertentu Anda tidak perlu ...
Kelulusan I Sinar Mulai 8 Mac

Kelulusan I Sinar Mulai 8 Mac

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 258 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini KWSP dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa kelulusan...
I Sinar Kwsp Betulkah Semua Permohonan Lulus

I Sinar Kwsp Betulkah Semua Permohonan Lulus

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 353 hits
Lewat petang kelmarin huru hara sekejap social media dek kerana ramai yang gembira bila buat semakan Permohonan i Sinar KWSP yang rata rata telah bertukar dari biru kepada hijau bermaksud telah LULUS i Sinar Tapi dalam kegembiraan itu ramai...
Tabika Perpaduan Dibuka Mulai 1 Mac

Tabika Perpaduan Dibuka Mulai 1 Mac

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 269 hits
Guru murid mesti jaga kebersihan patuhi protokol kesihatan SOP BANGI Semua Tabika Perpaduan akan dibuka secara bersemuka di seluruh negara bermula 1 Mac ini Pembukaan ini adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Februa...
5373 Ramai Ibu Bapa Tertekan Peranti Pdpr Dijual Lebih Mahal Sinar Harian 08 02 2021

5373 Ramai Ibu Bapa Tertekan Peranti Pdpr Dijual Lebih Mahal Sinar Harian 08 02 2021

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 436 hits
SHAH ALAM Ramai ibu bapa tertekan dengan fenomena kenaikan harga peranti elektronik bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang melambung tinggi di pasaran sejak lebih sebulan lalu Lebih mengejutkan Ketua Aktivis Persatuan Penggun...
Sampai Hati Kwsp Buat Macam Ni Ramai Kecewa Status I Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

Sampai Hati Kwsp Buat Macam Ni Ramai Kecewa Status I Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 336 hits
SEMALAM kecoh di laman sosial berkenaan status permohonan pengeluaran i Sinar Kategori 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tinjauan di media sosial memaparkan rata rata pencarum yang memohon pengeluaran mendapat keputusan lulus apabila membuat...
Perlukah Pencarum Kwsp Mengemis Demi Wang Sendiri

Perlukah Pencarum Kwsp Mengemis Demi Wang Sendiri

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 218 hits
POSTED BY AMIR WRLR Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menempelak kegagalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam menguruskan permohonan skim i Sinar Beliau berkata pencarum KWSP yang telah me...
Siri Redmi Note 10 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 4 Mac 2021

Siri Redmi Note 10 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 4 Mac 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 271 hits
Teka teki akhirnya terjawab apabila siri Redmi Note 10 disahkan akan diperkenalkan secara rasmi pada 4 Mac 2021 Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Redmi India menerusi ciapan di Twitter rasmi mereka sebentar tadi Difahamkan pelancaran ...
Kwsp Mansuh Syarat I Sinar Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

Kwsp Mansuh Syarat I Sinar Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 320 hits
137 total views 63 views today Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut setelah mengam...
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Perkongsian Empower Quran Global

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka