I Pesona Johor Bantuan Rm500 Kepada Ibu Tunggal
i-Pesona Johor atau Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor ialah bantuan khas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membantu ibu tunggal di negeri Johor. Layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, https://ypkdt.gov.my/ untuk info lebih lanjut.
Program i-Pesona Johor menyediakan bantuan sebanyak RM500 yang akan diberikan dalam dua fasa kepada setiap penerima yang layak. Ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada ibu tunggal dalam komuniti Johor.
Rujuk syarat kelayakan, semakan dan maklumat terperinci di bawah.
Pengenalan i-Pesona Johor
i-Pesona Johor adalah singkatan bagi “Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor”, iaitu satu program bantuan khas yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) kepada ibu tunggal di negeri Johor.
Program ini menyediakan bantuan sebanyak RM500 yang akan diberikan dalam dua fasa kepada setiap penerima yang layak. Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 48537 penerima di negeri Johor.
Bantuan i-Pesona Johor akan diagihkan dalam dua fasa, iaitu pada Disember 2025 dan Februari 2026.
Objektif i-Pesona Johor:
Program ini diuruskan oleh YPKDT sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk memperkasa golongan wanita dan keluarga.
Memberi suntikan semangat dan penghargaan kepada ibu tunggal yang berpendapatan rendah.
Membantu meringankan beban kewangan dan memperkasakan institusi keluarga.

Hebahan & Kenyataan Rasmi YPKDT
HEBAHAN PENERIMA LAYAK BANTUAN KASIH JOHOR : INSENTIF PESONA IBU TUNGGAL JOHOR (I-PESONA) MELALUI iSMS
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ingin memaklumkan bahawa proses hebahan kepada penerima yang layak bagi Bantuan Kasih Johor : Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor (I-PESONA) sedang dan akan dibuat secara mesej Sistem Pesanan Ringkas (iSMS).
Pihak YPKDT menegaskan bahawa:

Hanya pemohon yang disahkan layak berdasarkan semakan dan pengesahan data akan menerima SMS rasmi daripada YPKDT.

SMS tersebut akan mengandungi makluman kelayakan serta arahan semakan lanjut berkaitan tarikh, masa dan tempat untuk terimaan bantuan di laman web dan laman sosial rasmi YPKDT.

Penerima diminta memberi perhatian terhadap mesej tersebut dan memastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

Pihak YPKDT tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menguruskan pengesahan kelayakan atau memungut sebarang bayaran.

Semua urusan pengesahan dan bantuan adalah percuma dan dijalankan mengikut tatacara rasmi YPKDT.
YPKDT komited memastikan setiap penerima yang layak menerima bantuan ini dengan teratur, telus dan tepat mengikut ketetapan semasa.
Sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian rasmi YPKDT atau melalui saluran komunikasi yang telah ditetapkan.

Sebarang pemalsuan dan kegagalan penerima untuk mengemukakan dokumen lengkap seperti yang ditetapkan boleh menyebabkan bantuan tidak diproses atau akan ditolak tanpa sebarang tuntutan.
PENGURUSAN
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM
27 NOVEMBER 2025
Sumber: Facebook Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Siapa yang Layak?
Ibu tunggal yang memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh YPKDT.
Penerima yang layak akan menerima SMS. Kelayakan adalah berdasarkan semakan dan pengesahan data oleh pihak YPKDT. Sekiranya anda tidak menerima apa-apa sms, ia bermakna anda tidak layak.
Berikut pula syarat kelayakan umum bagi ibu tunggal (Bergantung kepada jenis bantuan dan agensi, tetapi biasanya termasuk)
Warganegara Malaysia.
Berdiam / menetap di negeri Johor.
Berstatus ibu tunggal (cerai, ditinggalkan pasangan, kematian pasangan, atau lain-lain).
Mempunyai tanggungan anak(kanak-kanak) dalam umur tertentu (contoh: bawah 18 tahun, atau masih belajar jika melebihi usia tertentu).
Pendapatan isi rumah tidak melebihi had yang ditetapkan (contoh: kategori B40 atau di bawah garis kemiskinan negeri).
Berdaftar dengan agensi yang mengurus kebajikan seperti JKM, YPKDT, atau dalam sistem e-Kasih bagi beberapa bantuan.
NOTA: Bantuan hanya diberikan sekali (one-off) kepada setiap penerima.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan i-Pesona Johor dibuat secara automatik oleh YPKDT berdasarkan data ibu tunggal yang telah berdaftar. Hasil semakan akan dimaklumkan melalui SMS rasmi.
Hanya mereka yang disahkan layak akan menerima SMS rasmi daripada YPKDT. SMS ini akan menyatakan bahawa penerima layak serta memberi arahan lanjut untuk semakan dan penebusan / pengambilan bantuan.
Jika tidak menerima SMS tetapi anda rasa memenuhi syarat, ibu tunggal digalakkan mendaftar / kemas kini maklumat melalui bancian data ibu tunggal negeri Johor dan hubungi YPKDT untuk pengesahan status.

Cara Mohon i-Pesona Johor
Pemohon perlu mengisi borang bancian data ibu tunggal negeri Johor secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di https://ypkdt.gov.my/ untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan-bantuan ibu tunggal termasuklah i-Pesona Johor.
Pastikan semua maklumat peribadi dan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, surat cerai/sijil kematian suami, dan bukti pendapatan diisi dan dimuat naik mengikut arahan.
Selepas permohonan dihantar, tunggu pengesahan daripada YPKDT. Hanya yang layak akan menerima SMS rasmi daripada YPKDT dengan arahan untuk semakan dan pengambilan bantuan.
Walaubagaimanapun, pendaftaran telah pun ditutup sejak 24 Oktober 2025 (Jumaat) yang lalu untuk fasa agihan bantuan Disember 2025 dan Februari 2026.
Jumlah Bantuan & Fasa Bayaran
Jumlah bantuan i-Pesona Johor ialah RM500 seorang untuk ibu tunggal yang berdaftar di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).
Peruntukan keseluruhan ialah RM24.27 juta dan memanfaatkan 48,537 penerima ibu tunggal yang layak.
Bantuan RM500 ini dibayar dalam dua fasa, bukan one-off sekali gus, iaitu:
Fasa 1: Disember 2025
Fasa 2: Februari 2026
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Pesona Johor, sila layari/hubungi:
Portal Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
Facebook Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
Soalan Lazim i-Pesona Johor
Apa itu i-Pesona Johor? i-Pesona Johor ialah Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor, bantuan tunai di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) khusus untuk ibu tunggal yang berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).
Berapa jumlah bantuan & bagaimana fasa bayaran? Jumlah bantuan adalah RM500 seorang.
Siapa yang layak terima i-Pesona? Ibu tunggal warganegara Malaysia yang bermastautin di Johor dan berdaftar dalam Bancian Data Ibu Tunggal Negeri Johor / YPKDT.
Perlu mohon ke, atau automatik? i-Pesona tidak ada portal permohonan khas satu-satu, sebaliknya YPKDT guna data ibu tunggal yang telah berdaftar dalam bancian/rekod mereka. Ibu tunggal perlu pastikan sudah berdaftar atau kemas kini maklumat melalui bancian data ibu tunggal negeri Johor apabila dibuka.
Macam mana semak sama ada layak? Hebahan kelayakan dibuat melalui SMS rasmi (iSMS) kepada nombor telefon yang didaftarkan. Hanya yang disahkan layak selepas semakan data akan terima SMS memaklumkan kelayakan serta arahan lanjut (tarikh, masa, tempat / kaedah bayaran).
Perlu bayar atau melalui ejen? Tiada bayaran dikenakan untuk apa-apa urusan i-Pesona.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/i-pesona-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=i-pesona-johor