Hutang Paling Tinggi Bukan Pahang Tapi Selangor



(MalaysiaGazette) – Negeri yang berhutang paling tinggi kepada Kerajaan Pusat bukan Pahang tetapi Selangor.
Liabiliti Selangor kepada kerajaan sekurang-kurangnya RM25 bilion berbanding RM3 bilion untuk negeri Pahang.
Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, jika sebuah negeri mahu meningkatkan atau menstruktur kembali infrastruktur perkhidmatan air, mereka ada dua pilihan untuk mencari dana.
Kaedah pertama ialah meminjam dana dari kerajaan pusat. Kaedah ini digunakan oleh negeri Pahang dan menyebabkan hutang negeri meningkat.
Namun, aset-aset infrastruktur air masih dimilik oleh negeri Pahang.
Kaedah kedua pula meminta Kerajaan Pusat mengeluarkan dana untuk membeli aset-aset infrastruktur air dan menyewa kembali aset-aset ini kepada negeri dan kaedah ini digunakan Selangor.
Najib berkata, dari tahun 2010 sehingga tahun 2018, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan dana serta mengambil alih liabiliti yang berjumlah RM25 bilion untuk aset-aset air negeri Selangor.
Ini termasuk untuk projek penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor, projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan skim penstrukturan semula industri bekalan air.
“Selangor membayar balik kepada Kerajaan Pusat dengan cara pajakan iaitu bayaran sekitar RM750 juta setiap tahun selama 45 tahun sebelum aset-aset ini dikembalikan kepada negeri.
“Walaupun kedua-dua kaedah melibatkan Kerajaan Pusat mengeluarkan dana untuk negeri, kaedah kedua tidak dikira sebagai hutang rasmi negeri kerana ianya diklasifikasi sebagai pajakan.
“Bagaimanapun, kedua-dua kaedah memerlukan negeri untuk membayar balik kepada Kerajaan Pusat – samada dengan membayar hutang seperti Pahang ataupun secara ansuran melalui bayaran pajakan tahunan seperti Selangor (dan Pulau Pinang),” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu menambah, bahagian terbesar daripada hutang RM3 bilion negeri Pahang ialah untuk infrastruktur perkhidmatan air negeri itu.
Apabila negeri Pahang menjalankan kaedah penstrukturan semula industri perkhidmatan air seperti yang telah dilakukan oleh negeri Selangor dan negeri-negeri lain, maka hutang negeri Pahang juga akan jatuh dengan banyak.
Najib mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah berkali-kali menyalahgunakan saluran rasmi kementerian untuk serangan politik ke atas negeri Pahang pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands minggu lepas.
“Tetapi dia tidak memberikan gambaran sebenar seperti apa yang saya jelaskan diatas.
“Buat apa dia perlu beri maklumat lengkap dan sahih asalkan rakyat masih senang untuk ditipu oleh Menteri Kewayangan DAP?,” ujarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/28/hutang-paling-tinggi-bukan-pahang-tapi-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Hutang Paling Tinggi Najib

Selangor Hutang Paling Tinggi Najib

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 414 hits
Negeri yang hutang paling tinggi kepada kerajaan pusat sebenarnya ialah Selangor bukan Pahang Liabiliti Selangor kepada kerajaan pusat ialah sekurang kurangnya RM25 bilion berbanding RM3 bilion untuk negeri Pahang Biar saya jelaskan Jika se...
Najib Hutang Selangor Pada K Jaan Lagi Besar Dari Pahang

Najib Hutang Selangor Pada K Jaan Lagi Besar Dari Pahang

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 333 hits
Bekas perdana menteri mendakwa menteri kewangan tidak menjelaskan keadaan sebenar ketika mengkritik Pahang mengenai hutangnya
Satu Hari Syok Suatu Hari Kena Bayar Hutang Dengan Harga Tinggi

Satu Hari Syok Suatu Hari Kena Bayar Hutang Dengan Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 290 hits
Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Mustapa Mohamed menggesa pengundi Cameron Highlands menolak BN pada hari mengundi PRK Cameron Highlands 26 Januari ini Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Kuala Medang malam tadi beliau membangkitka...
Rm3 18b Hutang Pahang Dengan Kerajaan Persekutuan

Rm3 18b Hutang Pahang Dengan Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1068 hits
Saya telah semak hutang Pahang kepada kerajaan pusat yang dipolitikkan oleh Lim Guan Eng dalam Laporan Ketua Audit Negara Rupa rupanya sebahagian besar hutang Pahang berkaitan dengan air Inilah hutang sama yang diselesaikan oleh kerajaan pu...
Cameron Highlands Catat Kesalahan Prk Paling Tinggi

Cameron Highlands Catat Kesalahan Prk Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 309 hits
Antara 23 kesalahan itu 14 telah dilakukan oleh BN yang memenangi PRK itu manakala lima lagi oleh Pakatan Harapan
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here