Hutang Arwah Ayah Perlu Ke Dilangsaikan Ini Jawapan Mufti


Amalan berhutang dilihat sudah menjadi kebiasaan di dalam kehidupan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Urusan hutang yang terjadi lazimnya adalah untuk tujuan kelangsungan hidup tidak kiranya sama ada ianya berbentuk keperluan mahupun kehendak. Seperti sedia maklum, setiap hutang perlulah dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dan dalam kadar yang segera. Namun begitu, sekiranya orang berhutang itu telah meninggal dunia, bagaimanakah dengan baki hutang yang ditinggalkannya?
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Ayah saya ada berhutang banyak dengan orang. Dan setahu saya roh orang yang berhutang akan tergantung sehingga dia langsaikan hutang. Dalam isu ini, bagaimana penyelesesaian sedangkan saya tiada duit untuk langsaikan hutang ayah saya?
Persoalan ini bagaimanapun telah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan supaya tiada lagi berlaku salah faham mengenai konsep hutang ini.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam isu ini, kami mulakan dengan hadis Nabi SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
نَفْسُ الْمُؤمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: “Jiwa orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut).”
Riwayat Ibnu Majah (2413), al-Tirmizi (1079) 
dan al-Baihaqi (6891)
Imam al-Suyuti berkata: “Maksud hadis ini bahawa jiwa atau roh orang yang beriman akan terhalang dari kedudukannya yang mulia.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/193 dan Mir’at al-Mafatih, 8/152)
Justeru, menjawab persoalan di atas, hendaklah dilangsaikan hutang terlebih dahulu. Adapun anak yang mampu untuk melangsaikan hutang ayahnya, maka ia termasuk dari berbakti dan berbuat baik serta ihsan kepada ibu bapanya. Sudah pasti pahalanya cukup besar. Rasulullah SAW pernah mengkiaskan isu berkenaan ibadat yang ditinggalkan oleh ibu sahabat dengan hutang yang wajib dilangsaikan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma:
‏ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا فَقَالَ ‏”‏ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكَ دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ عَنْهَا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ نَعَمْ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى ‏”‏
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, Sesungguhnya ibuku telah meninggal, dan dia mempunyai puasa (yang belum diganti) selama sebulan, apakah aku perlu tunaikan untuknya? Lalu baginda berkata: “sekiranya ibumu mempunyai hutang, apa kau akan bayar hutang untuknya?” Lelaki itu berkata: “Ya”. Maka berkata Nabi SAW: “Hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan”
Riwayat Muslim (1148)
Kami mengambil kesempatan di sini untuk menoktahkan beberapa perkara berkaitan hutang:
Jangan berhutang kecuali amat memerlukan. Elakkan hutang menjadi hobi atau kebiasaan seperti nasihat sahabat Nabi SAW yang bernama Uqbah ibn Amir R.A, antara lain katanya: Jangan kamu berhutang sekalipun kamu terpaksa pakai kain bulu.” Jika perlu berhutang, maka berhutanglah pada kadar yang minimum serta dalam kadar kemampuan untuk melangsaikannya. Hendaklah menulis hutang yang dilakukannya berserta saksi sebagaimana irsyad daripada nas Ilahi: Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu 
(Surah al-Baqarah: 282)
Ibn Kathir menerangkan, “Ayat ini merupakan panduan daripada Allah SWT kepada hambaNya yang mukmin untuk menulis atau merekod sekiranya bermuamalah dengan cara bertangguh (berhutang). (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 1/411) Imam al-Sa’di menyatakan ayat ini mengandungi hukum yang besar dan bermanfaat dari aktiviti merekod hutang bagi mengelakkan mudharat yang lebih besar. (Rujuk Tafsir al-Sa’di, 1/118). Imam al-Maraghi menyebut, suruhan seperti ini lebih kepada menyuruh hambanya yang mukmin untuk menjaga hutang piutang mereka merangkumi akad pinjaman dan salam.” (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/551)
Hendaklah berniat dengan sungguh-sungguh untuk melangsaikannya dengan secepat mungkin. Daripada Maimunah binti al-Harith, Rasulullah SAW bersabda: مَنْ اسْتَدَانَ دَيْنًا يَعْلَمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْهُ أَنَّهُ يُرِيدُ أَدَاءَهُ أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang berhutang dan Allah tahu bahawa dia ingin menunai dan melangsaikannya, nescaya Allah memudahkan baginya.”
Riwayat Ahmad (25840)
Mafhum daripada hadis ini menunjukkan kehendak untuk membayar hutang adalah diberi pertolongan oleh Allah berdasarkan niat yang baik. Bahkan dengan kehendaknya jua, kadang-kadang sekalipun berlaku halangan, tetapi tetap disampaikan oleh Allah berkenaan dengan bayaran tersebut. Dalam sebuah hadith yang masyhur, daripada Abu Hurairah R.A, daripada Rasulullah SAW bahawa beliau pernah mengisahkan:
أَنَّهُ ذَكَرَ رَجُلًا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ سَأَلَ بَعْضَ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنْ يُسْلِفَهُ أَلْفَ دِينَارٍ فَقَالَ ائْتِنِي بِالشُّهَدَاءِ أُشْهِدُهُمْ فَقَالَ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا قَالَ فَأْتِنِي بِالْكَفِيلِ قَالَ كَفَى بِاللَّهِ كَفِيلًا قَالَ صَدَقْتَ فَدَفَعَهَا إِلَيْهِ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَخَرَجَ فِي الْبَحْرِ فَقَضَى حَاجَتَهُ ثُمَّ الْتَمَسَ مَرْكَبًا يَرْكَبُهَا يَقْدَمُ عَلَيْهِ لِلْأَجَلِ الَّذِي أَجَّلَهُ فَلَمْ يَجِدْ مَرْكَبًا فَأَخَذَ خَشَبَةً فَنَقَرَهَا فَأَدْخَلَ فِيهَا أَلْفَ دِينَارٍ وَصَحِيفَةً مِنْهُ إِلَى صَاحِبِهِ ثُمَّ زَجَّجَ مَوْضِعَهَا ثُمَّ أَتَى بِهَا إِلَى الْبَحْرِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنِّي كُنْتُ تَسَلَّفْتُ فُلَانًا أَلْفَ دِينَارٍ فَسَأَلَنِي كَفِيلَا فَقُلْتُ كَفَى بِاللَّهِ كَفِيلًا فَرَضِيَ بِكَ وَسَأَلَنِي شَهِيدًا فَقُلْتُ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا فَرَضِيَ بِكَ وَأَنِّي جَهَدْتُ أَنْ أَجِدَ مَرْكَبًا أَبْعَثُ إِلَيْهِ الَّذِي لَهُ فَلَمْ أَقْدِرْ وَإِنِّي أَسْتَوْدِعُكَهَا فَرَمَى بِهَا فِي الْبَحْرِ حَتَّى وَلَجَتْ فِيهِ ثُمَّ انْصَرَفَ وَهُوَ فِي ذَلِكَ يَلْتَمِسُ مَرْكَبًا يَخْرُجُ إِلَى بَلَدِهِ فَخَرَجَ الرَّجُلُ الَّذِي كَانَ أَسْلَفَهُ يَنْظُرُ لَعَلَّ مَرْكَبًا قَدْ جَاءَ بِمَالِهِ فَإِذَا بِالْخَشَبَةِ الَّتِي فِيهَا الْمَالُ فَأَخَذَهَا لِأَهْلِهِ حَطَبًا فَلَمَّا نَشَرَهَا وَجَدَ الْمَالَ وَالصَّحِيفَةَ ثُمَّ قَدِمَ الَّذِي كَانَ أَسْلَفَهُ فَأَتَى بِالْأَلْفِ دِينَارٍ فَقَالَ وَاللَّهِ مَا زِلْتُ جَاهِدًا فِي طَلَبِ مَرْكَبٍ لِآتِيَكَ بِمَالِكَ فَمَا وَجَدْتُ مَرْكَبًا قَبْلَ الَّذِي أَتَيْتُ فِيهِ قَالَ هَلْ كُنْتَ بَعَثْتَ إِلَيَّ بِشَيْءٍ قَالَ أُخْبِرُكَ أَنِّي لَمْ أَجِدْ مَرْكَبًا قَبْلَ الَّذِي جِئْتُ فِيهِ قَالَ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَدَّى عَنْكَ الَّذِي بَعَثْتَ فِي الْخَشَبَةِ فَانْصَرِفْ بِالْأَلْفِ الدِّينَارِ رَاشِدًا
Maksudnya: Bahawa terdapat seorang daripada Bani Israil yang meminjam wang seribu dinar kepada seorang Bani Israil. Orang yang meminjamkan berkata, “Datangkanlah saksi-saksi! Aku ingin mempersaksikan peminjaman ini kepada mereka.” Peminjam berkata, “Cukuplah Allah sebagai saksinya.” Orang yang meminjamkan berkata lagi, “Datangkanlah seorang penjamin.” Peminjam berkata, “Cukuplah Allah sebagai penjamin.” Orang yang meminjamkan berkata, “Kamu benar.”
Kemudian dia memberikan wang itu dalam tempoh tertentu. Kemudian orang yang meminjam wang itu pergi ke laut untuk memenuhi hajatnya. Dia pun mencari perahu untuk dinaikinya bagi menghantar wang pinjamannya yang sudah sampai tempoh pembayarannya. Namun dia tidak mendapatinya. Kemudian dia mengambil kayu dan membuat lubang padanya. Lalu dia memasukkan ke dalamnya wang sebanyak seribu dinar bersama secarik tulisan yang ditujukan kepada pemilik wang. Kemudian dia melapisinya agar tidak terkena air. Lalu dia membawa kayu tersebut ke laut.
Dia berkata, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku telah meminjam wang seribu dinar kepada si fulan. Dia meminta penjamin daripadaku, kemudian aku katakan bahawa cukuplah Allah sebagai penjamin, dan dia pun rela. Dia memintaku mendatangkan saksi, lalu aku katakan bahawa cukuplah Allah sebagai saksi, dan dia pun rela. Sesungguhnya aku telah berusaha untuk mendapatkan perahu yang akan aku gunakan untuk menghantarkan wangku kepadanya, namun aku tidak mendapatkannya. Kini, kutitipkan wang itu kepada-Mu.” Kemudian dia melemparkan kayu itu hingga tenggelam. Dia pun pergi. Walaupun demikian, dia tetap berusaha mencari perahu yang menuju ke negerinya.
Orang yang meminjamkan wang pergi untuk menanti, barangkali ada perahu datang membawa piutangnya. Tiba-tiba dia menemui kayu yang berisi wang itu. Dia membawanya pulang sebagai kayu api untuk isterinya. Apabila dia membelahnya, dia menemui sejumlah wang dan secarik tulisan pesanan.
Sementara itu, si peminjam pun datang membawa seribu dinar. Dia berkata, “Demi Allah, sebelum aku datang sekarang, aku sentiasa berusaha untuk mencari perahu bagi menghantarkan wangmu kepadamu, namun aku tidak mendapat satu perahu pun sebelum aku tiba dengan menaiki perahu yang aku tumpangi ini.” Orang yang meminjamkan berkata, “Apakah kamu mengirimkan sesuatu kepadaku?” Peminjam berkata, “Aku telah sampaikan kepadamu bahawa aku tidak menemukan perahu, sebelum aku mendapatkannya sekarang ini?” Orang yang meminjamkan berkata, “Sesungguhnya Allah telah menghantarkan pinjamanmu yang kau letak dalam kayu. Maka gunakanlah wangmu yang seribu dinar itu dengan baik, maka bawalah kembali seribu dinarmu itu.”
Riwayat al-Bukhari (2291)
Sentiasa berdoa kepada Allah untuk dimudahkan membayar hutang. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Semoga Allah selamatkan kita daripada sifat berhutang dan mudahkan untuk kita melangsaikan hutang. Amin.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/17/hutang-arwah-ayah-perlu-ke-dilangsaikan-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Paskibraka Yang Tewas Jika Komplain Hukuman Akan Semakin Berat

Ayah Paskibraka Yang Tewas Jika Komplain Hukuman Akan Semakin Berat

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 197 hits
Selama mengikut pelatihan Paskibraka Tangerang Selatan Aurellia Qurratuaini berlatih dengan semangat dan serius Walaupun latihan yang diterapkan cukup keras hingga menguras tenaga Bahkan tidak jarang para anggota termasuk dirinya mendapat h...
Dikaitkan Jalin Hubungan Dengan Bekas Isteri Aliff Aziz Tak Sangka Ini Jawapan Zizan Razak Bagi

Dikaitkan Jalin Hubungan Dengan Bekas Isteri Aliff Aziz Tak Sangka Ini Jawapan Zizan Razak Bagi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 584 hits
Heboh bila pelakon dan pelawak Zizan Razak dikaitkan dengan Bella Astilah Zizan bagaimanapun menegaskan dia dengan pelakon Bella Astillah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial Dikaitkan...
Ayah Temui Memar Di Tubuh Aurel Dispora Tangsel Sebut Peserta Senang Ikut Diklat

Ayah Temui Memar Di Tubuh Aurel Dispora Tangsel Sebut Peserta Senang Ikut Diklat

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 185 hits
Untuk diketahui Calon Pasukan Pengibar Bendera Pusaka Kota Tangerang Selatan Aurel Qurrota Ain meninggal dunia Aurel dikabarkan meninggal dunia pada Kamis
Keluarga Reda Hasrat Ayah Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul

Keluarga Reda Hasrat Ayah Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 247 hits
Allahyarham Hamzah Mohamad 80 FOTO Sinar Harian KELUARGA seorang pesara guru di sini reda selepas ketua keluarga itu menghembuskan nafas terakhirnya dalam kapal terbang ketika penerbangan menunaikan ibadah itu Khamis lalu Anak pesara terbab...
Anak Sakit Dibiar Bertarung Nyawa Ayah Enjoy Langgan Pelacur Dengan Duit Derma Orang Ramai

Anak Sakit Dibiar Bertarung Nyawa Ayah Enjoy Langgan Pelacur Dengan Duit Derma Orang Ramai

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 488 hits
Seorang ayah didakwa mencuri beribu ribu pound dari akaun bank anaknya yang sakit untuk melanggang pelacur membeli minuman keras dan juga dadah lapor polis Brazil Penganggur Mateus Alves 37 didakwa mencuri lebih dari 130 000 dari wang yang ...
Peguam Kata Keluarga N0ra Anne Ada Kaitan Dengan Kema Tian Gadis Itu Ini Pula Jawapan Balas P0lis

Peguam Kata Keluarga N0ra Anne Ada Kaitan Dengan Kema Tian Gadis Itu Ini Pula Jawapan Balas P0lis

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 312 hits
P0lis menafikan dakwa4n peguam warga Ireland Anne Brennan yang menud0h keluarga N0ra Anne Quoirin ada kaitan dengan kes kem4tian remaja berusia 15 tahun itu Peguam Kata Keluarga N0ra Anne Ada Kaitan Dengan Kema tian Gadis Itu Ini Pula Jawap...
Apa Akan Jadi Kalau Tiada Serangga Di Bumi Ini Jawapan Yang Tak Pernah Terlintas Dalam Fikiran Korang

Apa Akan Jadi Kalau Tiada Serangga Di Bumi Ini Jawapan Yang Tak Pernah Terlintas Dalam Fikiran Korang

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 152 hits
Semua orang impikan untuk hidup dengan tenang tanpa kehadiran serangga seperti semut lipas dan pepijat yang ada di dalam rumah anda Mungkin juga bagi orang yang mengendalikan tanaman secara besar akan berasa lega jika serangga perosak hilan...
Selepas Vida Kata Saya Nk Sepak Awk Pun Boleh Dan Minta Pulang Balik Barang Ini Jawapan Padu Amaris

Selepas Vida Kata Saya Nk Sepak Awk Pun Boleh Dan Minta Pulang Balik Barang Ini Jawapan Padu Amaris

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 472 hits
Pelakon Putra Amaris berasa terhin4 dan maIu dengan kata kata yang diungkapkan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman ketika pertemuan singkat mereka di acara jualan Star Vendors di Sabah pada Ahad lalu Selepas Vida Kata Saya Nk S...
Jawapan Kepada Anwar Dan Umno Zahid

Jawapan Kepada Anwar Dan Umno Zahid

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 173 hits
whatever bring it onAsyik membisik dalam kain sampai bila PETALING JAYA A group of NGOs including Bersih 2 0 and the Muslim Youth Movement of Malaysia want the Prime Minister to set a clear transition plan for Datuk Seri Anwar Ibrahim to ta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids