I Lestari Bulan Jun
i-LESTARI BULAN JUN
Ramai yang ingin mengetahui tentang tarikh bayaran i-LESTARI BULAN JUN. Kita sedia maklum bahawa RM500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat bermakna kepada ahli untuk menampung kos sara hidup harian.
Berdasarkan maklumat daripada KWSP,tarikh bayaran i-LESTARI BULAN JUN bermula daripada 1 Jun 2020. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bulan kedua iaitu bulan Jun 2020.
Pemohon pengeluaran i-Lestari dinasihatkan untuk menyemak akauk bank masing-masing ekoran tiada tarikh khusus diberikan untuk pembayaran pada bulan seterusnya.
Namun demikian, pemohon boleh membuat semakan sama ada pembayaran i-Lestari bulan Jun sudah dikreditkan atau belum. Bagaimakah caranya?
SEMAKAN PEMBAYARAN i-LESTARI
Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, lebih baik anda baca dan fahami maklumat ini :
Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda mulai 1 Jun 2020 secara berperingkat.
Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut.
Pembayaran i-lestari akan dilakukan pada setiap 1hb setiap bulan. Tarikh yang berada dalam sistem hanya terpakai pada pembayaran bulan pertama sahaja.
Jika pada 1 Jun 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.
Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan pembayaran i-Lestari ,berikut adalah cara untuk membuat semakan :
SEMAKAN MELALUI i-AKAUN KWSP
Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun.
1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.
Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.
SEMAKAN MELALUI PORTAL i-LESTARI KWSP
Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Lestari/i-Akaun/emel/ pos. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.
SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP
Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.
The post i-LESTARI BULAN JUN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/i-lestari-bulan-jun.html