Hutang Budi


 DAN KITA TERHUTANG BUDI KEPADA MEREKA...
SAYA tak dapat bayangkan bagaimana seorang anggota polis yang dah nak pencen dalam setahun dua lagi, menjadi begitu berani dan bersemangat sewaktu berhadapan tak kurang daripada 13 orang penyeludup dadah ganas dalam kegelapan malam di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam.Biarpun hanya menggengam sepucuk pistol di tangan, Koperal Baharuddin Ramli dan seorang lagi rakan seperjuangannya, Koperal Norihan Tari masih mampu membalas tembakan dan mencederakan lawan mereka sehingga habis semuanya bertempiaran melarikan diri.Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga penyeludup tersebut cedera (gambar) termasuk salah seorang daripadanya parah. Mereka ditangkap di sebuah hospital di selatan Thailand ketika cuba mendapatkan rawatan dek penangan peluru yang dilepaskan oleh Baharuddin dan Norihan.Ini bagi saya satu semangat dan keazaman LUAR BIASA yang dimiliki dua orang anggota polis senior ini.Siapa sangka daripada hanya hendak membuat tinjauan dan risikan, mereka boleh terserempak dengan kumpulan penjenayah yang memang sekian lama membenci dan menyimpan dendam dengan anggota Senoi Praaq, sebuah pasukan yang kita semua tahu bukan mudah untuk diperkotak katikkan.Sayangnya harga yang perlu dibayar kedua-dua mereka cukup mahal.Baharuddin yang ditembak dua das di bahagian perut, hanya sempat berundur seketika sebelum rebah dan menghembuskan nyawanya yang terakhir.Manakala Norihan kini sedang 'bertarung' di bilik bedah kerana tiga butir peluru menembusi badannya hingga mengakibatkan ususnya bocor.Sebak saya sewaktu membaca laporan yang mengatakan mayat mendiang Baharuddin ketika ditemui masih lagi menggengam erat pistol hak kerajaan yang digunakannya.Untuk rekod, tidak ada sebutir peluru pun yang tinggal dalam pistol tersebut...maknanya mendiang begitu bersungguh-sungguh berbalas tembak dengan penyeludup dadah berkenaan walaupun dia sedar dalam keadaan genting itu, nyawanya betul-betul berada di hujung tanduk!Saya percaya di atas semangat yang luar biasa itu, kedua-dua mereka adalah calon paling layak untuk dipertimbangkan bagi dianugerahkan pingat keberanian tertinggi negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan kenaikan pangkat secara 'posthumous' iaitu kenaikan yang diberikan kepada anggota yang terkorban ketika sedang bertugas.Ternyata jasa mereka berdua tiada tolok bandingnya terutama dalam mengangkat nama Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan PDRM khususnya serta negara amnya.Sesungguhnya kita terhutang budi pada mereka berdua.Salute untuk mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan Korperal Norihan Tari!SYAHRIL A. KADIR .#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#WiraSangSakaBiru



fb syahril a kadir



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/11/hutang-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akal Budi Telur Pun Kena Dominan Bro

Akal Budi Telur Pun Kena Dominan Bro

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 193 hits
Siapa pun tahu bahawa UMNO memang sebuah parti dominan dalam negara Malah kerana dominasi UMNO lah maka terbentuk Perikatan atau Kapal Layar bersama sama MCA dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara 63 tahun yang lalu Malah atas dominasi...
Menhub Budi Manggarai Akan Jadi Pusat Stasiun Kereta Di Jabodetabek

Menhub Budi Manggarai Akan Jadi Pusat Stasiun Kereta Di Jabodetabek

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 208 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi melakukan kunjungan kerja ke Stasiun LRT Dukuh Atas untuk mengecek progress pembangunan LRT Jabodebek Sebelumnya dia sempat menilik pengembangan Stasiun Manggarai
Menhub Budi Pastikan Pemerintah Kerja Keras Tangani Pandemi

Menhub Budi Pastikan Pemerintah Kerja Keras Tangani Pandemi

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 147 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi menceritakan keluh kesah dalam menghadapi situasi pandemi Covid 19 Menurutnya semua negara di dunia saat ini tertekan menghadapi wabah tersebut hampir di sepanjang 2020
6074 Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama Yayasan Budi Ihsan Ppim 12 11 2020

6074 Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama Yayasan Budi Ihsan Ppim 12 11 2020

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 278 hits
Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Yayasan Budi Ihsan berkenaan majalah suara asnaf untuk membantu golongan yang memerlukan
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 245 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Mekanik Serah Diri Selepas Tikam Leher Perut Mangsa Yang Datang Tuntut Hutang

Mekanik Serah Diri Selepas Tikam Leher Perut Mangsa Yang Datang Tuntut Hutang

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 252 hits
Mekanik serah diri selepas tikam leher perut mangsa yang datang tuntut hutangSeorang lelaki tampil menyerah diri kepada polis dalam keadaan berlumuran darah selepas menikam rakannya sehingga maut Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 50 t...
Kerajaan Pn Bakal Cagar Negara Untuk Bayar Hutang

Kerajaan Pn Bakal Cagar Negara Untuk Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 112 hits
Kata Menteri Banker jika Belanjawan tidak diluluskan kemungkinan Kerajaan tak mampu bayar gaji kakitangan awam terutama frontliner Sebenarnya aku bimbang jika Belanjawan ini diluluskan pun belum tentu tentu kerajaan mampu bayar gaji kakitan...
6080 Shark Dah Mengamuk Hutang Wa Bila Mau Bayar Tv Ppim 13 11 2020

6080 Shark Dah Mengamuk Hutang Wa Bila Mau Bayar Tv Ppim 13 11 2020

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 263 hits
Terjerat Ahlong Dapatkan Bantuan SATRIA ppim official Ayuh Kembalikan Ketenangan Hidup Anda SATRIA ppim official Sedia Membantu Apa yang SATRIA Bantu Matikan bunga Negotiate kurangkan jumlah Susun balik jadual pembayaran SATRIA Sudah Berjay...
Covid 19 Nak Selesai Hutang Disuruh Lagi Berhutang

Covid 19 Nak Selesai Hutang Disuruh Lagi Berhutang

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 246 hits
Salam semua bukan teman tak suka menulis lagi tapi kekadang tak mahu jadi dari sebahagian yg berkepentingan diri dan hanya mahu menegakan kununnya betapa bernas pandangan sendiri Soal EPF nie teman pun ada hak nak bersuara walaupun rasanya ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman