Bulan Mac Baru Nak Buka Proses Pendaftaran Bila Gamaknya Dapat Vaksin


 







KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Proses pendaftaran sebagai peneima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Katanya mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.

“Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta,  dan kelima, jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan  Bernama TV yang disiarkan semalam, bertajuk ”Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19”.

Khairy yang Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengulangi program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan.

“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon) sebagai frontliners namun kita akan menilai setiap permohonan.

“Saya boleh sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer, dan kemudiannya Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.

 Pada 4 Feb lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Pada 8 Jan lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini. 

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

-- BERNAMA

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/bulan-mac-baru-nak-buka-proses.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Untuk Menerima Vaksin Bagi Orang Ramai Bermula Mac Termasuk Melalui Mysejahtera

Pendaftaran Untuk Menerima Vaksin Bagi Orang Ramai Bermula Mac Termasuk Melalui Mysejahtera

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 260 hits
Khairy Jamaluddin Menteri Sains Teknologi dan Inovasi kini telah mengatakan proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid 19 akan dibuka untuk orang ramai bermula bulan Mac 2021 ini Proses pendaftaran berkenaan boleh dilakukan melalui be...
Perkembangan Checkup Dan Menerima Suntikan Vaksin Pneumococcal Pada Usia 10 Bulan

Perkembangan Checkup Dan Menerima Suntikan Vaksin Pneumococcal Pada Usia 10 Bulan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum Selamat pagi Sementara anak anak masih tidur Fiza curi masa yang ada untuk berkongsi cerita di sini Alhamdulillah bulan ni umur Nur Dhia dah masuk 10 bulan So far untuk checkup 10 bulan Berat tinggi dan BMI berada pada tahap...
Restoran Fabulous Baker Boy Juwanda Hassim Buka Semula Di Lokasi Baru Aliwal Street

Restoran Fabulous Baker Boy Juwanda Hassim Buka Semula Di Lokasi Baru Aliwal Street

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 205 hits
BERITAmediacorp Selepas ditutup buat seketika restoran The Fabulous Baker Boy milik aktivis teater Juwanda Hassim kini dibuka semula baru baru ini di sebuah lokasi baru Kafe bakery dan restoran Juwanda kini terletak di 01 01 Aliwal Arts Cen...
Aplikasi Selangkah Dilancarkan Untuk Pengesanan Kontak Dompet Nirtunai Dan Pendaftaran Vaksin Setempat

Aplikasi Selangkah Dilancarkan Untuk Pengesanan Kontak Dompet Nirtunai Dan Pendaftaran Vaksin Setempat

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 266 hits
Mei tahun lalu SELangkah dilancarkan sebagai platform pengesanan kontak Covid 19 pertama di Malaysia Ianya mudah digunakan kerana tidak memerlukan aplikasi dimuat turun dan mengingati maklumat pengguna yang pernah mendaftar Dengan ulang tah...
Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 256 hits
KUANTAN Petugas barisan hadapan di Pahang dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid 19 hujung bulan ini Keputusan untuk memberi keutamaan kepada kira kira 28 000 petugas barisan hadapan itu dibuat kerajaan negeri selepas dibincangkan dalam...
Garis Panduan Pengambilan Vaksin Bulan Ramadan Dibincang Minggu Hadapan

Garis Panduan Pengambilan Vaksin Bulan Ramadan Dibincang Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRISEREMBAN Garis panduan pengambilan vaksin ketika bulan Ramadan buat umat Islam di negara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal...
Npra Teliti Tiga Lagi Vaksin Pertimbang Beri Pendaftaran Bersyarat

Npra Teliti Tiga Lagi Vaksin Pertimbang Beri Pendaftaran Bersyarat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 205 hits
Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah menerima permohonan untuk mendaftarkan tiga lagi vaksin Covid 19 untuk digunakan di negara ini kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor Hisham memberitahu wartawan ha...
Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu Andre Dah 3 Bulan Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak

Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu Andre Dah 3 Bulan Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 529 hits
Pengalaman menjadi ibu sememangnya cukup membahagiakan Namun ia tidak mudah Banyak perkara yang terpaksa dikorbankan lebih lebih lagi mengenai diri sendiri sementara anak hendak membesar Pelakon Farah Nabilah tidak terkecuali melalui hal ya...
Khianati Pengundi Sendiri Kemudian Nak Rampas Kerusi Sendiri Gamaknya Orang Gombak Ni Tak Kenal Dia Kot

Khianati Pengundi Sendiri Kemudian Nak Rampas Kerusi Sendiri Gamaknya Orang Gombak Ni Tak Kenal Dia Kot

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 169 hits
PRU 15 Azmin tekad rampas kerusi Parlimen Gombak dari PKRFebruary 8 2021Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan akan terus mempertahankan kerusi yang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum akan datang Beliau berk...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik