I Am Now Final Year Medical Student
Assalamualaikum & salam ceria!
Lama betul tak update, last update cerita pasal fail posting Orthopaedics. Masa awal-awal MCO itu sebenarnya aku free je masa tapi tak ada idea nak tulis pasal apa. Kalau-kalau ada orang curious camne Unimas medic belajar masa MCO haritu, kitaorang belajar online kelas. Tapi masa bulan August kitaorang start pergi Universiti balik dan belajar clinical (maksudnya kitaorang kena pergi klinik atau hospital untuk tengok pesakit tapi kena pakai face shield).
So far, walaupun tak dinafikan, jumlah pesakit yang kitaorang tengok kurang daripada sebelum COVID19 tapi basically lecturer kitaorang cuba optimumkan pembelajaran tu sebanyak mungkin. Its not all bad I guess. Certain pembaharuan yang lecturer buat tu sebenarnya lebih bagus aku rasa contohnya doktor jemput pesakit dan kitaorang semua dapat tahu cara nak clerk case dengan lebih baik etc.
Oh dan sebenarnya, aku baru je minggu lepas habis year 4. Cuti 4 hari then terus masuk year 5. Alasan cuti pendek sebab kitaorang dah banyak "cuti" masa MCO haritu. Nak kejar balik masa dan target graduate on time. Bersyukur sangat-sangat Alhamdulillah aku pass year 4. Year 4 ni nampak macam honeymoon tapi dia punya posting tu banyak betul, sampai ada 10 posting camtu. Tak sanggup aku nak lalui 10 posting semula... (dalam medic kalau fail banyak posting kena repeat the whole year)
Apapun, walaupun dah tak ada reader ke apa ke, aku akan cuba update blog ni setiap kali lepas habis posting year 5 sebagai memori.
If you are wondering how I get out from my failure phase, I become lazy a lot, I watch drama a lot but that dont help much. But what helped me to fix my mentality is by reading good motivational books. Those "down" days I spent time to read motivational books and certainly that help me alhamdulillah with Allah's will. Hang in there, better days will come. As long as you don't stop paddling.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahmissxyz.blogspot.com/2020/10/i-am-now-final-year-medical-student.html