I Love Jesus Dakwah Tu Baik Sekali Melayu Yg Terpesong Ingat Kristian Ajaran Benar


KEKELIRUAN Istilah JESUS
Kekeliruan berlaku kerana orang Melayu hanya menggunakan istilah Nabi Isa dan TIDAK sesekali menggunakan Jesus dalam merujuk kepada Nabi Isa. 
MALAH, sebaliknya di alam Melayu ini, istilah Jesus itu di rujuk kepada Tuhan Orang Kristian. 
Oleh itu perbezaan fahaman setempat harus diambil kira dalam berdakwah. 
Setidak-tidaknya penjelasan mengenai Jesus dan Nabi Isa kepada orang Melayu harus mantap dan difahami terlebih dahulu sebelum digunakan. 

Atau kaedah yang baik ini dijalankan hanya kepada penganut kristian secara tertutup. 
Jika tidak, orang Melayu yang jahil agama pula yang terkeliru menyatakan bahawa ajaran Kristian juga ajaran yang BENAR sama saja dengan ajaran Islam. Kita harus berhati-hati ye. 
Berdakwah itu baik tapi slogan di United Kingdom mungkin tidak sesuai digunakan di Alam Melayu (Jawi) ini. #CelahGelegar 
PENJELASAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Soalan: Baru-baru ini saya ternampak di KL ada yang memakai t-shirt I am Muslim and I follow Jesus. Adakah slogan tersebut tepat?Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW
Isu ini memerlukan sedikit pencerahan supaya masyarakat awam tidak terburu-buru menolaknya atau menerimanya tanpa pemahaman yang baik. Kami bahagikan kepada beberapa poin penting:Adakah Nabi ‘Isa dan Jesus merupakan individu yang sama?Apakah bukti kita mengikuti Nabi ‘Isa?Nabi ‘Isa adalah nama yang digunakan dalam al-Qur’an manakala jika kita meneliti terjemahan al-Qur’an dalam Bahasa Inggeris oleh penterjemah seperti Abdullah Yusuf Ali, A.J. Arberry, Marmaduke Pickthall dan lain-lain kesemuanya menterjemahkan Nabi ‘Isa sebagai Jesus. Al-Qur’an menyebutkan tentang Nabi ‘Isa dalam 71 ayat dan Islam mengiktiraf Nabi ‘Isa sebagai seorang hamba-Nya, Nabi dan juga Rasul yang wajib diimani. Walaupun konsep ini berbeza dengan pegangan Kristian, ia tidak menafikan bahawa Nabi ‘Isa dan Jesus adalah individu yang sama.Mungkin ada yang berpandangan bahawa Nabi ‘Isa dan Jesus adalah individu berbeza kerana nama Jesus berasal dari Bahasa ‘Ibrani (Hebrew) iaitu Yeshua. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, ianya adalah Yashu’ dan perkataan Yashu’ tidak ditemui dalam al-Qur’an
Jawapannya, al-Azhari menyatakan bahawa Nabi ‘Isa adalah nama bukan Arab (‘ajam) yang tidak mempunyai tasrif (morphology) kerana ketiadaan ma’rifah dan bercampur antara nama ‘ajam dan adanya ma’rifah padanya. Nama Nabi ‘Isa adalah dialihbahasa daripada Aisu’ sebagai pandangan pakar bahasa Suryani (Syriac). (Lihat Tahzib al-Lughah, 3/60-61). Menurut al-Jauhari, Nabi ‘Isa adalah nama ‘Ibrani atau Suryani. (Lihat al-Sihhah, 3/955). Manakala lafaz Nabi ‘Isa dalam Bahasa Suryani adalah Yashu’. (Lihat al-Kasysyaf, 1/188). Hujah-hujah lain yang menafikan persamaan keduanya adalah tidak jelas. Justeru, Nabi ‘Isa dan Jesus adalah individu yang sama.Ketikamana Nabi ‘Isa masih bayi, Baginda diberikan mukjizat untuk berkata-kata. Baginda menjelaskan:قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا (31) وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا (32) وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا (33)Maksudnya: Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".(Surah Maryam: 30-33)Allah SWT menegaskan:يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُMaksudnya: “Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya.”(Surah al-Nisa’: 171)
Muslim Mengikut Nabi ‘Isa?Ya, sememangnya sebagai umat Islam kita mempercayai bahawa akidah daripada Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad adalah sama. Kesemuanya membawa ajaran tauhid yang sama iaitu mengEsakan Allah SWT. Tidak beriman seorang Muslim sekiranya tidak beriman dengan Nabi ‘Isa
Seruan utama Nabi ‘Isa kepada Bani Israel adalah menyembah Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa. Baginda menyatakan:إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۗ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌMaksudnya: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".Ibn Kathir menjelaskan inilah perintah Nabi ‘Isa kepada kaumnya ketika Baginda masih di buaian untuk menjelaskan kepada mereka bahawa Allah SWT adalah Tuhan mereka dan Tuhannya. (Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 5/231)Disamping itu, penelitian terhadap Bible juga menunjukkan beberapa persamaan tentang apa yang dilakukan oleh Nabi ‘Isa yang juga dilakukan oleh umat Islam. Antaranya adalah:Lelaki Muslim berkhatan dan Nabi ‘Isa juga berkhatanOn the eighth day, when it was time to circumcise the child, he was named Jesus, the name the angel had given him before he was conceived (Luke 2: 21)Ucapan AssalamualaikumWhile they were still talking about this, Jesus himself stood among them and said to them, Shalom Aleichem (Peace be with you).”(Luke 23: 36)Justeru, apa yang dilakukan oleh Nabi ‘Isa juga dilakukan oleh umat Islam sehingga sekarang. Ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi ‘Isa juga tidak berbeza dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh umat Islam. Oleh itu, ini bermaksud kita umat Islam mengikut Nabi ‘Isa baik dari beberapa sudut perlakuannya dan juga akidahnya
Malah, umat Islam beriman bahawa pada akhir zaman nanti Nabi ‘Isa akan turun dan mentadbir dengan syariat yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan pengikutnya. Nabi Isa tidak diutuskan dengan sebuah syariat yang baru akan tetapi Baginda merupakan salah seorang pemimpin bagi umat ini yang akan memperbaharui seruan Islam kerana agama Islam ialah penutup bagi segala agama dan tidak ada Nabi yang akan diutuskan selepas Nabi Muhammad SAW
Sabda Rasulullah SAW:كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟»، فَقُلْتُ لِابْنِ أَبِي ذِئْبٍ: إِنَّ الْأَوْزَاعِيَّ، حَدَّثَنَا عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، «وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ» قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ: «تَدْرِي مَا أَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟» قُلْتُ: تُخْبِرُنِي، قَالَ: «فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَMaksudnya : “Bagaimana keadaan kalian apabila Isa putera Maryam turun pada kalian dan menjadi pemimpin kalian?” Lalu aku berkata kepada Ibnu Abu Zi’b bahwa al-Auza’ie telah menceritakan kepada kami, dari az-Zuhri dari Nafi’ dari Abu Hurairah, “Pemimpin kalian adalah dari kalian.” Ibnu Abu Zi’b berkata, “Apakah kamu tahu sesuatu apa (yang dijadikan dasar) memimpin kalian?” Aku balik bertanya, “Apakah kamu akan mengkhabarkannya kepadaku?” Ibnu Abu Zi’b berkata, “Dia akan memimpin kalian berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Nabi kalian SAW
(Riwayat Muslim, no. 246)Berdasarkan kenyataan di atas, kami menyimpulkan bahawa slogan I am Muslim and I follow Jesus tidaklah bersalahan dengan akidah Islam bahkan ia sebenarnya mencetuskan kepada satu perbincangan ilmiah yang baik antara penganut Islam dan Kristian
Kami juga mendapat makluman yang ianya adalah usaha dakwah yang dilakukan oleh aktivis Islamic Education and Research Academy (iERA) yang berpengkalan di United Kingdom dan mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Nabi ‘Isa adalah antara Nabi yang istimewa dalam Islam kerana digolongkan dalam ‘Ulul ‘Azmi malah nama ibunya Maryam juga dirakamkan dalam surah yang khusus dalam al-Qur’an. Cuma, kami mencadangkan ia diperincikanmenjadi I am Muslim and I follow Jesus as my Prophet. Ini kerana, inilah pendirian kita selaku umat Islam yang tidak mengiktiraf ‘Isa sebagai Tuhan ataupun anak Tuhan. Kami berpendirian sebagaimana yang dinyatakan oleh Ja’far bin Abu Talib kepada Raja Najasyi berkenaan ‘Isa bin Maryam. Dikisahkan Raja Najasyi yang beragama Kristian pernah bertanya kepada Ja’far berkenaan ajaran Rasulullah SAW. Lalu Ja’far menceritakan satu persatu sehinggalah apabila beliau membaca Surah Maryam ayat ke-14, Raja Najasyi menitiskan air mata. Baginda bertitah: “Sesungguhnya, agama yang dibawa oleh nabi kalian dan agama kami berasal dari sumber yang satu.”Ditanya lagi: ”Apa yang kalian katakan tentang Isa bin Maryam, dan juga tentang ibunya?”Ja’far ibn Abi Talib menjawab,”Kami mengatakan sebagaimana Allah berfirman,’Isa adalah manusia (yang diciptakan oleh Allah dengan) kalimat dan ruh dari Allah yang disampaikan kepada Maryam, seorang gadis perawan yang tidak pernah disentuh manusia’.”Mendengar jawapan ini, Raja Najasyi mengangkat sebuah tangkai kayu dari atas tanah, lalu baginda berseru: “Wahai orang-orang Habsyah! Wahai para pendeta! Demi Allah! Mereka tidak menambahkan perkataan apapun pada keyakinan kita tentang Isa. Kami mengucapkan selamat kepada kalian dan kepada orang yang mengutus kalian. Aku bersaksi, bahawa dia adalah Rasulullah. Dialah orang yang kami temukan di dalam kitab Injil. Dialah rasul yang dikabarkan oleh Isa bin Maryam. Tinggallah kalian di manapun yang kalian inginkan! Demi Allah, kalau bukan kerana kekuasaan yang ada padaku, maka sungguh aku datangi dia (Rasulullah), sehingga aku menjadi orang yang membawakan sandalnya. (Lihat Sirah Nabawiyyah, 2/10)Semoga kehidupan bermasyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat terus dimaknai dengan harmoni dan kasih sayang





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/i-love-jesus-dakwah-tu-baik-sekali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Makan Kuaci Yang Baik Dan Benar

Tutorial Makan Kuaci Yang Baik Dan Benar

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 381 hits
Kalian Tau Kuaci Tau gak cara makan Kuaci Kita semua tentu tau kuaci itu seperti apa kalo kamu gak tau kuaci itu apa berarti kamu belum lahir Kuaci adalah makanan kecil dan ringan dibawa kemana saja yang tentunya harganya pun sangat murah c...
Perhimpunan Icerd Lebih Baik Jika Libatkan Bukan Melayu Ku Li

Perhimpunan Icerd Lebih Baik Jika Libatkan Bukan Melayu Ku Li

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 316 hits
IPOH Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang berlangsung semalam di ibu negara seharusnya turut melibatkan peserta bukan Melayu Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku ...
Video T Shirt Muslim Love Jesus Ini Penjelasan Firdaus Wong

Video T Shirt Muslim Love Jesus Ini Penjelasan Firdaus Wong

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 677 hits
Baru baru ni kecoh bila ada yang kurang senang melihat sekumpulan muslim yang memakai t shirt Muslim Love Jesus walhal itu pendekatan dakwah dimana mencari titik persamaan yang dibenarkan Islam Ianya bukan liberal atau pluralism tapi method...
Sebalik Kekeliruan Nama Jesus Dakwah Berjaya

Sebalik Kekeliruan Nama Jesus Dakwah Berjaya

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 460 hits
Oleh Ustaz Firdaus Wong Wai Hung Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Kerana sedikit salah faham dan kekeliruan akibat penggunaan nama Jesus dalam dakwah ianya telah menarik perhatian ramai sehinggakan yang selama ini kurang mengambil tah...
P Raya Tempatan Dap Ingat Melayu Terlalu Bodoh Cina Bersungguh2 Dikata Pas Dapat Untung

P Raya Tempatan Dap Ingat Melayu Terlalu Bodoh Cina Bersungguh2 Dikata Pas Dapat Untung

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 777 hits
10 DISEMBER 2018 PERDANA MENTERI BUAT KEPUTUSAN TIDAK AKAN LAKSANAKAN PILIHANRAYA TEMPATAN Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasas...
Maszlee Kepada Badan Kristian Dakwah Ajak Pada Kebaikan Tak Semestinya Tukar Agama

Maszlee Kepada Badan Kristian Dakwah Ajak Pada Kebaikan Tak Semestinya Tukar Agama

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 251 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata konsep dakwah yang dikemukakannya di Sabah dan Sarawak telah disalah anggap apabila ditafsirkan sebagai usaha untuk menukar agama Beliau berkata dakwah perlu dilihat secara universal iaitu mengaja...
Dalam Perkahwinan Ni Kena Selalu Ingat Buruk Baik Pasangan Kita Kita Kena Hadap

Dalam Perkahwinan Ni Kena Selalu Ingat Buruk Baik Pasangan Kita Kita Kena Hadap

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 439 hits
Dalam Perkahwinan Ni Kena Selalu Ingat Buruk baik pasangan kita kita kena hadap Berkahwin ni bukan benda suka suka Kahwin ni umpama kita bina masjid Buruk baik pasangan kita kita kena hadap Kalau boleh baiki kita baiki buruk tu Asal tidak m...
Bubar Aim Robek Institusi Bantu Melayu Bumiputera

Bubar Aim Robek Institusi Bantu Melayu Bumiputera

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 252 hits
Dr Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Cadangan pembubaran Amanah Ikhtiar Malaysia akan mewujudkan persepsi seolah olah kerajaan dan Kementerian Kewangan yang hari ini didominasi DAP sedang merobek satu persatu institusi yang terbukti banyak m...
Pm Jangan Jadi Alat Dap Kembalikan Hak Melayu Dan Bumiputera

Pm Jangan Jadi Alat Dap Kembalikan Hak Melayu Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 8 Dis Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk tidak tunduk dengan pihak lain khususnya Dap yang dilihat lebih dominan dalam pentadbiran Koordinator Himpunan Daulat 812 Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata kerajaan pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi