Hybrid Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak Aloe Vera Suncreen Sesuai Aktiviti Harian


Sebagai seorang yang memiliki kulit wajah jenis kombinasi usai usia meningkat ini rupanya agak sukar untuk saya cari sunscreen yang sesuai. Saya bukan sahaja mempunyai bahagian muka yang berminyak di area T-zone, tetapi agak kering di bahagian pipi. Selain itu, saya tidak biasa memakai krim jenis foundation menyebabkan lebih sukar untuk menyukai sesuatu produk.
Sebagai contoh, banyak produk sunscreen di Malaysia ini jenis "glowing" terlalu menampakkan "keminyakan" pada kulit wajah adalah pilihan yang paling tidak saya gemari.
Saya suka natural look.
Saya suka jika ada produk sunscreen yang tidak melekat, tiada white cast, dan meresap baik ke dalam wajah tetapi tetap memberikan perlindungan tertinggi apabila terdedah kepada cahaya matahari, sinar uv dari komputer dan ketika memasak!
Jadi, saya terjumpa dengan produk sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature yang mengandungi kebaikan Aloe Vera. Awalnya saya agak skeptikal kan, risau ada bau ubat ke, melekit ke, muka jadi putih melepak ke kan, alhamdulillah sama sekali berbeza dengan tanggapan saya.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen terbukti memberikan keselesaan kepada pemakainya dan sangat sesuai bagi surirumah seperti saya yang tidak suka langsung muka nampak seperti bermekap!



Nampak tak betapa gembiranya saya dapat jumpa produk sesuai ni.
Walaupun saya duduk di rumah, bekerja dari rumah, setiap hari saya akan ambil dan hantar anak ke sekolah pagi dan petang, panas serta terik ni akan menyebabkan bintik di muka semakin galak. Oleh sebab itulah saya wajib memakai sunscreen SPF 50 kerana masa perlindungan muka dari sinaran UV jahat adalah lama.
Tahukah anda? Penggunaan SPF 50 boleh membantu melindungi kulit anda selama 500 minit (10 minit x 50 SPF = 500 minit)

 

Apa Itu Sunscreen?Sunscreen merupakan perkara penting dalam penjagaan kulit. Tugas utamanya adalah melindungi kulit dari sinar ultraviolet (UV) berbahaya matahari. Terdapat dua jenis sinar UV yang sunscreen mampu melindungi: UVA dan UVB. Sinar UVA boleh mempercepatkan penuaan kulit, menyebabkan kedutan dan bintik-bintik usia, manakala sinar UVB adalah penyebab utama kulit menjadi terbakar akibat matahari.
Apabila memilih sunscreen, penting untuk mencari formula spektrum luas yang melindungi dari kedua-dua jenis sinar UVA dan UVB. Faktor Perlindungan Matahari (SPF) menunjukkan sejauh mana sunscreen melindungi dari sinar UVB secara khusus. Semakin tinggi nombor SPF, semakin tinggi perlindungannya.
3 jenis sunscreen yang boleh anda dapati di pasaran iaitu;


 Physical sunscreenChemical sunscreenHybrid sunscreenPerbezaan anda ketiga-tiga jenis sunscreen ini saya terangkan secara ringkas ya. Semoga dapat membantu anda semua membuat pilihan jenis sunscreen yang sesuai.

 

Perbezaan Physical Sunscreen, Chemical Suncreen dan Hybrid SunscreenPhysical suncreen biasanya merujuk kepada produk yang memberikan perlindungan fizikal terhadap sinar matahari. Ia cenderung untuk menghalang atau "mem-block" sinar matahari dari menembusi kulit dengan menggunakan bahan seperti titanium dioksida atau zinc oksida. Physical sunscreen biasanya memberikan perlindungan yang lebih kuat terhadap pelbagai jenis sinar UV.
Chemical sunscreen pula adalah krim pelindung matahari mengandungi bahan kimia yang membantu menyerap sinar UV sebelum ia mencapai kulit. Ia memberikan perlindungan dengan meresap ke dalam kulit dan meredakan kesan sinaran UV. Chemical sunscreen cenderung memberikan perlindungan yang baik terhadap terbakar matahari dan boleh menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk digunakan di bawah solekan atau sebagai asas harian.
Walau bagaimanapun, dalam amalan harian, istilah "physical" dan "chemical" sering digunakan secara bergantian. Kedua-dua jenis produk ini penting untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV, dan pemilihan bergantung kepada keperluan kulit dan kegiatan harian seseorang. 
Jadikan sebenarnya lebih kurang sahaja, beza ketara yang saya perhatian physical sunscreen biasanya ada white cast dan tidak meresap terlalu baik ke dalam wajah manakala chemical sunscreen dengan bahan kimia membantu penyerapan dan pemulihan wajah selain memberikan perlindungan dari sinaran UV jahat.
Oleh sebab itulah, terciptanya teknologi hybrid sunscreen yang menggabungkan kedua-dua sifat sunscreen. Dengan adanya hybrid sunscreen anda boleh miliki kelebihan yang ada pada physical dan chemical sunscreen. Antara hybrid sunscreen yang saya gunakan sekarang adalah Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature, seriously ianya tidak memberi white cast yang keterlaluan, tidak berminyak namun tetap tampak glowing seperti bermekap nipis. 

 

Kelebihan Hybrid Sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera

 



·       Sunscreen perlindungan kuat SPF50+ PA+++, dan teksturnya Sangat Sangat Lembap, Ringan, Tidak Berminyak menjadikan krim siang Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini pilihan terbaik kerana tidak menyebabkan pori-pori tersumbat (Baguskan?)

·       Sunscreen Aloe Vera ini, seperti namanya, mengandungi Aloe Vera, dan beberapa ekstrak tumbuhan seperti Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark, Ekstrak Orkid. Dan juga mengandungi Sodium Hyaluronic, Gliserin, & Allantoin. Formulasi ini dapat memberikan kesan kelembapan yang sedang elok buat pemakainya.

·       Biasanya apabila menggunakan sunscreen, kulit akan berminyak, TETAPI Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen terbaik ini Sangat Lembap & Memberi Rasa Lembut; Teksturnya yang ringan sama sekali Tidak Berminyak, Tidak Melekit.

·       Dan biasanya apabila menggunakan sunscreen, wajah akan kelihatan pucat, atau ada lapisan putih pada wajah, terutamanya di bawah cahaya matahari, tak cantik. TETAPI Aloe Vera Sunscreen ini tidak ada lapisan putih sama sekali, ia tiada warna apabila disapukan pada kulit, tetapi menyatu dengan licin dan baik pada kulit, memberikan sedikit kecerahan pada kulit secara semulajadi. Tekstur sunscreen yang baik.

·       Sesuai juga untuk kulit sensitif kerana kandungannya yang baik melindungi kulit. Kebanyakan individu dengan kulit sensitif menghadapi masalah apabila menggunakan sunscreen, insya Allah, anda boleh cuba Aloe Vera Sunscreen ya.

·       Paling penting, krim siang terbaik Hybrid Sunscreen Hansaegee Nature adalah bebas alkohol, bebas paraben, bebas silikon, bebas sulfat, bebas alergen.

Mari saya tunjukkan close up hybrid sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature









Seperti yang anda lihat sendiri, walaupun ada sifat physical sunscreen namun tiada kesan berlebihan “white cast” dan penting bagi saya sendirikan, natural tetapi kekal lembap!

Nak kongsikan juga bahawa Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sesuai dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak ini kerana bila kita letak pada permukaan kertas, tiada minyak kelihatan!

 



Bukti pemakaian Aloe Vera Sunscreen terbukti tiada white cast, tidak nampak berminyak malah natural seakan-akan tidak memakai sebarang krim di muka. As you all perasan juga, muka tak nampak bermekap tetapi fresh dan lembap kan?

Lihat kali ini saya kongsikan gambar, memakai Hansaegee di dalam rumah. Kulit wajah tidak lagi nampak kusam, malah berseri dan bermaya sekali! Eh eh, nak ke tu? Jomlah saya rekomen ibu-ibu yang duduk di rumah ni, amalkan Hansaegee Sahaja untuk perlindungan wajah di siang hari, selepas mandi terus dap-dap atau sapu rata sunscreen ini. Mudah!




Suka betullah. Masuk dalam beg je senang. Packaging macam ni, geng emak-emak memang suka.

 


Siapa Sesuai Gunakan Hybrid Sunscreen Aloe Vera Yang Terbaik Ni?

 

Saya amat sarankan kepada wanita yang mempunyai kulit jenis berminyak dan kering kerana ia mempunyai kadar serapan yang sangat baik. Sesuai juga buat wanita atau lelaki yang kerja di bawah matahari terik, orang lelaki tak perlu risau akan nampak muka macam glowing sebab krim siang terbaik ini sangat natural look. Teksturnya ringan seolah-olah tiada apa produk di wajah anda!
Saya yang duduk rumah ini pun perlu sangat pakai sunscreen SPF 50 kerana tugasan harian mengadap laptop dan memasak. Haba dari dapur gas juga antara faktor muka bertambah jeragat dan bintik hitam. 
Jika anda berminat untuk dapatkan sunscreen untuk kulit berminyak atau kulit sensitif skin khususnya boleh hubungi mereka, saya kongsikan terus info untuk anda semua. Ha, saya tidak jual ya, cuma nak review kerana bagi saya, kongsi benda baik untuk rakan-rakan pembaca kan..

 

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Tags;



best sunscreen for face, physical sunscreen, sunscreen for oily skin, sunscreen terbaik, sunblock vs sunscreen, sunscreen untuk kulit berminyak, sunscreen for sensitive skin, sunscreen spf 50, sunscreen for combination skin, korean sunscreen
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/02/hybrid-suncreen-untuk-kulit-berminyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelembab Muka Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak Rahsia Kecantikan Dengan Niacinamide

Pelembab Muka Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak Rahsia Kecantikan Dengan Niacinamide

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 223 hits
Sebagai seorang yang mementingkan penjagaan kuli muka sis memahami sepenuhnya tentang cabaran yang terpaksa dihadapi oleh individu memiliki masalah kulit muka berminyak Pengalaman sis sepanjang perjalanan penjagaan kulit muka telah membawa ...
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Berjeragat

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Berjeragat

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 192 hits
Kulit wajah adalah permukaan yang paling terdedah kepada pencemaran dan kekotoran pada setiap hari Oleh itu penting untuk menjaga kulit wajah kita dengan pencuci muka yang berkualiti Bagi individu yang mempunyai kulit kering dan berjeragat ...
Jumpa Pun Solusi Masalah Kulit Berminyak Lepas Pakai Ni Memang Confirm Glowing

Jumpa Pun Solusi Masalah Kulit Berminyak Lepas Pakai Ni Memang Confirm Glowing

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 217 hits
Siapa dekat sini yang mengalami masalah kulit kering mesti anda akan cari losen losen yang mengandungi Hyaluronic Acid betul tak Haa sebenarnya tak cukup tau kalau anda nak kulit kekal lembap berpanjangan sebab ada beberapa bahan lagi yang ...
Kulit Kering Punca Gejala Cara Mencegah Produk Yang Sesuai

Kulit Kering Punca Gejala Cara Mencegah Produk Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 249 hits
Kulit kering merupakah salah satu dari masalah kulit yang kerap berlaku oleh setiap orang tidak kira jantina dan umur Apabila ini berlaku ia akan menyebabkan kesan yang teruk kepada penampilan dan kesihatan jangka masa panjang Artikel pada ...
Muka Senang Naik Jerawat Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit

Muka Senang Naik Jerawat Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 205 hits
Antara masalah kulit yang agak sukar untuk dibendung adalah masalah jerawat mudah naik atau acne prone Walaupun telah cuba pelbagai cara untuk menjaga kulit dengan baik namun jerawat makin cepat naik dan mudah tumbuh disebabkan oleh beberap...
Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga Di Gua Kek Look Tong Gunung Rapat

Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga Di Gua Kek Look Tong Gunung Rapat

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum Lama juga Fiza tinggalkan story staycation Ipoh nie Bukan apa banyak pulak job review yang perlu ikut dateline Jadinya kita settle dulu client punya task Sekarang dah free boleh la sambung cerita cuti cuti kita nbsp Aktiviti...
Lando Norris Mengatakan Mobil Mclaren Tidak Sesuai Dengan Kekuatannya Saat Ia Mengecilkan Ekspektasi Gp Hungaria

Lando Norris Mengatakan Mobil Mclaren Tidak Sesuai Dengan Kekuatannya Saat Ia Mengecilkan Ekspektasi Gp Hungaria

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 205 hits
Lando Norris menjelaskan mengapa mobil McLaren tidak sesuai dengan kekuatan mengemudinya Norris tidak berharap McLaren mengulangi penampilan Silverstone di GP Hungaria saksikan langsung GP Hungaria di Sky Sports F1 F1 Juniors disiarkan lang...
Ganjar Tegaskan Jawa Tengah Kandang Banteng Seruduk Semua Yang Tidak Sesuai Aturan

Ganjar Tegaskan Jawa Tengah Kandang Banteng Seruduk Semua Yang Tidak Sesuai Aturan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 226 hits
Ganjar Tegaskan Jawa Tengah Kandang banteng Seruduk Semua yang Tidak Sesuai Aturan
Aktiviti Majlis Bacaan Yaasin Dan Perasmian Pembukaan Gelanggang Silat Randai Minang Kabau Ppim 24 02 2024

Aktiviti Majlis Bacaan Yaasin Dan Perasmian Pembukaan Gelanggang Silat Randai Minang Kabau Ppim 24 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 218 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi merasmikan Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Randai Minang Kabau yang julung kalinya dibangkitkan semula di Kampung Daching Lenggeng Negeri Sembilan Turut hadir Pertubuhan Pergerakan Ekonomi Islam Malay...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat