Akal Budi Telur Pun Kena Dominan Bro





Siapa pun tahu bahawa UMNO memang sebuah parti dominan dalam negara. Malah kerana dominasi UMNO lah maka terbentuk  Perikatan atau Kapal Layar bersama sama MCA dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara 63 tahun yang lalu.
Malah atas dominasi UMNO dalam gabungan Kapal Layar mahupun Barisan Nasional selepas 1974 terus memperkukuh semangat muhibbah didalam perkongsian kuasa bersama rakan rakan komponen yang lain.
Makanya apabila Ketua Penerangan UMNO, Sdr Shahril Hamdan menggesa agar UMNO tetap dominan di dalam persada politik tanahair ianya hadir dengan dua keadaan. Pro dan kontra.
Pro kerana UMNO memang dominan jika di ukur dari segi size keahlian dan juga geografi cawangannya di seluruh negara. Malah memang UMNO dan BN dominan jika di ukur dari jumlah kerusi yang di menangi.
Namun kontranya, atas segala kekuatan yang UMNO miliki ia telah kehilangan sokongan bagi membentuk kerajaan. Bukan sahaja  jumlah peratus undi yang diterima menurun di dalam PRU yang lalu malah UMNO juga telah kehilangan jumlah kerusi yang seharusnya ia menangi. Mungkin akan ada yang menepuk nepuk meja mengatakan sekiranya lompatan demi lompatan tidak berlaku ia membuktikan bahawa UMNO tetap dominan. Ada benarnya.., namun hakikatnya dalam bahasa mudah UMNO kalah. UMNO tidak memegang kuasa. UMNO terpuruk tidak memerintah.
Dalam suasana politik mutakhir ini, apakah UMNO masih lagi kekal dominan? Apakah kuasa Perdana Menteri yang terlepas ke tangan orang lain masih lagi di katakan UMNO dominan? Di Perak negeri Presiden parti bersama panglima berantainya tapi parti bunga yang hanya memiliki 1 kerusi sebagai MB boleh lagi UMNO mendabik dada bahawa ia masih dominan?
Persiapan pilihan raya umum antara topik perbincangan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang diadakan hari ini.-Gambar FB Muhyiddin Yassin.
PAS, yang dikatakan sahabat baik dalam senang dan susah lalu terbentuk la MN. UMNO mengira ngira la dengan PAS bahawa akan membolot 129 kerusi Parlimen di dalam PRU15 yang akan datang dengan kekuatan ahli serta pengundi dari kedua dua parti. Namun hari ini...apakah gambar di atas membuktikan bahawa UMNO masih tetap dominan?
Ya. UMNO masih dominan dan tetap dominan jika... Jika UMNO boleh mengenepikan semua pemimpin yang membawa masaalah kepada parti.
Bagaimana orang seperti Shahril, Fuad, Jazlan dan ramai lagi yang kalah berpuluh dan berbelas ribu undi boleh di benarkan bercakap bagi pihak UMNO. Bagaimana UMNO masih bergayut dengan sesetengah Ketua Bahagian yang terus menerus menongkat langit seolah olah jawatan tersebut merupakan warisan yang mesti dia  bolot selama ini. Malangnya mereka masih di berikan tempat dan menjadi rujukan oleh sesetengah puak di dalam UMNO untuk menggerakkan parti. Walhal bertanding PRU tak pernah menang walau sekali. Tapi bila diberi kepada calon lain, siang siang dah tahu kalah dek kerana hasad dan dengki.
UMNO yang lemah di peringkat kepimpinan sedang cuba dilemah dan di rosak kan di peringkat akar umbi. Akar umbi UMNO masih kekal kuat dan sentiasa bersemangat. Malangnya sesetengah pemimpin mengambil peluang demi kelangsungan politik peribadi untuk terus menunggang parti. Sesungguhnya ahli dan rakyat bertambah meluat dan semakin benci. 
Dominan dari segi bilangan kerusi tapi semakin mengecil dari sudut sokongan undi. Dominan apa lagi?
Cukuplah mendewa dewakan pemimpin yang jelas salah dan telah membawa UMNO ke lembah kehinaan. Jangan di biar UMNO terus rosak dengan terus membariskan mereka yang bermasaalah menghinggapi parti yang amat berjasa selama ini.
PAS dan Bunga sebenarnya segan dengan UMNO tapi apabila melihat kepimpinan yang mewakili UMNO langsung hilang hormat malah menafikan UMNO untuk terus berada sebaris dengan mereka.
Nak berada sebaris pun mereka tak benarkan jauh sekali lah nak membenarkan pemimpin UMNO ke hadapan.
Ahli UMNO kena terima hakikat bahawa keadaan politik berbeza, pendekatan juga mesti berbeza, Takkan la tak belajar lagi bagaimana bunga yang minoriti boleh memegang kuasa. Politik kena berseni. Dalam politik, tiada musuh sepanjang zaman, tiada kawan sepanjang hayat. Kepala kena ligat demi kelangsungan perjuangan parti bukan peribadi.
Cerdik dan jangan emosi, kalau kita betul orang parti, kalau kita betul taat dan setia kepada perjuangan parti, kita kena buat keputusan. Keputusan yang paling utama ialah buang segala penyakit yang menghinggapi parti.
Beritahu akar umbi bahawa UMNO sudah bersih dan suci. Beritahu rakyat bahawa UMNO sudah berubah dan sedang mengatur strategi, beritahu dunia bahawa UMNO cukup bersedia untuk kembali berkuasa. Beritahu ahli bahawa kita bukan tak sayang Ceaser tapi kita sayang Rome lebih dari Ceaser.
Faham??? Lu Fikir La Sendiri..!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/12/akal-telur-pun-kena-dominan-brother.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 447 hits
Resepi Sup Telur Chinese StyleTB terjumpa resepi ni dan terasa nak cuba sebab bahan bahan dia mudah je Nampak sedap dan menyelerakan Mesti budak budak suka Sup Telur Chinese Style ni Resepi dari seorang pengguna Facebook Korang boleh tengok...
Jangan Takut Makan Telur

Jangan Takut Makan Telur

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 305 hits
JANGAN TAKUT MAKAN TELUR Dulu ramai yang bimbang untuk makan makan telur akan kerana bimbang tahap kolestrol dalam darah akan meningkat Namun dalam kajian yang terbaru menunjukkan mengambil telur sebanyak dua biji sehari tidak meningkatkan ...
Ini Resipi Sambal Cili Api Telur Rebus Goreng Menggoda

Ini Resipi Sambal Cili Api Telur Rebus Goreng Menggoda

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 320 hits
PENING untuk memikirkan menu makan malam atau tengah hari SinarPlus syorkan anda cuba masakan sambal cili api telur rebus goreng ini Selain ia menggoda korang untuk makan bertambah cara memasaknya juga sangat ringkas Sesuai sangat dengan ko...
Kenapa Telur Nur Jazlan Senak

Kenapa Telur Nur Jazlan Senak

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 399 hits
Jazlan pun kalau tak kerana isu ini lama dah tenggelam dalam pasaran Tak pernah pulak kita dengar cerita Jazlan membantu Hasni di Johor menggerakkan jentera UMNO dan BN bersiap sedia menghadapi PRU yang akan datang Malah di Bahagian Pulai y...
Resepi Sup Telur Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

Resepi Sup Telur Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 583 hits
Resepi Sup Telur Simple Dan Mudah Untuk Disediakan Assalamualaikum Sebagai seorang ibu ada hari kita akan malas untuk memasak Betul tak Masa tula akan tercari cari menu apa yang mudah untuk disediakan Kalau boleh biarlah menu tu 2 in 1 Sayu...
Cha Ruoi Telur Dadar Inti Cacing Terkenal Di Vietnam

Cha Ruoi Telur Dadar Inti Cacing Terkenal Di Vietnam

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 273 hits
CHA RUOI merupakan hidangan unik yang mengandungi cacing pasir AGENSIHANOI Vietnam sememangnya terkenal dengan hidangan eksotik seperti ular dan daging anjing yang dijual secara terbuka di kebanyakan pasar Keunikan itu termasuklah sajian te...
Resipi Menggunakan Telur Masin Memang Sedap Gerenti Laku Keras

Resipi Menggunakan Telur Masin Memang Sedap Gerenti Laku Keras

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 249 hits
Biasanya kalam makan telur masin bila menikmati nasi kerabu Sebenarnya telur masin juga sedap dibuat gulai atau pais Rasanya lemak lemak masin sungguh enak Kalau ada stok telur masin di rumah bolehlah buat lauk ini ASAM PEDAS TELUR MASINBAH...
Call Bomba Sebab Nampak Kepala Ular Rupanya Kepala Katak Saiz Telur Gred C

Call Bomba Sebab Nampak Kepala Ular Rupanya Kepala Katak Saiz Telur Gred C

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 221 hits
Pekerja penyelanggaraan menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan selepas mendakwa ternampak kepala ular di dalam lubang pada pangkal pokok mangsa di Taman Bukit Baru Ayer Keroh Komander Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolo...
Cheese Cake Telur Mata Cafe Latte Tongkat Ali

Cheese Cake Telur Mata Cafe Latte Tongkat Ali

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 487 hits
Assalamualaikum PENEMAN Sk di pejabat petang ni Maklumlah dah petang petang ni mata pun kaburrrrrr Nasib baik ada Cafe Latte Tongkat AliSk sememangnya penggemar susu Farm Fresh berperisa dan ini kali pertama Sk mencuba flavor Cafe Latte Ton...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris