Hutang Industri Penerbangan Cecah As 550 Bilion Akhir Tahun Ini Iata



Hutang industri penerbangan boleh meningkat menjadi AS$550 bilion pada akhir tahun, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
(Malaysia Gazette) – Dalam analisis yang dikeluarkan semalam, IATA berkata, ia merupakan kenaikan sebanyak AS$120 bilion berbanding tahap hutang pada awal tahun 2020.
Katanya, sebanyak AS$$67 bilion hutang baharu itu terdiri daripada pinjaman kerajaan (AS$50 bilion), cukai tertunda (AS$ 5 bilion) dan jaminan pinjaman (AS$ 12 bilion).
Sementara itu, sebanyak AS$ 52 bilion adalah daripada sumber komersial termasuk pinjaman komersial (AS$ 23 bilion), hutang pasaran modal (AS$18 bilion), hutang sewa operasi baharu (AS$5 bilion) dan akses kemudahan kredit yang ada (AS $6 bilion).
IATA berkata, bantuan kewangan itu bagi mengatasi krisis terburuk tanpa memerlukan penyelarasan operasi.
Namun, katanya, dalam tempoh permulaan semula akhir tahun ini, beban hutang industri akan mencecah AS$550 bilion – kenaikan besar 28%.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata, bantuan kerajaan bagi memastikan industri ini terus bertahan.
“Cabaran seterusnya adalah menangani syarikat penerbangan daripada ‘tenggelam’ di bawah beban hutang yang disebabkan oleh bantuan kewangan,” katanya.
Menurutnya, jumlah bantuan kewangan oleh kerajaan-kerajaan kepada industri penerbangan adalah sebanyak AS$123 bilion.
Daripada jumlah hutant itu, sebanyak AS$67 bilion perlu dibayar semula.
Bakinya terdiri daripada subsidi upah (AS$34.8 bilion), pembiayaan ekuiti (AS$11.5 bilion), dan pelepasan cukai/subsidi (AS$ 9.7 bilion).
IATA berkata, ini sangat penting bagi syarikat penerbangan yang dijangka menggunakan wang tunai kira-kira AS$60 bilion pada suku kedua 2020 sahaja.
de Juniac mengatakan lebih daripada separuh bantuan yang diberikan oleh kerajaan akan mewujudkan liabiliti baru.
“Kurang daripada 10% akan menambah ekuiti syarikat penerbangan. Ini mengubah gambaran kewangan industri sepenuhnya.
“Melunaskan hutang kerajaan dan pemberi pinjaman swasta bermaksud krisis akan berlanjutan lebih lama berbanding tempoh yang diperlukan sehingga permintaan penumpang pulih,” katanya.
de Juniac menambah bahawa banyak kerajaan telah meningkatkan pakej bantuan kewangan yang menyediakan jambatan untuk mengatasi keadaan yang sukar ini, termasuk wang tunai untuk mengelakkan bankrap.
“Yang mana kerajaan tidak memberikan respons yang cepat atau masalah dana yang terbatas, kita melihat kebankrapan berlaku. Contohnya termasuk Australia, Itali, Thailand, Turki, dan United Kingdom.
”Kesaling sambungan penting untuk pemulihan. Bantuan kewangan yang bermakna kepada syarikat penerbangan kini masuk akal dari segi ekonomi. Ini akan memastikan mereka bersedia untuk menyediakan hubungan sokongan pekerjaan ketika ekonomi dibuka semula,” kata de Juniac.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/27/hutang-industri-penerbangan-cecah-as550-bilion-akhir-tahun-ini-iata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iata Perkenal Pelan Hala Tuju Sektor Penerbangan Pasca Covid 19

Iata Perkenal Pelan Hala Tuju Sektor Penerbangan Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 279 hits
PERSATUAN Pengangkutan Udara Antarabangsa mengetengahkan pelan hala tuju yang menggariskan pelaksanaan langkah berperingkat bagi biokeselamatan untuk memulakan semula sektor penerbangan susulan krisis Covid 19 Ketua Pengarah merangkap Ketua...
Pm Cecah Usia 73 Tahun Esok Rakyat Mula Banjiri Ucapan Birthday

Pm Cecah Usia 73 Tahun Esok Rakyat Mula Banjiri Ucapan Birthday

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 410 hits
Sedar tak sedar sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu Kehadiran figura yang disenangi ramai...
Kawah Asteroid Yarrabubba Berusia 2 Bilion Tahun Tertua Di Dunia

Kawah Asteroid Yarrabubba Berusia 2 Bilion Tahun Tertua Di Dunia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 403 hits
Para saintis telah mengenal pasti kawah asteroid paling tua di dunia yang terletak di Australia mungkin boleh memberikan penjelasan kepada kita bagaimana bumi telah beralih dari Zaman Ais menjadi seperti yang kita ada sekarang Penyelidik me...
Hutang Manchester United Meningkat Kepada Rm2 28 Bilion

Hutang Manchester United Meningkat Kepada Rm2 28 Bilion

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 360 hits
Hutang keseluruhan Manchester United telah meningkat kepada 429 juta mencatat kenaikan tahunan sebanyak 42 peratus iaitu 127 juta Kelab Liga Perdana Inggeris itu yang menyiarkan penyata kewangannya pada Khamis turut mencatatkan kerugia
Faizal Hussein Cecah Usia 53 Tahun Anak Dara Pula Dipuji Lawa

Faizal Hussein Cecah Usia 53 Tahun Anak Dara Pula Dipuji Lawa

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 430 hits
Siapa sangka dengan penampilan maintain muda sejak dahulu pelakon hebat Faizal Hussein menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 tahun pada hari ini Pada usia yang menginjak separuh abad pelakon yang terkenal dengan watak Azroy dalam filem Gila ...
Raya Tetap Meriah Tahun Ni Duduk Jauh Jauh Pun Boleh Dapat Duit Raya Dari Saudara Mara

Raya Tetap Meriah Tahun Ni Duduk Jauh Jauh Pun Boleh Dapat Duit Raya Dari Saudara Mara

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 509 hits
Ketika negara dilanda pandemik Covid 19 dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 boleh dikatakan macam macam perubahan berlaku ketika tempoh PKP ini yang Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin gelar sebagai Nor...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025